Tuesday, May 29, 2012

HAPPY ANNIVERSARY & HAPPY BIRTHDAY!


Salam.Sebagai ingatan hari2 yg istimewa dlm hidup family atie maka n3 ini sebagai  kenangan buat mereka semua yg sentiasa di hati atie.
HAPPY ANNIVERSARY tuk adik beradik atie yg telah menyambutnya & akan menyambutnya pada bulan MAY ini.
Doa atie semoga mereka semua bahgia hingga ke akhir hayat bersama pasangan  masing2.
Aminnnnnnn

YEOP & YONG-29 MAY
AWIE & FADZILAH-28 MAY
KAK CHIK & AZLIN-25 MAY
KHALID & MAHANI-25 MAY
KAK & ZAM-30 MAY


Tak lupa tuk anakbuah atie MUHAMAD AZIZUL HAKIM yg menyambut besdaynya pada 27 May yg lalu.IBU doakn semoga menjadi anak yg soleh & berjaya dlm pelajaran.Aminn

CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA.

Salam semuaaa.Apa kabar?Rindunya ngan blog ni & korang semua juga.Blog pon dah makin bersawang,berhabuk ...sbb semggu xbersapu.
Alhamdulilah,dah slmt kembali semula kat umah lps bberapa hari ke Ipoh.Kali ini Mylaling yg jemput xder la atie naik bas.Sedih la pulak masa nk balik aritu...anakbuah menages2 sbb  atie nak balik & tinggalkn dia.Lain kali IBU dtg lagi ya.
Adik(anak pompuan )pun sdg bercuti kat umah juga.
2 mggu dr skrg...ada la kawan atie kat umah.Bestnya!.Anak llaki?Biasa la sekolahnya berlainan aliran ngan Adik...xder la dia bercuti.
Tp Ahad lps kami dah pon menziarahinya di asrama...rindunya atie ngan anak bujang tu sbb dh 4 mggu xjumpa dia.
Apapon,selamat bercuti kpd anak pompuan & anak2 kwn2 semua ya...lakukn perkara2  yg mendtgkn manafaat sepjg cuti sekolah ni .
Bagi atie sekluarga..cuti 2 mggu ni hanya kat umah jer.Adik pon byk keje sekolah & akan exam pula nanti.InsyaAllah,klu nk bercuti sakan maybe bln Disember(lps Adik exam)
Pada yg singgah & menitipkn msj semasa ketiadaan atie aritu.....terima kasih & atie akan  brkunjung balas.

Wednesday, May 23, 2012

Ke Ipoh...AGAIN.

n3 AutoPublish

Salam..mungkin ketika korang membaca n3 ini..atie dah pon berangkat menaiki bas menuju ke Ipoh.Sekali lg bantuan atie diperlukn utk menjg anakbuah yg bakal ditinggalkn sementara mama mereka membuat rawatan ke IJN
Terima kasih kpd MyLaling yg mengizinkn atie kesana buat beberapa hari.Thanks Dear!.Atie amat menghargainya...
Kepada yg singgah ketika atie 'tiada' ni..terima kasih sgt2.
InsyaAllah,jika atie dah kembali kerumah...atie akan menziarahi korang semula.Pada yg akan bercuti...trutama anak2 kita yg bakal bercuti mulai sabtu ini.
Selamat bercuti ke destinasi pilihan korang ya..hati2 & take care!

Tuesday, May 22, 2012

APA SAKIT????


Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang maLaikat :

MaLaikat pertama akan mengambiL selera makanan.
MaLaikat kedua akan mengambiL rezeki.
MaLaikat ketiga akan mengambiL
kecantikan wajah (muka pucat).
MaLaikat ke-empat akan mengambiL
dosanya.



ApabiLa sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh maLaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi baLik apa yang diambiL oLeh mereka.. Tetapi ALLAH tidak menyuruh maLaikat keempat supaya memberi baLik dosa hamba-Nya tersebut. .
# Lihatlah bertapa sayangnya ALLAH terhadap kita, tapi kita tidak mengetahuinya.. Bersyukurlah dgn apa yg kita miLiki sekarang,, dan jangan sesekaLi lupa pada-Nya..

