Monday, June 6, 2011

Mee Goreng Kerang.

Salam & selamat pagi di hari isnin!..pagi nie kami disambut dgn hujan yg lebat!..ho..ho..sejoknya rasa nk tarik selinut balik...hihi.anak2 lps sembahyg subuh menyambung tido lak sbb hujan lebat nih.xper la sekali sekala kan?pagi nie atie masak mee goreng kerang(semlm beli)...mmg mewah ngan kerang sbb habihkn semua kerang tu..klu simpan lama2 xsdp lak.resepi atie copy Zurin(MesraNet)...makasih!jom layan mee goreng pagi2 nih...Daaaaaaaa

Bahan-Bahan:
500g mee kuning
500g kerang direbus n ambil isinya
1 biji telur
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
sedikit kicap pekat
sawi
kubis-atie x isi
tomato-atie x isi
minyak masak
10 tangkai lada kering*
4 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
sedikit udang kering*
sedikit ikan bilis*
Cili Merah-hiasan

*kisar kesemua bhn ini

Cara:
1.Panaskan myk dan tumis bhn kisaran sehingga naik bau.
2.Masukkan sos cili,sos tiram dan kicap pekat. Masukkan pula kerang.
3.Masukkan mee kacau sehingga sebati dan telur.
4.Masukkan sawi, kubis dan tomato. kacau sehingga sayur agak2 layu.
5. Tutup api dan sedia dihidangkan

14 comments:

  1. As'salam atie

    sukanya mee goreng yang banyak kerang. kalau beli pun boleh kira tak sapai 4 ketul jer kan... hihihi. atie punya termewah sangat2 dengan kerang, bagi lah kak ct sepinggan nak merasa gak ni..kecur dah pepagi ni tau...

    ReplyDelete
  2. salam kak ct.nak ngahbihkn kerang2 yg ada lam esbox tuh sebenarnya...sbb tue mewah ngan kerang mee nie...

    ReplyDelete
  3. saya mmg suka mee goreng, tp tak pernah lagi buat bubuh kerang..kalau dalam kuetiau tu biasa laaa... meh saya rasa sikit bleh???

    ReplyDelete
  4. selamat pagi atie,
    tang kerang tu yg amie tak tahan hati lagi.... hu hu sodapppp!

    ReplyDelete
  5. Salam ,
    bestnya tengok mee goreng tu...maklumlah belum sarapan lagi.

    ReplyDelete
  6. salam k. atie,

    hai goreng mee cam ni sajalah utk bbuka nati ;)

    ReplyDelete
  7. ohh tidakkkk... terus kebuluran nih... lambatnya lagi nak lunch time *sigh* ;-)

    ReplyDelete
  8. Salam kak atie! sedapnyer mee goreng kerang! ha ar lah! kita jarang buat mee goreng letak kerang biasanyer kalau kat pasar2 tu jer letak kerang, nanti nak buat lah letak kerang sendirik takut tak sempat letak dlm mee dah habis kerangnyer hihihi...

    ReplyDelete
  9. salam noorma..k.atie nie klu ada kerang dlm mee/kueteow...masuk jer..hihi

    ReplyDelete
  10. Salam Amie..mai la umah,join atie mkn..erphhh kenyang!

    ReplyDelete
  11. salam easy..puasa ker?Alhamdlh...cdg nk puasa gak...

    ReplyDelete
  12. salam ika..nie mmg mewah ngna kerang..dk dapo sorang2,jadinya kerang selamat..hihi

    ReplyDelete
  13. Azatiecayang, Wah ni fevret ni. Along balik kpg baru ni makan kerang puas2 sbb kat Sarawak ni susah nak mkn kerang.

    ReplyDelete