Tuesday, January 25, 2011

Ayam Masak Bali

Salam semua...arini msk simple jer iaitu ayam masak bali...xtau nk masak per....walaupon MyLaling xcerewet mkn...tp nk lar msk sedap2 tuknya kan?awal pg tadi dh kuarkn ayam dr esbox jer dulu..jalan2 umah yatie...trgoda lak negok resepi nih kt umah dia.Atie mintak izin copy resepi yer...halalkn.menu ayam nie lom dimakan lg sbb tggu Mylaling blk keje la kan...tp masa msk tadi,rasa sikit,mmg sedap!okey la ,korang layan dulu ayam atie nie yer..Daaaaa


Bahan-bahan:(sumber:yatie)

1 ekor ayam-atie buat xsampai sekor pon(mkn berdua)

1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecik jintan kasar
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat- saya letak 3 sudu besar(atie buat 5 sdb-sbb tu nampak hitam)
Cili kering- saya guna 1 cwn cili kisar
1 tangkai daun kari-xisi pon
3-4 helai daun limau purut
Asam keping-saya guna 1 kpg(atie guna tomato jer)
Minyak masak
Garam
Gula

Cara-cara

1.Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
2.Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
3.Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
4.Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6.Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit
.

5 comments: