Sunday, October 30, 2011

BERCUTI SEKETIKA & DOAKN ADIK ATIE YA.

Salam semua...atie akan bercuti seketika dr berblog mulai hari ini....atie akan ke Ipoh(slps htr anak pompuan atie ke asrama nanti)... untuk menjaga anakbuah sepeninggalan mama mereka menjalani perbedahan jantung berlubang di IJN,Kuala Lumpur
Pada semua atie mohon doakn semoga adik atie selamat menjalani perbedahan trsebut,yg dijangka pada pulul 3 ptg ESOK.Sedih & sebak rasa hati bila adik memohon maaf andai ada silap & salahnya pada atie selama ini....serta meminta mendoaknnya.Insallh Dik,YG doakn semoga k.chik(adik atie) selamat menjalani perbedahan & sihat seperti sediakala demi anak2 yg masih kecil.
Doakn atie dpt menjg kesemua anak2 buah yg seramai 5 org tu yer.
trmasuk sicomel kat bawah ni,br berusia 6 bulan.
Risau gak trutama ngan si kecik tu....sbb lom pernah berpisah ngan mamanya.harap2 dia x meragam sgt...Amin.Semoga kita bertemu lagi di n3 yg akan datang.Daaaa

Adik Kembali Ke Asrama.

Salam & slmt pg di hari mmgu yg ceria....kat luar panas sgt!.Alhamdllh,leh kering kain yg dah di basuh.Arini...Adik akan kembali kesekolah asramanya semula.Insallh,kami akan menghantarnya pd ptg nanti.Sedih gak tp ,Insallh mggu depan Adik balik lagi tuk menyambut hari raya adha bersama kami.
Dan kemungkinan result exam akhir tahun Adik akan keluar dlm mggu ni gak,semoga Adik mendpt keputusan yg cemerlang.Aminnn.Dan pastinya setiap ibubapa sentiasa mendoakn kejayaan anak2 mereka kan?
Okey la nk kemaskn barang2 sikit tuk Adik & msk2 tuk jajannya...Semoga gembira menghabiskn cuti dihujung mggu bersama kluarga trsyg.Daaaaaa




Saturday, October 29, 2011

HAPPY BIRTHDAY ADIK.


Disbbkn tarikh lahir Adik jatuh pada hari persekolahan iaitu 2 NOV maka atie & MyLaling buat suprise menyambutnya pada hari ini!!trpaksa la buat awalkan.Dapat la kami meraiknnya bersama2.kek pon beli kat kedai jer..kek kopi poberet Adik.
Pada Adik...
IBU & AYAH sentiasa mendoakn yg trbaik tuk Adik.Semoga membsr menjadi anak yg solehah,taat kpd ibu & Ayah,taat kpd perintah ALLAH & Rasul...pandai menjaga diri & maruah serta aurat seorg wanita Islam.Semoga apa jua yg Adik cita citakn akan dimakbulkn oleh ALLAH.Aminnn.
Hanya Adik anak perempuan yg Ibu & Ayah ada...sekuntum bunga yg akan mekar..mewangi mewarnai sifat2 wanita yg solehah & beramal soleh seperti mana pejuang wanita Islam..Khadijah,Rabiatul Adawiyah,Mashitah & Aishah.Yg diingati hingga kini dgn sifat2 baik & ketaatan mereka.
Adik,
semoga didikan Ibu & Ayah selama ini akan Adik ingati hingga ke akhir hayat .Semoga Adiklah yg akan mengalunkn ayat2 suci dipusara kami & sentiasa sedekahkn Al-fatihah seandainya ibu & Ayah tiada lg didunia ini.Doa ibu & Ayah semoga Adik sentiasa dilindungi & dirahmati ALLAH.Aminnnn



YANMIEONLINE.COM | BOLEH BAH KALAU KAU

Arini atie nak join GA blogger yg TOP ni...sapa lg klu bkn YANMIE.
Nak Join?Korang klik Banner jer
Due:11 Nov

Bagi atie blog YAN ni dah xder apa nk di komen sbb semuanya OKEY.header pon cantik sgt...yg paling best semua gambar blh bergerak!!Blog pon sgt kemas...semuanya tersusun dgn rapi & sedap mata memandang.Ditambah pula dgn pengisian blognya yg pelbagai trutama toturial2 yg amat berguna pada blogger2 baru/mcm atie ni lar.
Pada yg baru berjinak2 ngan dunia blog ni..blh la brkunjung ke blog YAN ni.mmg xrugi meneroka setiap n3 yg dipaparkan...toturial yg detail diberikan pada yg kurang memahami/blh brtanya sendiri kpd YAN,Insallh..setiap persoalan ada jwpan yg mantap dr YAN.
Jadi,apa lagi sambil melihat2 toturial yg ada kat blog YAN nie,blh la join sama GA yg sedang brlangsung kini.Hadiahnya mmg best sgtttt!!

“Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal

Sarapan Pagi Kami.

Salam semua & slmt pg dihari sabtu...ramai yg bercuti ya?.atau ada yg mengambil kesempatan buat kukis tuk hari raya haji nanti...yg bakal menjelang semggu lg kan?.bagi atie sekluarga,klu raya haji ni sambutannya xder la semeriah raya aidil fitri..buat kukis pon sikit jer,cuma wajib ada...rendang,ketupat/nasi impit & kuah kacang.La..dok citer raya la pulak :)
Okey la..sarapan kami dipg sabtu ni ..roti canai (ada ke ghupa roti canai tu?)..maklum la yg membuatnya lom nuntut ilmu ngan mamak lg.
Atie bkn pandai sgt mencanai ni..buat mkn2 kami anak berank lps lar..ngee.Alhamdllh,rezeki kami skluarga pg ni.
Disbbkn xder santan lam esbok..atie buat sambal sardin jer buat cicah roti canai ni,klu ada kari mmg tambah sedap la menyicahkan?Tp dok cicah ngan sambal sardin..brkeping2 gak kami makan..hihi.
Resepi masih menggunakn resepi yg sama sbb mudah sgt membuatnya.jom layan roti canai buatan atie & sambal sardin ni..Daaaaaaaa


Friday, October 28, 2011

Hadiah2 GA Yang Telah Diterima.

Salam.N3 ini sekadar tanda ingatan & kenangan hadiah2 GA/Contest yg telah atie terima ketika menyertai GA/Contest yg dianjurkn oleh kawan2 CGL.kpd semua penganjur...terima kasih.
Yg penting keikhlasan hati penganjur,... bkn bsr/kecil...mahal/murah pemberian trsebut.Semuanya atie terima dgn hati yg gembira....& bersyukur sgt.
TERIMA KASIH

Hadiah produk kecantikkan MARY KAY yg telah diterim dr Ju.terima kasih..dah mula pakai pon :)
dari Syikin..TQ
Dari Niza Craft...
Hadiah2 yg lain tu..atie minta maaf sgt2..dah lupa nama penganjur tp atie amat berterima kasih & menghargai pemberian semua.....TQ





Juadah kami Di Hari Jumaat.

Salam semua & slmt tghari dihari Jumaat yg mulia & penuh keberkatan ini.tghari ni atie masak simple2 jer tp nk gak menayang kat sini...dr xder langsung n3 masak2 kan?.mcmni la kami org kampung menjamu selera...xder yg sepesel pon :).Janji kami berselera menikmatinya bersama2 kluarga...Alhamdllh.sambal sotong mmg poberet Adik,& pastinya setiap hari wajib ada hidangan yg pedas2 sikit..klu tak mmg xselera la nk makan.Jemputttttttt makan semua...



