Monday, May 30, 2011

1st Luck Draw Giveaway KZNabihah Boutique

Join GA yg dianjurkn oleh http://www.kznabihah.com iaitu blog yg menjlnkn biz secara online barangan keperluan wanita,khasnya baju & handbag.Utk melihat item2 yg dijual/nak cuci2 mata blhlh klik kat bhgian LABEL yg disediakn.

Pergi ke pasar membeli kuini,
Kuini dibeli berkati-kati,
Antaranya maxi dress yg dijual disini,
Warna pink ini memikat hati.

Kayuh basikal perlahan-lahan,
Sebelum melintas pandang kiri kanan,
DiBUTIK NABIHAH banyak pilihan,
Bolehlah order jika berkenan.
Buah bernama si buah nona,
Banyak dijual di tengah pekan,
Pelbagai handbag aneka warna,
Sungguh menarik jika digayakan.

Atie Tag
mizayusof
fieda
anim

Al-Fatihah

Semalam,Bonda kesygan rakan blogger kita IETA..http://putera2puteri.blogspot.com/ telah kembali ke Rahmatullah di Kedah.2-3 hari lps atie ada bermsj ngan ieta bertanya ttg perkabaran Bondanya yg baru kuar Hospital.Semlm,ketika atie ontway ke Shah Alam,Lyana telah menyampaikn berita sedih ini.Sama2lh kita sedekahkn Al-Fatihah tuk Arwah Bonda ieta...Semoga rohnya dicucuri Rahmat & dimasukkan dlm golongan org2 yg beriman.AMIN
Pada ieta....bykkan bersabar,tabahkn hati & redholah diatas pemergian ini.k.atie faham persaan ieta sbb k.atie pernah mengalaminya.

Lempeng & Sambal Tumis Ikan Bilis

Salam semua...selamat bercuti gak tuk anak2 yg sedang bercuti sekolah,cam anak atie gak cuma Adik jer ada kt umah...Abg blm mula bercuti lagi.masih sunyi lagi umah atie sbb Adik sibuk buat folio keje sekolahnya.masak pon biasa jer...sbb Adik nie cerewet sikit tang mkn2 nie,klu si Abg semua makan,tue yg sonok msk klu si Abg balik bercuti...semua dia makan apa yg atie msk,kdg2 tggu kat dapo sampai atie siap msk..hihi
Ucapan terima kasih atie ucapkn kpd korang semua yg byk tolong atie dlm prob blog atie semlm.keprihatinan korang amat atie hargai..terima kasih.jom layan lempeng & sambal atie nie..Daaa

Bahan-bahan ( 3 keping )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1/2 st garam
  • minyak masak

Cara-cara

  1. Tepung gandum, air & garam masukkan dalam blender...kisar sampai tepung tak berketul. Adunan mmg cair.
  2. Panaskan kuali lagi elok guna non stick pan. Masukkan sikit minyak masak,ambil sesenduk adunan dan ratakan. Masak dengan api slow. Bila dah masak, balikkan yg sebelah bawah pula.
  3. Bila dah agak kekuningan kira dah masak lah tu. Siap utk dimakan dgn sambal tumis ikan bilis/kari ikan atau sardin cili api...sedap..
atie suker yg 'geseng' camni..ngeee

Saturday, May 28, 2011

Nak Mintak Tolong..

Update:Tierima kasih pd korang yg bagi respon ttg masalah atie nie...dah try mcm2 TP mmg xleh ADD IMAGE.buat masa skrg,mungkin atie rest dulu kot..klu dah ok atie kembali semula.pada semua ....selamat bercuti!!


Salam...nak tanya korang blh Add image tuk buat n3 tak?kenapa erkh atie punya blog xleh nk ADD IMAGE....ada problem ke?harap korang blh bantu atie yer...ATAU google ngah 'sakit' lagi ?sedihnya xleh nk upload gambar.....

Friday, May 27, 2011

Cuti Persekolahan Bermula!