 ♥ ALLAHU AKBAR ♥

Sumber:

Kuih Kukus Bawang Goreng

Salam.Selamat ptg semua...dr tghari tapi dok pikir nk masak  kuih apa ptg ni.Cari yg mudah & sedap dimakan...akhirnya trhasillh kuih kukus bawang goreng ni.
Dah byk kali gak atie membuatnya....kesukaan anak llaki atie juga(tingat lak kat dia....).Atie buat pon dlm loyang kecik jer..1 adunan..mkn berdua.
Kang xhabih..syg lak.Dapat la nanti kami mkn ulang2 hingga ke malam hari:D.
Kuih ni baru masak..lom sempat nk potong lagikkk..panassssssssssss

Bahan:(Resepi:Izah daut)

3/4 cawan + 2 sb tepung gandum 
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng

Caranya:

Panaskan kukusan. 
Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
Kukus sehingga masak (30-40 minit).
Tunggu sejuk kemudian hidang.

*kuih ni dapat kecik comel je. Kena gunakan loyang palingg kecil.
*disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
*bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu. 



Tumis Kacang Panjang

Salam...slmt tghari.Atie ni jarang menayang menu masakan sayur rasanyakan? Trutamanya kacang panjang.Bkn apa, sayur kacang pjg ni klu dimsk....atie xbape suka mkn.Klu buat ulam..laju jerrrr
Nie pon request dari MyLaling...dia yg beli sayur ni kat pasar tadi.Syiannya la..tingin nk mkn tumis sayur kacang panjg ghupanya...atie gandingkn juga ngan udang basah .
Semoga dia tambah  berselera mkn bersama juadah2 lain nanti.InsyaAllah.Lom mkn tghari lagi ni..sbb tggu Mylaling lom balik kereje.Lambat lak arini....
Makan sama2.....baru best!RESEPI?xyah la sbb main campak2 gitu jerrrrrrrr


TERIMA KASIH KELLY!


Salam semua.Alhamdulilah atas rezeki yg telah diberikn oleh ALLAH untuk atie sepjg menyertai CGL yg dianjurkn oleh rakan alam maya.
Salah satunya atie  telah menang di  FACEBOOK FUN FUN GIVEAWAY yg telah dianjurkn oleh KELLY pada bln April aritu(klu xsilap atie larr).
Pada KELLY & HB(yg membuat cabutan )..terima kasih byk2.Atie suker sgt ngan semua haruman mandian yg diberikn.Cam syg lak nk pakai.hihihi
Ini merupakn hadiah yg kedua atie terima dr Kelly & HB sepjg mengenali beliau dialam maya ini.Terima kasih Kelly!

Ingin mengenali Kelly yg cantik & suka melancung serta memasak ini... blh la brkunjung ke laman webnya 
 ATAU
 Laman FBnya..korang taip jer nama KELLY WALTHER


Hadiahnya....

Bath & shower Gel keluaran CRABTREE & EVELYN




Happy Anniversary Untuk Rakan Blogger.

HAPPY ANNIVERSARY tuk rakan blogger atie iaitu FIEDA(http://mylovely-fieda.blogspot.com) yg menyambut ulangtahun perkahwinannya yg ke 13.
Doa k.atie semoga FIEDA & SUAMI akan  terus bahgia hingga ke akhir hayat dalam melayari alam rumahtangga.Aminnnnn


Terimalah sejambak bunga purple tuk Fieda ya...

Monday, May 21, 2012

Acuan Apam Balik Atie.