TERIMA KASIH KELLY

Trlbh dahulu kemaafan atie pinta kpd KELLY yg telah membuat n3 khas sempena besday blog atie yg ke 2 tahun!.Sebenarnya atie xperasan mesej KELLY kat n3 trsebut & BARU HARI INI atie mengetahuinya(tu pon kelly tinggalkn msj gak..jgn merajuk ya Kelly).
Trharu sgt ada kawan blogger yg sudi buat n3 khas tuk blog atie ni(aritu UCU....tq ya).pada KELLY terima kasih sgt2....
Pada yg blm mengunjungi blog kelly..blh la singgah blognya di http://mrskellywalther6969.blogspot.com... atie suka brtandang ke blognya sbb ia menceritakn ttg tpt2 yg menarik yg dilawatinya bersama suami kesygannya,disamping itu KELLY jg pandai memasak & baking kek.Skrg di blog personalnya, KELLY menjual pelbagai pinggan mangkuk yg cantik2 belaka...pd yg ingin melihat/cuci mata ngan koleksi KELLY blh la singgah ke blognya.
Atie doakn semoga KELLY & HBnya akan kekal bahgia hingga ke akhir hayat.Aminnn

Kelly's Life
Inilah KELLY yg cantik ..manis


N3 yg ditulis oleh KELLY...TQ Dear!

Wednesday, October 26, 2011

Gulai Nangka Muda.

Salam & slmt tghari semua...trlbh dahulu atie nk ucapkn terima kasih kpd kwn2 blogger yg telah mendoakn kesihatan Apak atie.Alhamdllh,hari ini Apak telah dibenarkn kuar dr Hospital.terima kasih sgtttt pd korang..xmampu atie membalasnya.Semoga kwn2 semua dirahmati ALLAH,Aminnnn.
Dah lama xciter msk2 kat blog ni kan?hari2 masak tp simple2 jer,segan nk tempek kat sini.
Sebenarnya slps zohor nanti,kami akan menghadiri kenduri di rumah pakcik MyLaling tp atie sempat gak masak gulai nangka ni.yg menjadi poberet atie & MyLaling..klu ada sambal belacan mmg lagiii best tp MyLaling xsuker.
Jom layan resepi gulai nangka yg menjadi milik K.Nor 67MYR.terima kasih k.nor cuma atie ada la ubah sikit tang cara kepedasan tu sbb ganti ngan ciliapi.

Bahan-bahan ( sumber:Nor_67MYR) )

  • 500gm nangka muda
  • 3 cawan santan- tak terlalu pekat dan tak terlalu cair
  • 2 sb isi ikan - atie ganti dgn ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 1 sk serbuk lada hitam - kalau suka pedas boleh ditambahkan lg(atie ganti ngan ciliapi)
  • secubit belacan
  • garam dan gula

Cara-cara

  1. Panaskan air dan celur nangka muda yg telah dipotong dan dibersihkan. Kemudian toskan.
  2. Bawang merah, kunyit, belacan dan isi ikan ditumbuk lumat. Bagi yg malas tu bolehlah dikisar dalam blender dan masukkan sedikit santan.
  3. Masukkan kesemua bahan - nangka muda, bahan2 yg ditumbuk/dikisar, serbuk lada hitam, santan, garam dan gula (secukup rasa) ke dalam periuk dan masaklah dengan api sederhana.
  4. Masaklah hingga mendidih dan hendaklah dikacau supaya tidak pecah minyak.
  5. Lauk ni sedap dimakan panas2 dgn nasi putih.. tambah lagi kalau ada ikan panggang dan sambal belacan..




Happy Diwali

Salam & slmt bercuti kpd rakan2 blogger semua sempena hari perayaan Diwali hari ini.Tak lupa tuk kawan blogger yg menyambutnya iaitu LOVE & jiran2 india(uncle selvan & Auntie saras) ditaman perumahan atie ni.Atie dok dimana kebykkan jiran2 adalah india,mlm tadi mmg meriah depa main mercun sampai kul 2 pg!.mms xdpt tidur lena kami sekluarga..Dan pgnya kul 5 pg dah mula main mercun balik..hadoiiiii.

Tuesday, October 25, 2011

Apak Masuk Wad!