Salam...Alhamdllh,hari nie bermula la cuti persekolahan utk anak2 kita kan?.Insallh,Adik akan blk kul 12.30tghari nanti.Abg lak xsama cutinya ngan Adik...maybe lambat sikit permulaan cutinya sbb hari isnin nie sekolahnya mengadakn rombongan dulu.selama Adik bercuti nie,ada la kawan atie kat umah.itupon dah gtau....byk kerja sekolah akan dibawa blk!.kemungkinan kami xder la bercuti ke mana2...risau gak klu byk folio yg perlu disiapknnya.kpd korang semua....bykkan bersabar dicuti sekolah nie,biasa la bdk2 klu dok kt umah jer...mcm perangai ada..mulanya maknya jadi Tarzan..hihi


p/s:Kepada kakak atie skluarga yg blk pada ptg nie...semoga slmt sampai ke kg.

Thursday, May 26, 2011

Novel Norhayati Berahim Lagi.

Dah lama cari novel nie sebenarnya...semlm g Teluk Intan,singgah kedai buku jap.Akhinya jumpa gak novel tulisan penulis kesygan atie..Norhayati Berahim...Layang-Layang Bertali Kaca.walaupon baru beli semlm atie dah baca 1/2 dr novel..mmg leka membacanya.nak bertenet pon cam malas sbb nak habihkn cepat pembacaan..hihi.Ketebalana buku ialah 922 mukasurat!Tak sabar nak tahu kesudahan novel nie.Jom membaca...
dalam plastik lagi nih!

Sinopsis:


MANJA, si anak kecil Tengku Shariman yang dikurung dalam sangkar emas sering bermimpi dapat bermain layang-layang sepuas hati. Apabila dia mendapat peluang dengan bantuan Pak Jusuh, pemandunya, kesempatan itu digunakan sepenuh hati.

Sesekali dia melihat layang-layang itu mundur dan sesekali maju. Kadangkala dia terkejar-kejar dan kadangkala dia cuma berdiri tegak. Ketika itu barulah Manja tahu, mengendalikan layang-layang bukanlah mudah.

Tidak bijak menganggar, layang-layang akan terjunam. Tidak pandai memegang tali, layang-layang akan mati. Hidup bagi Manja, seperti layang-layang. Memerlukan kebijaksanaan, memerlukan kesabaran.

Bagi Manja, bermain layang-layang adalaj satu kebebasan yang hakiki. Di padang itu dia boleh berlari, terbang bebas sepuasnya. Dan di situlah dia bertemu cinta sejati...

Cucur Udang Rangup

Salam & slmt ptg semua..ptg nie atie buat cucur udang rangup tuk minum ptg.resepi ambik dari madihaa..makasih yer.mmg sedap cucur nie...mmg rangup,sedap di makan dgn sos/kuah kacang.kebetulan ada udang lam esbox & bahan2 lain gak.dah lama nk try...kdg2 xcukup bahannya.ptg nie ada semua lak.MyLaling cicah ngan kuah kacang...atie lbh suka cicah ngan sos..hihi.jom layan resepi dari madihaa,kat blog dia byk resepi yg best2!!

Resepi Cucur Udang Rangup
(Sumber:madihaa)

Bahan2
3 ½ cawan tepong gandum*
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
2 cawan isi udang
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)
1 ¼ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur

Minyak untuk menggoreng


Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata.

3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
4. Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar. Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
5. Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
6. Bila dah garing, angkat & toskan.
7. Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya.


p/s:tak sabar nk tggu esok..adik mula bercuti & kakak atie blk kg!!
p/s:tak s

Majlis Penyerahan Komputer Riba(Net-Book) Tuk Pelajar.

Selasa lps atie & MyLaling menghadiri majlis penyerahan komputer riba/netbook tuk 5 buah sekolah diBagan Datoh...yg disempurnakn oleh Menteri Pertahanan Malaysia.Disbbkn Adik antara penerima netbook itu,atie kena la hadirkan!.sessi penyerahan diadakn di SMK seri Muara,Bagan Datoh.Alhamdllh,Adik diantara pelajar yg trpilih utk menerima netbook ini....semoga pemberian ini Adik semakin menguatkn semangatnya tuk belajar dgn lbh tekun & mengekalkn kejayaan cemerlangnya.Amin



Bahaya Menyimpan Air Dalam Botol Plastik Dalam Kereta!!

Selamat malam sahabatku semua,
pagi ini ingin ku berkongsi dengan korang tentang bahayanya menyimpan air minuman dalam botol plastik di dalam kereta...
Kredit untuk Ayu(
http://ruhayurazali.blogspot.com & kak mulan yg sudi berkongsi infodgn kita semua.
**********************
Air dalam botol plastik di dlm kereta anda, sangatlah berbahaya.
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,
terutama di Australia ...

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.

Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.


PS: MINTA DIWAR-WARKAN, Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.


Wednesday, May 25, 2011

Happy Anniversary Adik-Adikku.

Ucapan istimewa ini ditujukan tuk kedua pasangan adik-adik atie yg menyambut Anniversary mereka di tarikh yg sama(25/5) TP berlainan tahun.pada .kpd K.CHIK & KHALID serta pasangan masing2 Kak Yang ucapkn semoga akan terus berbahgia hingga ke akhir hayat.yg paling trindah mereka berdua ini....sorang baru dpt baby & sorang lagi sdg menanti kelahiran baby yg pertama.Tahniah dari Kak Yang...

I-intelligent Tourmaline Flask

Salam semua...arini xder citer masak2 sbb arini cuti masak....makan kat kedai jer.pagi tadi g Teluk Intan nak settle pelbagai urusan...byr duit tepon(kang lambat byr xdpt bertenet lak)...g uruskn visa & caruman EPF tuk pekerja2.baru lagi blknya nie.Semlm langsung xder line tenet,nape entah.okey la,sbb xder nk n3 apa,jadinya atie nak tayangkn ttg 1 produk kesihatan yg kami gunakn dirumah(kongsi lerr..) nk beli 2 bijik,xmampu...mahai!!Nie lah bendanya....atie xder la nk tulis pjg2...korang bc jer ttg infonya kat bawah tuh!..Selamat membaca.....

MENURUT PAKAR KESIHATAN, SETIAP ORANG AKAN MEMILIKI ANTIBODI YANG KUAT JIKA TUBUH MEREKA BERSIFAT LEBIHBERALKALI, DARIPADA BERASID.


SUMBER UTAMA ALKALI IALAH:

1. SAYUR-SAYURAN
2. MAKANAN KESIHATAN (SPIRULINA,KLOROFIL,WHEATGRASS)
3. MINUMAN AIR BERALKALI (AIR ZAM-ZAM)


MASALAHNYA.......... DIMANAKAH KITA HENDAK MENDAPATKAN AIR MINUMAN BERALKALI TERSEBUT

MEMPERKENALKAN . . . . .
pic dari cik google

(Atie punya kaler steel...dah lama guna...)

Penyakit yg boleh dirawat

Dengan menggunakan I-intelligent Tourmaline Flask ini pelbagai penyakit boleh dirawat (insya-ALLAH)...Antaranya.


1. Mengaktifkan molekul air
2. Meningkatkan kadar oksigen
3. Mengnyah lemak dan toksin
4. Melancarkan saluran darah
5. Mencegah pembentukan Atherosclerosis(timbunan lemak)
6. Mengawal sistem pembekuan darah dan mempercepatkan proses pemecahan bekuan darah (fibrinolisis)
7. Meningkatkan kesihatan, kecantikan dan kekuatan
8. Mempercepatkan perjalanan sel
9. Meningkatkan kualiti tidur


Kandungan di dalam Tourmaline Flask

Mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Menggunakan teknologi Nano & Far Infra Red
2. Diperbuat daripada Stainless Steel
3. Bahan asas daripada serbuk batu-batuan
4. Muyu Stone (Muyu Jade/Wood Grain Jade) - mengandungi unsur-unsur kimia yang banyak seperti potassium, sodium, Magnesium dan banyak lagi
5. Medical Stone
6. Tourmaline (Electric Stone) - mampu mengeluarkan ion-ion negatif
7. Nano Stone - membantu pemulihan sel dan juga meningkatkan kualiti air minuman
8. Anion Stone - mampu memancarkan Far Infra Red

Tuesday, May 24, 2011

Hadiah Menang GA Dah Sampai.

