Sunday, July 28, 2013

JUADAH IFTAR 17 RAMADHAN


Salam semua.
Alhamdulilah,
dpt juga update blog mlm ni...sbk sikit uruskn penghtran kuih2 raya & urusan2 lain.Semlm sempat gak atie balik kg menziarahi Apak kesygan atie.
Gembira Apak bila ramai anak2nya pulang bercuti & berbuka puasa bersamanya.
Sempat tu semelih ayam 2 ekor...merendang la semlm.
Ayam kampung...mmg sedap!
Ni pula juadah berbuka puasa kami pada hari Jumaat..lama dah br nk citer ya.
Masak pon tak byk..cukuplah utk kami berdua.
Terima kasih kpd empunya resepi..halalkn ya
Cuci2 mata jer ya..habih dah!

SUP TAUHU TELUR - SAWI(Resepi:Ani Bawok)


Bahan-bahannya:
2 tiub tauhu telur/tauhu jepun - dipotong tiga
2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 2 inci (asingkan batang sawi dengan daunnya)
sedikit udang
3 cawan air
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 biji bawang besar (sederhana besar) - dihiris nipis

Cara-caranya:

Panaskan 2 sudu makan minyak masak, Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan air. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan udang, tauhu telur dan batang sawi. Biarkan batang sawi lembut sedikit.
Masukkan daun sawi dan garam. Biarkan hingga daun sawi layu.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment