As- salam semua.....pg2 nie atie nk jamu korang ngan meehoon goreng.sarapan pg tuk kami berdua hari nie.resepi copy dr umah raidah....sgt simple tp sbb nk rasa kelainan sbb guna udang kering...atie cuba lar.pelbagai versi mskkan meehoon ada lam tenet nie...korang leh gak cuba mana2 yg berkenan.jom layannnn.....
Bahan-bahan:(sumber:Raidah)
Meehoon
Bawang putih ~ ditumbuk
Bawang besar/merah ~ ditumbuk
Udang kering ~ ditumbuk
Sedikit udang basah-atie ganti ngan ayam
Cili kering
Cili sos ~ secukup rasa
Taugeh
Sedikit hirisan daun bawang dan daun sup
Sedikit bawang goreng-tuk hiasan
Garam,gula(secukup rasa) dan sedikit serbuk pati ayam(kalau suka)
Minyak untuk menumis.
Sedikit kicap-atie tambah
Cara penyediaan:
1. Rendam meehoon sementara menyediakan ramuan untuk menumis.
2. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.Kemudian masukkan cili dan masak sehingga garing.
3. Masukkan cili sos dan udang/ayam. Kacau sebentar lalu dimasukkan meehoon yang telah direndam tadi.
4. Masukkan garam,gula serta serbuk pati ayam. Kacau rata. Kalau meehoon keras,tambahlah sedikit air.
5. Sebelum diangkat masukkan taugeh, kacau rata.
6. Angkat dan taburlah dengan daun bawang/sup dan bawang goreng. Sedia untuk dihidang.
wah bestnya atie...pagi2 dah ada bihun goreng...yummy2
ReplyDeleteas salam kak..benda mudah jer kak....jadi lar buat alas perot HB sblm g keje...
ReplyDeletesalam ziarah dipagi isnin...
ReplyDeletepeberet saye anak beranak ni...bihun goren tu...