Salam semua...dah lama rasanya x buat n3 masak2kan?...sebenarnya ini n3 trtggk...menu ketika anak2 ada kt umah(bercuti)...antara poberet Adik(anak pompuan atie).klu atie msk pajeri nenas nie,mesti ada 'satu' lg menu request dr Adik iaitu...ikan sumbat!!.sebelum mereka berdua blk asrama...seboleh2nya atie nak msk apa yg anak suka/tingin nk mkn....sbb bila depa dh blk asrama...atie pasti merindui mereka(seperti sekarang!!huuuuuuuu....
Bahan-Bahan:(sumber:Norjannah)
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Cara membuat
1.Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2.Masukkan kerisik dan nenas.
3.Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
4.Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
5.Masak hingga kuah pekat dan naik minyak
oh sedapnya pajeri nenas!
ReplyDeletepeberet cikkamal ni kak atie... :)
ReplyDeletelama x makan..sedap nyer tgk
ReplyDelete