Saturday, June 26, 2010

Kuih Sagu/Bronok.

Salam semua....dh sarapan?atie pon dh sarapan gak....kue-teow goreng ngan kuih sagu/bronok nih!kuih nie,sebenarnya atie buat ptg semlm(tuk minum ptg)tp ada balance lg,atie hidang kan la pg ni lg.jarang buat kuih nie sbb laling atie tue x bape gemo....yg selalu ngabiskn atie la sorang,tue kdg2 buat sikit jer....jgn x ngences udah ler.....hikhik.okey la korang layan la kuih sagu/bronok atie nie....resepi kuih copy kt umah akak hanieliza(sifu masakan tu la).jom makan!














SAGU BRONOK.
source:Kak Hanieliza.

Bahan-Bahannya:
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut [muda] ]
sedikit garam ] gaulkan rata
pewarna merah
daun pandan [simpulkan]

Cara
1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.
6. Hidangkan

1 comment:

  1. Salam kak atie! sedapnyer kuih sagu ni! kita suke!! nanti kalau dah dpt parut sendirik kelapa tu sume kita nak buat kuih ni dulu tp kelapa tak beli lg esok g pasar nak carik kelapa :D dapnyer kak! lama sgt tak makan kuih ni, nostalgia sgt!

    ReplyDelete