Salam semua..
Sarapan kami pg ni..
Nasi goreng udang...sepesel sbb dimsk dlm pemanggang ajaib.
Atie dah 2-3 kali gak msk nasi goreng
Guna pemanggang ajaib ni..best sbb nasi cpt 'kering' semasa proses memsk tu!
Sbb mkn berdua
Kuantiti nasi pon xbyk..dlm 2 cwn jer
Lama bak try nasi goreng ni
Cuma kdg2 udang lak takde lam esbok...tp mmg sedap..MyIMAM pon mkn nambah2.
Alhamdulilahhh
Nasi Goreng Udang
Bahan-Bahan
4 cawan nasi sejuk - ramas atau leraikan (terpulanglah nak
guna apa. for me it's better guna tangan, tp pastikan tangan you all bersih
yerrr...)
udang - bersihkan
2 ulas bawang putih - dimayang halus
4 ulas bawang merah -
dimayang halus
2@3 sudu besar cili kisar.....(atie guna cilipadi kasi pedassssss)
1 sudu besar sos tiram
2 biji telur
sawi.....(atie gantikn dgn karot)
garam dan gula secukupnya
minyak
Cara-Cara
1.Panaskan minyak dalam pemanggang ajaib.. tumis bawang putih dan bawang merah
sehingga kekuningan.
2.Masukkan cili kisar dan sos tiram. Masak sampai garing.
3.Masukkan udang, batang aswi. Kacau sebati.
4.Pecahkan telur, kacau sekejap.Letak garam dan gula secukupnya.
5.Masukkan pula nasi. Gaul sebati. Kemudian masukkan sawi.
6.Teruskan menggoreng sehingga nasi masak dengan sempurna.
7.Padamkan api.Sedia untuk dihidang.