Monday, June 27, 2011

Masak Lemak Pucuk Ubi + Tempe

Salam semua,masakan tghari kami yg simple iaitu masak lemak pucuk ubi campur tempe.Biasa atie masak pucuk ubi sahaja,kali ini atie tambah tempe lak.
Sedap gak,rasa lemak2 tempe & pahit2 pucuk ubi(atie x celur pucuk ubi).klu korang nk cuba resepi nie,nk celur pucuk ubi trlbh dahulu pon boleh.Jom makan!!

Bahan-bahan:

  • * 1 Ikat daun pucuk ubi
  • * 3 tangkai cili merah-atie guna 6 biji ciliapi
  • * 1sm Kunyit hidup
  • * 1 biji bawang merah
  • * 1 ulus bawang putih
  • * 2 sudu makan ikan bilis
  • * 1 keping asam keping-X isi
  • * santan-agak2 sukatannya,nk kuah byk isi byk!
  • * 1 batang serai( di titik)
  • * Garam dan bahan perasa
  • 2 Biji tempe-atie tambah,potong bsr2

Cara-cara

  1. Tumbuk cili,bwg merah,bwg putih,kunyit hidup dan ikan bilis
  2. masukkan ke dalam periuk dan tambahkan santan.kacau hingga mendidih
  3. Bila sudah mendidih baru masukkan pucuk ubi dan tempe...kacau lagi hingga mendidih kali ke dua.
  4. Tambah sedikit garam dan gula(jika suka).rasa dan bolehlah diangkat serta di hidangkan.

7 comments:

  1. sedap lauk2 kampung macam ni kan...tempe yg banyak khasiatnya..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Atie.. sedapnyer.. erma suker lauk2 cam ni mkn tgh.. fuh berpeluh dibuatnyer he he he

    ReplyDelete
  3. Salam Noorsafone..masak2 camgini mmg nambah2 nasi!hihi

    ReplyDelete
  4. salam erma..k.atie mmg suka mkn bersayur camni.pucuk ubi ambik kat umah MIL,kt belakang umah pokoknya dah mati lak.jom makan..

    ReplyDelete
  5. tie,
    sedap! terbayang depan mata....lemak pucuk ubi & tempa,dgn ikan kering & sambal belacan....menu bondaku huhuhuuuu

    ReplyDelete
  6. salam k.amie...hooooo..jgn sebut k.amie,leleh2 airliut tang sambal belacan tuh!

    ReplyDelete
  7. Sedapnyer.. tengok gambaq pun dah kecur liur ha ;)

    ReplyDelete