Salam...slmt mlm.Ptg tadi atie masak apam balik..mlm ni atie nk menayang acuan yg atie selalu guna klu masak apam balik ni.
Nielah acuan apam balik tembaga yg atie beli tahun lepas... bkn atie yg beria2 sgt nk beli(Mylaling sebenarnya..hihi).Nk suh wife dia masak apam balik sendiri...blh mkn puas2.
Harganya acuan tembaga ni mmg mahai...
masa kami beli tahun lps dlm RM30-RM40 gitulh.Nie baru yg acuan berukuran kecik..yg bsr,xtau la harga camna.
Tp kebaikkan acuan tembaga ni...dia x melekat & cepat panas!.Klu buat apam balik..mmg seronok guna acuan tembaga ni.Kdg2 atie masak lempeng/pancake pon dlm ni gak...sbb comel jer & payah adunan melekat kat dlm tu.
Korang guna acuan apa tuk msk kuih apam balik?


Apam Balik Inti Kaya.

Salam semua & slmt ptg.Juadah apa pulak diptg hari ni..pasti yg best2kan?Tgguuu..sat lg atie sampai..nk gak sama2 menikmatinya(dgn muka x malunya..hihi)
Ptg ni atie masak kuih apam balik berintikn kaya...baki kaya yg buat dulu ada lagi berbaki.Dah keras kejung lam esbok..hihi.
Jumpa lak resepi dr MG ni..apalg,laju jer ingin mencuba lgpon bahan nk buat apam balik yg biasa tu xdak.Apa salahnya kita cuba resepi Mat Gebu ni pulak.
Atie buat pon xbyk...dalam 4 ketui jer.Jadi lar buat mkn berdua ngan MyLaling atie tu.Nie respon dari MyLaling.."sedap gak isi inti kaya ni ya tie"..lbh kurang gitu la dailognya..hihi
Jemput semua...
u

BAHAN-BAHANNYA (sumber:MatGebu)

1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
2 camca besar gula halus
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cawan susu sejat + 1/4 cawan air)
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur
1/4 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh baking powder
1 camca besar mentega cair
Secubit garam

BAHAN TABUR :(atie isi inti kaya jer)

1/2 cawan kacang tanah, ditumbuk kasar*
2 camca besar gula pasir*(*disatukan)
3/4 cawan jagung cream (pb takde jagung, ganti kaya)
Sedikit mentega atau majerin

CARA MEMBUATNYA :-)

Dalam bekas, satukan telur dengan gula, pukul hingga sebati. Tuang 1/2 cawan susu dan kacau rata. Masukkan tepung, soda bicarbonate dan baking powder, kacau rata dan tuang baki susu tadi. Masukkan mentega cair dan garam. Kacau hingga semua rata dan sebati. Ketepikan selama 15 minit.
Panaskan non-stick pan(atie guna acuan apam balik), gunakan api paling kecil, sapu permukaan kuali dengan minyak (mat sekadar lap permukaan kuali dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak masak). Bila panas, sendukkan bancuhan tadi anggaran 1/3 cawan, rata dan dia biar sekejap.
Tutup permukaan pan tadi, bila kelihatan berbuih dan kering, boleh sapu sedikit mentega dan ratakan krim jagung, dan kacang tanah + gula pasir tadi. Biarkan sebentar, kemudian angkat dan lipat dua. Ulangi proses hingga siap. Boleh dihidangkan..

Udang Goreng Bertepung

Salam semua.Slmt tghari di hari isnin...arini msk simple jer...antara juadah tghari kami hari ini.....udang goreng bertepung.
Resepi?
Xder..ni main goreng dgn tepung cendawan yg atie beli lat kedai  SP3.Asalnya mmg tepung tuk goreng cendawan tp atie lak yg guna tuk goreng udang...sedap gak!
Bungkusan tepung tu cam gambar kat bawah tu.Korang pernah jumpa?...ada balance tepung masa goreng cendawan dulu..nk habihkn ,atie goreng udang lak.Mmg rangup jer bila dimakan..
Jemput makan semua...ambik sekor sorang.Cukup tak?hihi





IT'S MONDAY!

Salam semua..pagi yg lemau maklum la bila masuk hari Isnin semuanya cam rasa malas.hihi.Sbbnya ari sabtu-Ahad punya la syok bercuti..aleh2 ari isnin kena kerja.
Pada yg bekerja arini...selamat brkeje & pastinya wanita yg menjadi  surirumah sepenuh masa  yg tak pernah bercuti...cuma ada masa2nya dia akan bercuti(tu pon bkn lama :D)
Selamat bekerja ya...smile always!



Saturday, May 19, 2012

Selamat Berhari Minggu.

Salam semua.
Selamat bercuti kpd kengkawan yg bercuti hari ini.Tak lupa pada yg akan memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan pd hari ini & esok.
Atie pon camtu gak....byk dah dpt kad jemputan!
Mungkin ketika korang membaca n3 ini...atie ontway untuk menghadiri satu 'majlis' yg akan berlangsung pada jam 9 pagi.Tak jauh pon area BD gak...
InsyaAllah, bila pulang nanti akan atie kongsikn citer ttg 'majlis' trsebut.
Dan pada tgharinya pula akan sibuk menghadiri majlis kawen disana sini.Itupon tgk gak..klu xsempat nk buat camnakan?
Seblh2nya kami akan cuba memenuhi kesemua jemputan trsebut.InsyaAllah.
Agak2..arini gantung peyok jer  kot.hikhik

P/S:n3 ini adalah secara 'autopublish'..InsyaAllah,atie akan membalas kunjungan & msj korang apabila atie pulang nanti.Terima kasih sudi singgah ke sini.

Friday, May 18, 2012

Sekadar Renungan.



Kisah Makan Cendol

Salam.
Ptg2 camni...ada lak cendol mmg bestkan.hihi.Jangan lak korang menjejes airliur lak.Nie sebenarnya kisah mggu lepas masa g Klang(pejabat Imigresen)..ambil passport pekerja yg dah siap.
Masa blk tu singgah la kat satu kedai ni...area Tanjung Karang/Kuala Selangor/Sabak..lupa lak.Kononnya nk merasa lar kesedapan cendol.Ingatkn ada lar seulas durian diletakkan tp entah cam isi durian cair yg diletakkan kat atas ais tu.
Rasa?bolehlah  la..dr xderkan?Yg paling atie sakit hati...bila order mee tu..YA ALLAH..cam masak bening jer(msk bening pon lg sedap!).
Atie langsung xmkn..
Bila hirup kuah tu...mmg dah rasa xsedap sgtttt!.MyLaling xmkn gak..habih jer cendol...terus kami kuar.
Mungkin kedai cendol/mee ni kat area yg atie g jer yg x sedap kot(brsangka baik..)..cawangan lain tentu sedap.Org baru..kedai baru..lom bape pandai nk adust bahan2.
Tp yg pasti kami takkan kesini lagikkkk...


Langsung xmkn..bila lps hirup kuahnya..

Kobis Masak Lemak Putih

Salam semua...selamat ptg semua.Masing2 dah duduk trsandar kekenyangan ya.Alhamdulilah.Arini atie masak simple jer..ikan talapia goreng,masak kobis masak lemak putih +udang basah,ikan kering goreng & sambal ikan bilis + kacang tanah +tempe.
Kebetulan org ikan dtg tadi ada bwk  ikan talapia..mahai betul...2 ekor sedang2  tu 5 henggit!.Trpaksa gak beli...malas nk kuar kedai.
Taman perumahan atie ni best gak..sbb ada org jual ikan mai umah...kul 9 pg mesti di akan lalu depan umah atie.
Klu atie malas g kedai..tggu jer org ikan ni...mcm2 jenis ikan ada,tp tu lah kdg2 dia hentam mahai.Tau kita malas nk g kedai...makcik jual udang basah pon ada gak!
Biasa atie beli lar..syian dia kayuh beskal  dr umah ke umah jual udang.
Klu ada udang tu mmg dia singgah kat depan pagar panggil nama atie..KUAT  lak tuh!hadoi makcik..pelan2 udah larrr(glamour atie ya..makcik udang pon tau nama..hihihi)
Jemput singgah semuaaa...
Bahan-bahan:(Resepi:kakfidaMYR)