Ptg semlm kami skluarga menziarah apak yg dimasukkan ke Hospital Changkat Melintang,Bota...slps muntah2 kat umah. Apak sempat call adik bongsu atie,dialh yg bwk Apak ke Hospital..sebenarnya Apak telah dimasukkan ke wad pd hari Ahad,disbbkn atie masa tu sdg ziarah Abg kat asrama...xdpt la melawat.Menurut doktor yg merawat Apak,kaki Apak dijangkiti kuman....klu keadaan Apak kurang memuaskn,Apak akan dipindahkn ke Hospital Manjung lak.
Semlm masa atie dtg,Apak dah ok sikit...blh duduk,sembang2 ngan kami.Adik2,Abg & kakak atie dr Puchong pon balik ke kg bila dgr Apak msk wad.Dan adik bongsu la yg menjg Apak kat Hospital.Atie doakn semoga ALLAH memberikn kesihatan yg baik kpd Apak yg kami sayangi.AMIN.

Monday, October 24, 2011

Untuk Anakku..Abang.

p/s:Nukilan ini dihasilkn pabila hati terasa sebak...tringat anak yg ditinggalkn slps menziarahnya semlm.(23/10)


Malam tadi hujan lebat...dari Klang lagi hingga ke perak.Sebenarnya g ziarah anak llaki atie kat asrama semlm.Dr pg hingga hampir menjelang maghrib br kami sampai ke rumah(perak).
Mmg perjlnan amat meletihkn namun demi anak yg disygi....semuanya hilang apabila menatap seraut wajahnya yg gembira sgt dgn kehadiran kami,menikmati juadah airtgn Ibu & gelak ketawanya bercanda.Indahnya saat2 trhad yg kami ada bersamanya.
Alhamdllh,hilang kerinduan...
berarak kerisauan...menyapa kebahgiaan bila kedua tangan & pipi ini di kucupi oleh anak yg dirindui...bersinar ceria wajah lesuku.
Namun sebak terasa pabila waktu beransur senja..pastinya masa tuk kami berpisah buat seketika.Juraian airmata mengalir dipipi seperti titisan hujan yg mulai membasahi bumi.
Duhai anakku...
Ibu tinggalkn dikau utk menuntut ilmu..jadilah anak yg soleh,kuatkan azam untukmu berjaya..jauhilah perasaan rindumu pada kami mengatasi rindumu dgn kalimah-kalimah ALLAH,kecintaanmu kpd ALLAH & para Rasul.tanamkn dijiwamu cintakan Al-Quran yg akan sentiasa menghalangmu dr melakukn perbuatan mungkar & sebagai panduan untukmu mengharungi hidup di masa depan.
Duhai anakku...
Hanya doa yg Ibu & Ayah titipkan agar dikau sentiasa diberi hidayah & keterangan hati dlm menuntut ilmu.Semoga anakku menjadi seorg yg berilmu tinggi & dipandang mulia dgn ilmu agama yg ada...serta dimanafaatkn tuk semua.Insallh.
Duhai anakku,Abang...
Sebak rasa dada Ibu membalas lambaian tanganmu semlm..ingin Ibu paut & bawamu bersama kami pulang tp Ibu trpaksa kuatkn hati Ibu.Demi masa depanmu....Ibu harus tabah.
Anak Ibu seorg lelaki..bakal menerima pelbagai tanggungjwb...pada Ibu & Ayah,Keluarga,masyarakat & Agama.Semoga anak Ibu akan menjadi contoh yg trbaik tuk Adik,trutamanya.
Ibu akan kembali menziarahimu,anakku Abang.Biarlah sebak & titisan airmata ini hilang bersama titisan hujan yg semakin lebat disepanjang perjlnan kami semlm

Terharunya..Terima Kasih UCU!

