Salam dipg Khamis semua.
Alhamdllh...rezeki kami ber4 trmsk Apak arini
T/kasih kpd kak azlita yg brkongsi resepinya...Alhamdllh
Klu daging msk camni
Mmg poberet atie....blh plk sambil msk..mengunyah daging goreng tu..hehe
Sedap OOOOO...!!!
Nk msk rendg atau lain2 menu..cam malas plk
Maka trhasil ler juadah ni...selain juadah yg lain
Penambah hidangan di meja mkn.
Jemput semuaaa...
Daging Goreng Kunyit Kelantan
(sumber:Kak Azlita Masammanis)
600 gm daging
2 - 3 inci kunyit hidup ~
tumbuk
1-2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia ~ hiris nipis
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 ulas bawang besar
Kacang panjang atau kacang buncis ~ ita letak kacang peas(atie xletak)
Cili merah ~ hiris nipis
Minyak secukupnya
Garam
Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam
secukupnya.
Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit
hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga
paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air
kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air
lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)
Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la
ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging
seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.
Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili
potong. Biar sehingga layu dan siap!