Salam & selamat berhari mggu!..masing2 dah siap masak dan mungkin sedang menjamu selera..Alhamdllh,ada lg rezeki kita hari nie.Hidangan atie ditghari...hati lembu masak kicap.blk dr hospital semlm,singgah kt TF(soping sikit ngan MIL...)...resepi dari DJ yg pandai masak tuh!klu g umah dia mmg kiter 'ngences' la!.klu nk cuba ,resepinya ada kt bawah nun..atie copy jer dr umah DJ(dh mintak izin tau!).Daaaaa
Bahan-Bahan :(sumber:DJ)
500 gm hati lembu (direbus bersama sedikit garam hingga masak dan dihiris)
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia muda*
1 sudu besar cili kering kisar
1 sk serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sk air asam jawa
1 sk gula
garam jika perlu
3-4 biji cili padi (diketuk) - jika suka
bahan2 hirisan : cili merah dan bawang besar
Cara-cara :
1.Kisar bahan2 bertanda *. Sediakan kuali. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 kisar, serbuk ketumbar dan cili kering hingga wangi.
2.Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis, cili padi dan sedikit air.
3. Kacau lagi sehingga sebati.
4.Masukkan hati, garam(jika perlu) dan gula. Gaulkan.
5.Kemudian, masukkan air asam jawa, cili merah dan bawang besar. Hidangkan .
salam kak atie..
ReplyDeletenak tumpang makan tengahhari kat umah akak laa arini..nampak sedap jer hati tu.hehee
uish lapoor nie .. tapi nak tidoo , tgk menu akak erghhhh
ReplyDeletewaduh tengok gambar terus lapar hu3..
ReplyDeletewah! terus lapo nengok menu hati lembu ni. nak ngendenglah...hehe.
ReplyDeletetq yer kak sudi cube resepi ni. jgn serik tau...hehe..mmmuuahhh!
salam atie...nk mintak seketul je hati tu ehehe sebabnya kurang gemar mkn hati..seketul cukup arrr
ReplyDeletesedapnyer..dh lama xmakan hati masak kicap ni.."mkn hati" sllu la..hik2
ReplyDelete