Salam semua & slmt berhari mggu.arini atie nk citer ttg kawan blogger yg sgt baikhati iaitu UCU(http://ucubakery.blogspot.com/) .yg membuat n3 sepesel tuk atie & LinaPG sempena besday blog kami di blognya.terima kasih UCU!
Berbanding ngan blog UCU..terasa kerdil rasanya sbb UCU mmg handal memsk & byk menerima tempahan kek lagi!.Tahniah UCU,semoga biz UCU makin berjaya & murah rezeki selalu.Aminnnnn
Semoga persahabatan kita yg trjalin di alam maya ini akan brkekalan hingga ke alam nyata suatu hari nanti,Insallh.
Sebenarnya blog atie ni 'dilahirkn' apabila anak pompuan atie(Adik) diterima masuk ke Sekolah asrama Sains slps result UPSR diumumkn.disbbkn Adik xmo Ibunya kesunyian kat umah(selalu ada dia),maka blog ini 'dibuat' semata2 tuk atie.Adik la yg byk menzahirkn blog ini & terima kasih juga tuk kwn blogger IETA yg byk membantu atie dlm memulakn blog ini.
Dari seorg follower hingga mencicah 762 org....dari 1 post & kini dah pon sampai ke post yg ke 1185 post....Alhamdllh.kpd kawan2 semua yg sudi brtandang & follow...TERIMA KASIH SEMUA!!

Sunday, October 23, 2011

Selamat Berhari Minggu!

Salam semua & slmt berhari mggu!.hari ni plan nk ziarah anak llaki atie kat asrama.Dah pon siap..tggu MyLaling yg kuar jap tadi.happy sgttttt....kali ini Adik pon ikut serta sbb bercuti sempena perayaan Deepavali.jadinya hari nie dpt la kami meluangkn masa bersama2....Doakn semoga perjlnan kami slmt pergi & balik ya.Xder nginap pon...balik hari jer.Daaaaaa

Saturday, October 22, 2011

Menu Hari Ini.

.Salam semua & slmt mlm serta slmt berhari mggu.dah mlm br sempat nk update blog...pd yg singgah & mengucapkn tahniah sempena besday blog atie,terima kasih sgtttt.Insallh,atie akan brkunjung balas.bila anak dara atie ni blk bercuti..biasa la,melayan dia la.cadar,selimut yg dibwknya nk kena basuh...cuaca lak memanjang hujan dr pg hingga ke ptg.mungkin dah musim ujan kot.
Bila anak balik bercuti,baru la rajen nk masak mcm2...bkn apa best mkn ramai2.biasa berdua jer.hari ini atie masak nasi minyak,ayam masak merah,jelatah & acar buah.wah!nambah2 kami makan dlm cuaca yg sejokkkk arini.Jom layannn
Ayam masak Merah..poberet Adik
Nasi minyak..snap lam peyok jer..hihi
Jelatah nenas,timun...lambat snap dh berairrr...
Acar buah....mkn sorang jer,depa x sukerrr

Friday, October 21, 2011

HAPPY 2ND BIRTHDAY BLOG!(n3 Terlewat)

Pada tarikh 15 oct lps genaplah 2 tahun blog personal atie...((azatiesayang.blogspot.com)) berada di alam maya ini.Alhamdllh,selama 2 tahun blog ini 'dilahirkn'...atie telah temui ramai kawan2 baru,kakak2 yg baikhati & adik2 yg sungguh peramah.
Kemaafan atie pohon seandainya selama 2 tahun atie dlm dunia blogging..ada tulisan2 atie yg menguris perasaan pengunjung2 blog ini.Yg buruk itu datangnya dr kekhilafan atie sendiri & yg baik itu datangnya dari ALLAH.
atie hanya menulis dr lubuk hati atie sendiri..bkn niat tuk bermegah/riak namun blog ini adalh satu catatan memori tuk anak2 atie seandainya atie telah tiada didunia ini lg.
Semoga inilah kenangan yg dpt atie tinggalkn buat zuriat yg amat atie sayangi...
Kpd rakan-rakan
yg rajin bertandang, yg rajin meninggalkn msj & pengunjung2 di blog picisan ini...terima kasih kerana sudi menatap blog yg 'syok sendiri' ini..hihi.kpd yg resepinya atie kongsikn disini..terima kasih atas pengkongsian ini,semoga pahalanya akan mengalir kpd kalian.Alhamdllh.kpd yg xsempat atie mohon keizinan tuk mencopy resepi mereka...halalkn atie mencubanya.yg pasti korang mmg seorg yg mmg sifu dlm dunia masakan ini brbanding dgn atie,trlalu kerdil rasanya diri ini berdiri di alam maya samping sifu2 masakan ini.
Untuk yg mungkin
atie ni brpangkat pangkat kakak/adik pd mereka....maaf la atie mmg tidak mengetahuinya.di alam mya ini kdg2 atie terasa kita semuanya sebaya & atie sgt gembira andai ada yg memanggil atie dgn panggilan kak atie(usia pon dh meningkatkan...hihi)
Terima kasih juga tuk semua follower atie..mmg xsangka dh seramai 755 org!(saat n3 ini ditaip..).atie amat menghargai keikhlasan semua tuk menjadi follower atie.korang mmg BEST!!
Juga tidak atie sangka dlm tempoh 2 tahun,blog ini telah menghasilkn 1177 post!.Alhamdllh tp berbanding dgn blogger2 lain jumlah ini adalh sgt kecillll.tapi bagi atie inilah nombor yg sgt atie banggakn.pengisiannya hanya brgantung bila atie 'rajin' jer..hihi.
Klu time malas nk update...mmg sunyi la blog ini.Biasanya hanya brkisar ttg masakan simple,juadah seharian kami sekluarga & kisah sepasang cahayamata,kilauan permata atie.
Kpd semua..terima kasih!terima kasih!tanpa korang semua mungkin blog ini akan terus trkubur shj.kunjungan,dorongan & keikhlasan korang makin menguatkn semangat atie dlm dunia blogging ini.
Terima kasih juga tuk ieta(putera2puteri.blogspot)...kwn yg mula2 atie kenali dlm dunia blogging ini & Cikmin yg juga byk membantu atie.jasa kalian tidak mungkin atie lupakn hingga ke akhir hayat atie.
Semoga persahabatan kita akan kekal abadi & diteruskn ke alam realiti,Insallh. satu masa nanti

TERIMALAH TANDA INGATAN & TERIMA KASIH DR ATIE SEMPENA 2 TAHUN DIALAM MAYA INI

P/S:Kalau sudi gantung la kat umah masing2 yer..terima kasih,syg korang!

Bubur Jagung Bersagu

Salam & slmt pg dihari jumaat yg mulia ini.pg ni nk menayang bubur jagung yg atie buat semlm...cam tingin sgt lak nk mkn..hihi.Jagung pon buat dlm 3 ketul jer,beli kat pasar pg semlm.
Hari ni Adik balik bercuti...bestnya sbb dh 2 mggu xjumpa, dia sibuk ngan exam akhir tahun.Semoga Adik mendpt kejayaan cemerlang dlm exam trsebut.Amin.Insallh,kami akan mengambilnya diasrama SABDA slps solat Jumaat nanti.Masak apa?blm plan lg tp Adik ni suka yg bersambal2....ayam atie dh kuarkn dr esbokk awal pg tadi.,korang layan la bubur jagung atie tu dulu ya.Daaaa
Bahan2(sumber:Fiza)
300 ml santan cair

150 ml santan pekat
150 gm biji jagung (direbus)
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan

Cara2
Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. Apabila sagu masak, masukkan pula gula pasir, jagung dan santan pekat ke dalamnya. Biarkan ia mendidih selama 3 minit dan angkat, bolehlah dihidangkan.

Thursday, October 20, 2011

Doa Untuk Adikku.

Sebenarnya atie ke Ipoh pada pg Ahad lepas,xsempat nk update blog...g pon naik Bas Express jer & adik ipar tggu di Medan Gopeng.Sepjg adik atie ke IJN,KL...atie la yg jaga semua anakbuah ditemani oleh Apak atie yg dtg dr kg.
Sebenarnya xder masalah nk jg anakbuah atie tu sbb depa pon dah biasa dgn IBU mereka ini.masing2 pon dah bersekolah...cuma uruskn rumah adik,makan minum,pakaian & pelajaran mereka jer.
Setelah blk dr IJN,keputusannya pon telah diterima & adik atie akan menjalani operation jantung pada 31 oct ini.dan Insallh,atie akan ke Ipoh lg tuk menjaga kesemua anakbuah yg tinggal disepjg mama mereka berada di IJN nanti.atie doakn semoga adik atie selamat menjalani perbedahan...dia akan sihat semula serta ALLAH berikn kekuatan padanya demi anak2nya yg masih kecil.Amin
DAN
Ptg semlm baru atie balik ke BD...MyLaling dah siap tggu kt stesen Bus Teluk Intan.klu diikutkn anakbuah xkasi atie balik..suh dok umah depa lagi.sedih tgk wajah mereka bila atie dah naik bas Express...lambaian mereka!
Xper la mggu depan IBU dtg lagi...risau mengenangkn perbedahan jantung adik atie nanti.Semoga berjaya & selamat :(

Kembali..

