Bahan-bahan: ( 6 orang )
1 ekor ayam (dipotong 12)
*20 tangkai cili kering
*15 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*2 batang serai (hiris)
**2 sdb serbuk ketumbar
**1 1/2 sdb serbuk jintan putih
**1 sdb serbuk jintan manis
**3 biji buah pelaga
**1 inci kulit kayu manis
750ml santan pekat
2 sdb hirisan gula melaka
1 senduk nasi kerisik
3 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1.Bersihkan ayam dan kisar bahan bertanda *.
2.Panaskan minyak tumis bahan yang bertanda ** hingga naik bau.
3.Masukkan bahan kisar dan gaul rata, biar hingga naik minyak.
4.Masukkan ayam dan santan pekat, gaul hingga sebati.
5.Bila ayam telah empuk, masukkan gula melaka, kerisik, asam keping dan garam secukup rasa. Kacau hingga betul-betul sebati.
6.Boleh hidang dgn nasi kegemaran, nasi impit atau pulut.
7.#Ayam boleh juga digoreng sebelum masuk dlm gulai
kerutup memang saya tak pernah masak.
ReplyDeletebila senang2 boleh lah buat..