Dah lama xmsk udang camgini
Kebetulan ada akak ni mai umah..jual udang...beli la sebungkus
Biasa msk sambal je..ni tukar menu lak
Terima kasih kak asma yg brkongsi resepi
Anak bujang atie....sambil ibunya msk...sambil meratah!
Nasib la goreng byk..blh la buat lauk mkn tgahri
Tp mmg sedap buat ratah1 nih!
Jemput semua...
Bahan-bahan:(sumber:kakasma.blogspot)
20 - 30 ekor udang
80 gram tepung gandum
100 ml air
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)
Cara Membuatnya :
Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam
mangkuk.
Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam
peti sejuk lagi bagus.
Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit
dibahagian ekornya.
Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar
kering.
Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam
bancuhan tepung.
Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.
Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
Angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna
sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya.
TIPS
Pastikan udang betul2 kering bagi mengelakkan dari minyak
meletup yer....AWAS!
Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun
berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan
jangan terlalu pekat....