Salam semua.Apa kabar?.maaf la lama menyepi tanpa tinggalkn pesan .Terima kasih pd yg sudi brkunjung ke blog yg dah bersawang ni....pd yg menitipkn msj & yg bertanya kabar.Alhamdllh,atie sihat cuma sepjg atie menyepi ni bkn g bercuti....tp menjg anakbuah di Ipoh sementara mama mereka ke IJN,Kuala Lumpur.kat umah adik ada gak laptop tp kesibukkan menjg anakbuah membataskn atie melayari tenet...maklum la budak2 kecik ni mcm2 perangaikan :D
Insallh,atie akan kembali mengupdate blog atie seperti biasa mulai hari ini,nk ziarah umah kengkawan jap...tungguuuuuuuuuu

Saturday, October 15, 2011

Selamat UlangTahun Abang!


Hari ini 15 Oct genaplah usia anak llaki atie 15 tahun...pastasnya masa berlalu,rasanya br shj atie mengendungnya dipangkuan...menyusukannya...memimpin tgnnya tuk berjln...memujuknya ketika jatuh trluka...
KINI anak yg dipimpin tgn itu telah menginjak remaja....berjauhan dgn atie demi masa depannya.meskipon sayu & sedih dihati namun hanya doa IBU panjatkn tuk ABANG agar berjaya dlm hidup dunia & akhirat.

SELAMAT ULANGTAHUN ABANG!

Pilu terasa bila insan trsyg tiada disisi disaat hari indah ini diraikan.namun hanya doa ibu panjatkn tuk kesihatan,kesejahteraan & kejayaan ABANG disana.

IBU AMAT RINDUKAN ABANG....


YA ALLAH,YA RAHIM...panjangkan usia anakku,murahkan rezekinya,terangkan pintu hatinya dlm menghafaz,kuatkan daya ingatannya,berikan ia kesihatan yg baik,jadikan dia anak yg soleh yg sentiasa mendoakan kami & sentiasa menegakkan ajaran AGAMA ISLAM serta mengamalknnya sepjg hidupnya YA ALLAH.berkatilah hidupnya YA ALLAH,jauhilah ia drp melakukan perkara2 yg tidak KAU redoi YA ALLAH.rahmatilah hidupnya YA ALLAH.AMIN.AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Thursday, October 13, 2011

Agar -Agar Santan

Salam & slmt pagi di hari khamis.sebenarnya agar-agar ni buat semlm...dok malas2 tp tingin nk makan.resepi mudah & senang nak dibuat....klu dlm cuaca panas,mkn lak sejok2 mmg nyaman jer tekak..hihi.
Jom layan resepi dr hana yg dh lama menyepikn diri.semoga dia sihat selalu & success dlm kerjayanya.tp resepi hana kaler ijo & atie lak tukar jadi merah.Ikut suka korang la nk tukar kaler apa...klu nk ijo,isi pandan & pewarna ijo biar wangi.Umah atie xder pokok pandan...dulu ada tp dah kena racun ngan Uncle india sebelah.jadinya klu blk kg,br la ambik daun pandan Apak/MIL.okey la nk ziarah kengkawan jap.Daaaaaa

Bahan-bahan:(Sumber:HanaMemories)

  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 1100 ml air
  • 170ml air campur 1 paket santan serbuk - hana guna santan pekat
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan(atie ganti dgn pewaena merah)

Cara-cara

  • Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
  • Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
  • Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
  • Tuang kedalam loyang atau acuan.
  • Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.