1/2 biji kobis - hiris ikut suka
1 labu bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 batang serai - dititik
1 batang lada merah - hiris serong
1 batang lada hijau - dihiris serong
200 g udang hidup - dikupas kulit
secukup santan
garam secukup rasa
Cara-cara

Satukan kesemua bahan2 kecuali kobis di dalam periuk dan masak hingga mendidih.
Masukkan kobis dan gaul hingga rata.Tambah santan jika perlu dan masak hingga kobis lembut.Siap untuk dihidangkan.

INIKAH KITA?

AMINNNNNNN

PETUA SUPAYA ANAK BIJAK & PINTAR

Salam semua.Satu perkongsian tuk kita semua.....

Sesungguhnya yg baik itu datang dari ALLAH SWT & yg buruk itu datangnya dari kelemahan diri kita sendiri.ALLAHUAKBAR.....ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR

1.Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkn  Y A LATIF ke ubun2 kepalanya sebanyak mungkin atau  memandai 100 X
2.Membaca surah AL-FATIHAH 1X & ALAM NASYRAH 1X
3.Bercakap2 dengan anak2 ketika mereka sdg tidur dgn menyeru nama penuhnya berbinkn/berbinti kpd kita sebagai ibu kandung.Percakapan adalah merupakn nasihat.pujian dan berceritalah ttg kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kpd anak yg sdg tidur itu sgt berkesan kpd roh & jiwa mereka.
4.Apabila kita berbual-bual dgn anak2 ketika mereka tidur,kita kan lihat matanya bergerak-gerak,walaupon sedang tidur.
5.Ayah & Ibu hendaklah selalu  menyapu air lebihan wuduk  yg ada pada kita misalnya air yg masih basah ditangan ke muka & ubun2 anak2.

InsyaAllah,Semoga anak2 kita akan membesar dgn NUR  IMAN ,menjadi anak2 yg soleh & solehah serta bijak & pintar.



Teriam kasih Sheila

Thursday, May 17, 2012

Puisi Cinta Untuk Suami Tersayang


Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa

Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu..
Namun cabaran terlalu sukar ku atasi

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga




sumber:Blog Genta-Rasa(TQ)

JUADAH MINUM PETANG KAMI


Salam.Dah minum petang semua?.Ptg ni tingin lak nk menikmati juadah yg sejok2 kat tekak...cuaca lak panas kat luar tu.Maka trhasillah puding roti ni...kek gula hangus tu semlm punya,masih ada balance..kiter tayang kat sini gak.
Resepi?Semua dah pandaikan....Jemput makan semua!



Kek Gula hangus ni trrrrrrrrhitam la pulak tp MyLaling sukerrrrr...!!

hati Ayam Masak Kicap

Salam semua....dah ptg baru nak menempek juadah tghari ya?Aci tak...hihi.Antara  juadah tghari kami hari ini ialah hati ayam masak kicap...merupakn poberet MyLaling.Atie selalu usik dia.....dah wife nama atie,pastu suka lak mkn hati ayam!
Sebenarnya pg tadi kami g Teluk Intan..MyLaling ada hal...alang2 g pagi2 ke sana,singgah kat Pasar Besar Teluk Intan & beli la bahan2 basah cam ikan2,udang,sotong & trmasuk hati ayam ni.Kat sana klu g awai pg...semuanya fresh2.
Tp atie jarang la g sana...mkn pon berdua jer selalu beli kat kedai2 kat sini jer.Cuma klu kebetulan g Teluk Intan pepagi...barulh singgah.Ramai sungguh org...nk jln pon payah!
Jemput semuaaaaa...
 Bahan-bahan (Resepi:RosniMYR )

