Bahan-Bahan:(versi Atie)
1 kilo keledek
4 Sdb rempah kari daging(apa2 brand blh)
1/2 peket daging Cincang
6 ulas bawang merah-blend
2 ulas bawang putih-blend
1 inci halia-blend
1 labu bawang besar-blend
Sedikit daun Sup-hiris.
Sedikit Cili Blend(atie suke pedas,klu korang xnak isi pon xpe)
Minyak Masak
Cara-caranya:
1.Tumis bahan yang diblend tadi sehingga naik baunya kemudian masukkan rempah kari(dh dicampur ngan cili blend tadi).
2.Kacau hingga pecah minyak pastu masukkan daging kisar,biarkan daging empuk dulu dan kacau sentiasa.
3.kemudian baru masukkan keledek yg telah dipotong dadu,tambahkn sedikit air supaya keledek empuk.
4.Pastu kecilkan api masukkanlah garam & gula.kacau selalu keledek yg diatas dapur sentiasa sbb takut hangit nanti.
5.Bila keledek dah empuk & kering airnya,baru masukkan hirisan daun sup dan kacau rata-rata.tutup api & biarkan inti karipap sejuk.
Untuk Doh karipap:(versi Atie)
11/2 kilo Tepung gandum(atie agak2)
Sedikit Minyak Masak*
Sedikit Marjerin*
Sedikit Air
****dipanaskan atas dapur sekejap hingga majerin cair jer)
Cara-caranya:
1.Masukkan tepung dalam mangkuk besar kemudian tuangkan minyak yg telah dicairkan bersama majerin tadi.
2.Kacau perlahan-lahan dgn menggunakan senduk(sbb panas).biarkan ia rata dan sebati.bila dah gaul semua,boleh la gunakan tangan sbb dah sejuk.
3.Setelah tepung dan campuran minyak,majerin rata baru masukkan air sdkt demi sedikit hingga adunan sebati(jgn trlembik/trkeras adunan)
4.Biarkan sebentar dan bolehlah di terap dan di isi dengan inti daging tadi.ikut suka samada nk guna acuan karipap/ kelim sendiri.buat hingga habis!
5.Pastu boleh la digoreng dengan minyak menggunakan kepanasan yg sederhana.klu trlampau panas,kulit karipap akan bergerutu(kembong2).selamat mencuba!!
banyak nye kak.. >___< oh lapaaaa nyee tengokk!!!!
ReplyDeleteatie, kak rose pun baru goreng karipap sadin pg ni.... sbb kehabisan roti baru la nak sarapan ngan karipap nih!
ReplyDeleteKak Atie,
ReplyDeleteTengok pun tau dah sedap !
kalau dekat mau jadi jiran ni...
hehe..
teringin gak nak buat..tp tgah malas melampau2 skrgnie..hehe..
ReplyDeleteJom Lawat: Blog Bardboo DAN Sweet Child
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang
karipap hijau pun ada...
ReplyDelete