Alhamdllh,tghari tadi dpt 2 sampul surat dari pakcik posmen yg merupakn hadiah atie menang GA & hadiah saguhati join GA.sampul pertama hadiah dr suzie(yg sampul post laju)....best sbb dpt FM dr sarawak & souviner dr sarawak gak.yg kedua dpt sticker dr qirmumtaz.kpd penganjur GA nie..terima kasih.atie join GA/Contest pon saje suka2....seronok sebenarnya trutama join contest yg membuatkn kita byk brfikir & menjadi kreatif..hih

Kari Ayam & Terung

Salam semua & Selamat tghari.mungkin ada yg dah makan tgharikan?.arini atie masak gulai kari ayam + Terung....request dari MyLaling(jarang dia request apa2 masakan..apa yg atie msk,tue la dia mkn...Alhamdllh,xcerewet).sebenarnya terung tue kawan MyLaling yg buat projek tanaman sayur terung yg kasi...fresh dr ladang nih!atie msk pon xbyk..dpt la semangkuk kecik.kat umah atie jarang msk kari....nape entah sbb xbape gemar kot..hihi.jom layan gulai kari atie yg dicopy resepinya dr MYR.makasih pada Tulip77.izinkn atie copy resepinya yer...Daaaaa

Bahan-bahan:(sumber:Tulip77MYR)

  • * Bahan dikisar halus *
  • 20 tangkai lada kering
  • 4 biji lada besar merah
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup @ 2 sk serbuk kunyit
  • * Bahan disangai dan dikisar sekali*
  • 1 1/2 sb ketumbar
  • 1 sb jintan halus
  • 3 biji buah keras
  • * Bahan yang lain *
  • 1 ekor ayam potong 12
  • 1 labu bwg besar dimayang
  • 2 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
  • rempah tumis 4 beradik
  • 1 sk halba
  • 1 sk biji sawi-atie xisi
  • 1 cwn santan pekat & 2 1/2 cwn santan cair
  • 2 keping asam gelugor-atie ganti ngan asam jawa
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji ubi kentang-atie ganti ngan terung
  • 1/4 cawan minyak utk menumis
  • garam,gula & serbuk perasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit
  2. Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.
  4. Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
  5. Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
  6. Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.

HAEMUL PA JEON AKA KOREAN PANCAKE

Salam & selamat pg semua.lama dah teringin nak buat pancake yg atie trnampak kat umak kak paty yg pandai masak tue!.dari hari ke hari nak buat tp xsempat2..jadinya arini diberi kesempatan mencubanya.pada kak paty,makasih atas resepi yg sedap nie.tapi dek tekak atie nie mmg suka pedas...derhaka sikit sbb atie tambah cili merah....kasi pedasss.hikhik.atie buat pon xbyk dlm 3 kpg jer ikut acuan kuali non stick kecik atie.bkn main selera lg Mylaling menyicah ngan cili sos."sedap yer bang?...sok!sok!atie buat lg yer".

INGREDIENTS(sumber:kak paty)

1 1/2 C all-purpose flour / 1 1/2 cawan tepung
1/2 C rice flour / 1/2 cawan tepung beras
2 C water / 2 cawan air
1 egg / 1 biji telur
1/2 tsp kosher salt
8 oz chopped seafood mix or shrimp, peeled, deveined, and chopped
5 crab sticks diced
1 carrot, grated
1 zucchini, grated
3 green onions, thinly sliced
or substitute a handful of Chinese chives cut into 2 inches
Atie tambah cili merah 2 biji-hiris serong

In a large bowl add the all-purpose flour, rice flour, and salt. Whisk to combine. Add the egg and start with 1 1/2 cups of water. Whisk until smooth. If the batter is looking too thick, add a little more water. The consistency should be like heavy cream, not too watery. Add in the chopped seafood (if using), grated vegetables, and green onions or chives.

Heat a tablespoon and half of vegetable oil in a nonstick or cast iron skillet over medium high heat. Use plenty of oil, enough oil to cover the bottom of the pan, for a crispy pancake. Ladle one third of the mixture into the pan and spread it evenly in the pan. Cook until the bottom is crisp and golden brown. Flip and cook on the second side until crisp and golden brown. Repeat with the rest of the batter.


