Salam
Sarapan kami hari ini..kuey teow kerang goreng jerrr
Simple tp mengenyangkn
Terima kasih kpd zarin yg brkongsi resepi yer
Tak ikut semua pon
Sbb ada antara bhn2,,xder kat gobok ajaib atie tu
Jemput semua..
Jap lg nak g TI..utk penghtran kuah pecal 3kg
Kat Hospital Teluk Intan
Ada misi kat dlm tu order...Alhamdulilahhh
Sapa2 nk order kuah pecal
Pm/Email jer yer...
BAHAN BAHAN(Sumber:periukbelanga Zarin)
600 g kueteow
1 ikat daun kuchai - dipotong2
Taugeh...(sesuka hati lah nak banyak mana ye!)
kerang – suka hati nak banyak mana
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 ulas bawang merah dicincang halus
1 tbsp besar cili kisar
1 biji telur
1 tbsp sos tomato
4 tbsp kicap lemak manis
garam secukup rasa
1/4 cawan air
minyak untuk menumis
CARA CARA
1.Cuci kueteow. Tos dan sejatkan. ( i suka bilas kuey teow
sehelai demi sehelai so that bila dah masuk dlm kuali nanti senang nak gaulkan
kuey teow dgn bahan sos tu)
2.Cuci taugeh dan daun kucai .toskan. Ketepikan.
3. panaskan sedikit minyak dan masukkan telur..jadikan macam
scramble egg. keluarkan dari kuali and ketepikan
4.then panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan
bawang merah hingga harum,
5. then masukkan kerang – tumis hingga air kerang kering dan
kerang dah mengecut
6. then masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
7. Masukkan sos tomato, kicap dan kacau rata, masukkan
air
8. Bila mendidih, masukkan kueteow, kecil kan api dan gaul
kueteow hingga rata.
9.Masukkan daun kuchai, taugeh dan telur tadi
10. masukkan garam dan kacau rata dan tutup api dapur
11. boleh di hias dengan daun bawang, cili merah, bawang
goreng dan limau kasturi
alhamdulillah..sedap tgk..
ReplyDeleteAtie dah bisnes pecal pulak? tahniah..mudah2an tambah maju.
ReplyDeletehuhuhu.. kak atie, sedapnya..
ReplyDeletesedapnya kak..ni salah satu feberet saya ni kak..
ReplyDeletekue tiau dengan kerang memang macam adik beradik.. best~
ReplyDeletekue teow goreng my peberet :)
ReplyDelete