Wednesday, January 26, 2011

Cucur Badak Lagi.

Salam dihari Rabuuu..!..maka kuih yg digentel semlm...dh pon sedia digoreng & dibuat sarapan tuk hari ini.masih menggunakn resepi yg sama dulu spt yg dulu....Alhamdllh,sedap.tp kita kena pandai adjust tang tepong...klu trlbh,nanti keras...klu trkurang....lembik lak.kena adjust2 la sikit...tuk yg dtg bertandang ke umah atie,amik la seketui sorang yer...mkn leklok....Daaaaa

Bahan-bahan :(sumber MYR)

UTK KULIT:

2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam

Cara-cara:

1. rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung.
2.Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung.
3.Jgn terlalu byk nanti tak sedap.Selepas itu buat doh kecil2 .
4.Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
letakkan inti dan tutup kembali.
5.Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di hidangkan


UTK INTI:

/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula

cara-Cara:

1.blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali.
2 Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa.
3.Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung.
4.Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
5.Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat keje pun cepat dan senang.
6.letakkan inti dan tutup kembali.Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di hidangkan

6 comments:

  1. mana badaknye...t.nmpak pun?

    HAHAHA saje nyakat k atie

    ReplyDelete
  2. atieeee ))))
    nani suka sangat cucur badak tau.. dulu2 kat kampung.. pernah beli cucur badak makcik ni, sedap sangat.. kelapa nye pedas2 and manis gitu.. sedappp sangat.. memang kena ngan selera.. :) skrg sejak dok KL ni.. dah tak dapat makan lagi cucur badak sedap.. beli pun kadang2 tak sesedap.. mgkn tak kena sangat ngan selera kan.. :) nak wat pun kadang2 tak jadi.. :( sedeyyyyy

    ReplyDelete
  3. cucur badak panas2 sedap kan...buat seniri mesti sedap lg ni..

    ReplyDelete
  4. Salam Azatie, ha ha nak buat tapi...takder udang kat Turki ni. Takper buat karipap, nak buat, nak buat! Tapi makan sorang jer...suami takder! Pe kabor awak?

    ReplyDelete