Cut the pancakes into 8 wedges and serve with dipping sauce.


p/s:atie punya pancake xla secantik kak paty punya..huuuuu

Monday, May 23, 2011

Selamat Malam Semua.

Selamat mlm semua...mata atie pon dah ngantuk,xlarat dah jadi 'burung hantu'..hikhik.jumpa esok pagi yer....ZZZZZZZZZZZZ

Giveaway: Sigma Travel Kit Naughty in Black


The Sigma Makeup Travel Kit Naughty in Black contains 7 essential brushes to achieve a flawless look on the go. Take Naughty in Black to your favorite travel destination or keep it in your purse for a quick touch-up during the day or a night out. All brushes are individually stored in a stylish black clutch equipped with a convenient pouch to carry all your must-have makeup items.
If you have enjoyed my review on Sigma Travel Kit, now here's your chance to win your own!

The prize: Sigma Travel Kit Naughty in Black

Rules:
  • This giveaway is open internationally
  • You have to be a follower of Gaby's Beauty Blog
  • You have to have an active blog in order to enter (no blogs made only for giveaways!)
  • This giveaway ends on May 25 at midnight

Semoga Berjaya ADIK & ABANG.

Dikesempatan nie atie nak ucapkn selamat menjalani peperiksaan buat ADIK(anak pompuan) & ABG(anak llaki) atie yg bermula hari ini.semoga ALLAH permudahkn & terangkn hati mereka dlm menjalani exam trsebut.di kejauhan ini,hanya doa yg mampu ibu pohonkn agar kedua2 anak ibu akan berjaya.Amin.
Semoga kejayaan itu milik kalian berdua..sayang!

ALHAMDLLH,MENANG GA.REZEKI ANAK2.

Alhamdllh,Rezeki Anak2.

Alhamdllh,N3 yg dihtr ketika join GA yg dianjurkn oleh Iman & Cik Ims telah trpilih sebagai n3 trbaik.walaupon iman ada msj gtau link n3 GA atie tue 'hilang'.trpaksa buat n3 yg baru semula.pada penganjur GA makasih & kpd pemenang yg lain trutamanya anim yg sama2 menang entry trbaik...Tahniah dari atie



inilah N3 yg trpilih tue...

Xsabar nk merasa macaron hasil tangan Cik Ims nih

Menang GA DI SuffahBeautyShop!
Alhamdllh,masih menjadi rezeki atie iaitu menang GA di SuffahBeautyShop!syukur sgt2..hadiah yg dimenangi ialah choco light yg bernilai RM89.00.makasih pada penganjur & tahniah gak tuk pemenang yg lain


Full Result:http://suffahbeautyshop.blogspot.com/2011/05/result-ga-5-ga-6-available-now.html


MENANG GA SERBU DAPUR CHIQ DINA

Makasih pada anim yg inform kat blog & Tahniah gak tuk anim & khai yg menang GA nie!.

Sedekahkn Al-Fatihah Untuk Anak-Anak Ini.

Walaupon semua dah tau ttg kejadian tanah runtuk di Hulu Lngat yg melibatkan seluruh penghuni Rumah Anak Yatim Al Taqwa & Anak Anak Hidayah Madrasah Al taqwa.mmg sungguh menyayat hati...trbayang wajah2 suci mereka.merekalah anak2 Soleh & penghuni syurga.bila atie tgk gambar wajah mereka & berita di TV mmg menitis airmata atie.bila trkenang usia mereka hampir ngan usia anak2 atie.Tak mampu nk citer lbh detail lagi..klu korang nak tau lbh lanjut ttg berita ini boleh la layari blog ini..http://albanjarionline.blogspot.com.marilah kita sedekahkn Al fatihah tuk anak2 soleh ini.semoga ahli kluarga mereka bykkan bersabar & redo atas pemergian anak2 ini.ALLAH lebih menyayangi mereka yg blm ada dosa ini.ALLAH menjanjikn ganjaran syahid bagi anak2 yg trkorban dlm runtuhan ini.Al-Fatihah

Wajah mereka seblm kejadian berlaku...berseri & sucinya wajah mereka...





p/s:ketika menaip n3 nie pon airmata atie ttp mengalir....