600 gm hati ayam
6 batang lada merah ( dipotong 2 )
1 biji bawang besar ( dihiris )
4 biji bawang putih ( dihiris )
1/2 inci halia ( dihiris )
4 biji bawang merah ( dihiris )
5 sudu makan kicap manis
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
1 sudu makan lada hitam ( ditumbuk )
sedikit asam dan belacan ( campur sedikit air dan ambil pati )
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara-cara:

Hati ayam direbus setengah masak dan kemudian di goreng
Masukkan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan semua bahan hirisan hingga naik bau
Masukkan pati asam dan belacan, kayu manis, bunga lawang, lada hitam dan kicap
Masukkan hati ayam, kacau dan masukkan sedikit garam dan serbuk perasa
Bila kuah kicap hampir pekat, angkat hati ayam dan blh dihidangkan 

Selamat Pagi!

Salam.Semoga pagi khamis ini menceriakn kengkawan semua ya.Terrrrumpa 'ucapan' ni kat google...nampak sweet sgttt sbb kaler BIRU.



Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wendnesday #2

Masih citer kat AEON lagikkkkkk


Hasil 'rembatan' kat POPULAR-AEON

Rendang Kerang

Salam.Selamat tghari semua.Menjak baek dr demam..pastu batuk2...jarang la atie masak yg pedas2 camni.Entah xsedar pon bila batuk atie dah okeynya..
Alhamdulilh dah sihat sepenuhnya...,mmg sedih bila nikmat makan kita ditarik oleh Allahkan?
Juadah tghari hari ini..
atie masak rendang kerang.Yg merupakn poberet atie & MyLaling..klu mkn2 kat luar ker...cari rendang kerang dulu.Biasanya dlm pinggan kami hampir sama lauk yg dipilih.hihi
Jom layan resepi...simple jer.
Bahan-bahan ( sekeluarga )

1-1 1/2kg kerang direbus

1 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 btg serai
15-20 tangkai cili padi
* kisar bahan-bahan diatas*

1 sudu besar rempah kari-atie xisi
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu gula
1 1/2 cawam pati santan
garam dan bhn perasa secukup nya
daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai


Cara-cara:

1.Sediakan bhn untuk dikisar yg tertera diatas
2.Masukkan semua bahan2bahan yg dikisar tadi ke dlm kuali baserta pati santan rempah kari, daun kunyit. daun limau purut dan asam keping
3.Masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit.masukkan kerang dan gaul sebentar
tunggu sehingga garing dan masukkan pula kerisik dan gula
4.Akhir sekali masukkan pula garam dan bhn perasa secukup rasa
klu sesiapa yg suka kering masak sehingga kering dan pada yg suka sederhana kering pun boleh ikut selera memasing
5.Selepas siap di masak matikan api dan siap untuk dihidangkan 

p/s:n3 ini secara 'autopublish'...InsyaAllah msj yg  korang titipkn akan atie balas kemudian :D

Ke AEON,Ipoh.

Salam...masa atie kat Ipoh aritu,sempat la berjimba-jimba kat AEON(jaya Jusco) yg baru bukak.
Tak jauh dr umah adik atie...20 minit drive jer kot.Bersebelahan dgn pasaraya TESCO..brhadapan dgn PASABINA.Ada yg pernah sampai ke?
Kebetulan masa prgi tu waktu mlm...sambutan hari ibu.Byk gak barang2 yg less..trutama hdbag,baju2 & kasut tuk kaum wanita.
Atie ngan adik...apalagi geram kat handbag jer..hihi
Besar gak AEON ni...mmg penat lar nk jalan,kebetulan atie pakai kasut tggi sikit...hadoiii sakit kaki jadinya.takbyk kami soping...dok memantau anakbuah yg xmo diam,biasa la budak2.
Pastu adik ipar belanja makan lak....
walhal kat umah dah msk macam2.Takpe sekali sekala katanya.Apalg...order je la sbb mmg dah lapar.hikhik
Jom layan gambar...lapang2 singgah lar...ngabihkn duit kat sini :D







© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™