Resepi:
1 Ikat Batang Keladi(kerat dan siat kulit luarnya rendam dengan air dan asam keping)
5 Biji Cili Api
2 Biji Cili Merah
2 Labu Bawang Besar
1 ulas Bawang Puteh
Sedikit kunyit hidup
1 batang serai
Sedikit belacan
Udang basah- dalam 300 gm..pakai ikan bilis pun boleh
Asam keping - ikut suka
Garam
Sedikit daun kesum
Cara-Cara:
1.Tumbuk cili api dan cili besar ,bawang putih,bawang merah ,belacan dan kunyit hidup (atau kisar sahaja)
2.Masukkan semua bahan kedalam periuk dan tambahkan air
.
3.Didihkan sebentar dan masukkan asam keping ,serai yg telah dititik tadi .
4.Masukkan batang keladi dan udang serta daun kesum ,biarkan mendidih dan biar sayur itu masak.
5.Dah masak,boleh la diangkat & dihidangkan!

No comments:
Post a Comment