Monday, March 10, 2014

Daging Masak Kicap

 Salam
Juadah kami tghari ni....daging masak kicap
Dah lama daging tak 'naik' rumah atie
Biasa buat rendang atau pon sup
Arini msk kicap lak
Poberet My IMAM jgk...dia suka yg brkuah2..brkicap2 camni
Buat pon tak byk
Dlm setgh kg daging kot...tadi beli 2kg jer
Simpan utk masak bila2 nanti
Jemput semua
Terima kasih kpd Ros JintanManis yg brkongsi resepi
Halalkn ya Ros...
Bahan-bahanye ( ikut keperluan isi rumah)

400 gram daging boneless ( dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Caranya
1. Mula-mula blender bawang besar, bawang putih dah halia hingga hancur, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.

2. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukka daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.

( kalau nak rebus daging sampai empuk pun boleh, bila masak tu boleh kurangkan kuantiti airnya)

2 comments:

  1. masak daging kicap memang senang dan sedap di makan. tapi sbb anak tak berapa nak gemar nak makan kuranglah sikit masak..

    ReplyDelete
  2. salam kak..

    ni antara feberet saya ni kak..suka sangat makan..

    ReplyDelete