Friday, September 30, 2011

Sambal Kering Paru

Salam dihari Jumaat bersamaan 2 zulkaedah.apa kabar semua?semoga semuanya beroleh kesihatan yg baik ya.Esok pastinya pelbagai rancangan diatur sempena cutikan?semoga gembira bersama kluarga trcinta.
Atie xder nk citer pjg,cuma nk n3kan masakan atie hari ini...semestinya yg berlada & pedas.kang xder pedas,xselera lak nk makan.
Hari ini atie masak sambal paru kering yg menjadi poberet MyLaling lar,klu Adik ada kat umah mmg antara kesukaan dia gak.beli paru kat pasar semlm,beli pon xbyk cukup la tuk sekali masak jer.Jom layan,resepi atie ambik dr Moralle MYR.terima kasih ya.

Paru Sambal Kering(sumber:MoralleMYR)


Bahan-bahan ( 1 kilo paru, untuk 4 hingga 6 orang (it depends) )

  • 1 kilo paru (di rebus dahulu selama 30min at least)
  • Lada kering (dalam 20 tangkai or depends on individual)
  • 2 biji Bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • Halia,Belacan-atie tambah
  • Serbuk lada putih dan Serbuk lada hitam (sukatan ikut rasa sendiri)
  • 1 sudu kicap masin-atie Xisi
  • Sedikit Air Asam Jawa-atie tambah
  • Sedikit Gula Pasir-atie tambah
  • Sedikit Sos Cili-atie tambah

Cara-cara

  1. Paru yg telah di rebus, di potong kecil, memanjang sedikit ataupun ikut suka rasa (asalkan tipis dan tidak terlalu tebal) - di goreng dahulu sehingga separuh garing
  2. Lada kering, bawang besar dan bawang putih (di blender)
  3. Tumis lada yg sudah di blender sehingga sedikit garing
  4. Masukkan paru yg telah digoreng, di gaul rata,
  5. Masukkan serbuk lada putih dan serbuk lada hitam dan juga kicap,
  6. Setelah di gaul sebati masukkan perasa dan sedikit garam,
  7. Boleh juga di masukkan sedikit gula sebagai perasa,
  8. Di gaul semuanye hingga sebati


Thursday, September 29, 2011

HAPPY BIRTHDAY ADIKKU

SELAMAT ULANGTAHUN utk adik atie yg bongsu...Khalid yg dok kat Bandar Universiti,Seri Iskandar,Tronoh .Doa Kak Yang semoga ALLAH pjgkn usia,murahkn rezeki,bahgia dlm melayari alam rumahtangga & success dlm kerjaya.
Tahniah telah menjadi seorg ayah pada bulan lepas..semoga Alid menjadi seorg ayah yg trbaik...didiklah anak supaya menjadi seorang muslimah yg sejati.

Terima Kasih NUFFNANG.

Alhamdllh.walaupon atie ni jarang online,xbyk buat post baru...TP Encik NUFFNANG yg baikhati telah menambah BE tuk atie,bkn 1BE tapi 2 BE.Terima kasih Encik NUFFNANG!!
Bkn apa bila nampak BE tue,bersemangat la sikit nk blogging nih.Biasa kul 12mlm atie rajen update survey blog (antara tips yg 'sifu' ajar..kena rajen update survey).terima kasih sifu2 dlm dunia blogging nie cam BEN,K.InaKL,MGebu,CIKMIN & ramai lg.Depa dah ribu raban dapat setiap bulan..atie baru nk jadi 3 angka.tue pon rezeki gak kan?
Ingat nk kumpul biar byk2 dulu baru 'kuarkn' duit Nuff nih.sabo!sabo!



Bubur Pulut Hitam

Salam & slmt ptg semua.menu tghari tadi simple jer & tuk minum ptg nie atie masak bubur pulut hitam.tingin lak nk makan bubur arini.hihi.atie buat pon xbyk sikit jer lam 2 genggam pulut hitam kot sbb MyLaling bknnya minat sgt...wifenya yg kemaruk nk mkn bubur ni(xder apa 2 tau..bkn ngidam ya:D)
Oh ya,GA kat blog contest atie akan DITUTUP pada esok hari dlm kul 12mlm.pada yg nak join...masa sempat lg.pada kesemua para peserta,GOOD LUCK.atie pon xsabar nk tau sapa yg akan menang.harap2 semua akan happy ngan hadiah yg bakal atie berikan.Xder la kete sebijik....rumah banglo sebuah...X mampu den!hanya sekadar taNda ingatan dr atie sekluarga yg amat menghargai peyertaan korang semua.Atie pon xjangka dah melebehi 100 org peserta!.Alhamdllh.
Seblm tue,jom makan bubur pulut hitammmmmm...


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 300 gm Pulut Hitam
  • 1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
  • 1 tin santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan (kalau ada)
  • segenggam sagu (kalau suka)
  • susu segar
  • sedikit garam (hujung sudu kecil)

Cara-cara

  1. Rendam pulut hitam semalaman
  2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
  3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
  4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
  5. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
  6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)
  7. Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.

Wednesday, September 28, 2011

WORDLESS WENDNESDAY

Terima kasih atas ingatan itu(9/9)...syg korang sgtttttt!!

Menu hari Ini.

Salam semua.apa kabar?.selesai sudah membuang malware yg brjangkit di umah atie ni & br seronok nk blogging semula.Hari ahad yg lps kami ziarah anak llaki atie kat asrama sambil menghadiri openhouse.masih sempat jgk brtandang ke umah kakak atie di puchong nun...dia msk mee kari yg sgt sedap!.terima kasih nyeah.
Okeylah,menu kami hari ini...semuanya pedas!.Klu xder pedas mmg xsedap sungguh nk makan.Resepi xyah la,menu yg klu pejam mata pon korang leh masak.
Yg br bertandang ke umah atie ni...kat sini xder la resepi yg pelik2 yg atie masak,maklum la tekak org perak...dok kg lak tuh!biasa biasa jer.Blog ini diwujudkn sebagai kenangan tuk kami sekluarga.macam macam ada...hihi
Jom layan..atie nk ziarah blog kawan2 jap.nak ikot?jommmmmmmmm

Kuah pecal & sayuran
Pajeri Nenas...masak separuh bijik jer.
Sambal Tumis udang(klu ada petai mmg best nih!)

Tuesday, September 27, 2011

Blog Atie Dah OK.

Alhamdllh,masalah malware yg menyerang blog personal atie ni dah pon selesai.Tue pon atie TERpaksa buang sikit blog2 yg trdpt dlm bloglist atie tue:(.
Puas gak menGoogle tuk cari cara2 nk hapuskan Malware tu...atie ni bknnya pandai sgt ttg IT nih.Siap buat n3 khas kat blog contest....takut sapa2 masuk & menjangkit virus tue dr blog atie nih.Syian korang nanti...

Sunday, September 25, 2011

Ke KL Hari Ini.



Salam semua & selamat brhari mggu bersamaan 27 syawal...dah sampai kita dipenghujung syawalkan?pantasnya masa berlalu.Awai lak atie n3 pg nie ya?hihi
Insallh,kul 10pagi nie kami akan bertolak ke Kula Lumpur(meru) untuk menziarahi anak llaki atie pula sambil menghadiri openhouse yg diadakn oleh kawan MyLaling.Juga menguruskn bberapa hal disana.
Doakn perjlnan kami selamat pergi & balik ya.mesti korang juga mempunyai agenda gak arinikan?pada semua,atie ucapkn selamat bercuti & jaga diri serta keluarga.

Saturday, September 24, 2011

Adik Outting Arini!

Salam.Selamat berhari mmgu & slmt bercuti tuk semua kwn2 dialam maya nie.apa plan hari nie?.mesti pelbagai agenda yg korang rancangkn bersama kluarga ya?.Insallh,arini Adik akan balik outting....best sgt!.walaupon dekat tp sbb xtgk wajahnya,tue yg xsabar nk tggu dia sampai.winduuuuu
Semestinya,masak pon menu yg menjadi kesukaanya...sambal tumis sotong kena ada!.Yg lain2 pon ada gak....kuih2 xder la masak(cuma lam esbok ada msk agar2 semlm).Adik nie xbape suka ngan kuih muih kecuali karipap jer brbeza ngan Abgnya...semua makn X cerewet.Kt kedai xder lak org jual keledek:(.Klu tak atie beli gak,leh buat karipap sikit tuk Adik.
Okey la,daaaa jumpa lg nanti ya.



Friday, September 23, 2011

RAHSIA TAHI LALAT.

Salam semua..selamat ptg di hari Jumaat yg mulia ini.ptg nie atie nak kongsikn rahsia tahi lalat yg pastinya ada pada setiap wanita.semua ini hanyalah firasat shj,sekadar mainan fikiran .
Terima kasih kpd http://mamalurveirfan.blogspot.com/ yg mengizinkan atie mengongsiknnya dgn pengunjung2 blog atie lak.
Atie pon ada gak tahi lalat kat wajah & tpt2 lain gak(biarlah rahsia..hihi).Korang ada tahi lalat tak?kat mana tuh?
Jom check firasatnya disebalik dimana letaknya tahi lalat tuh.

TandaFirasat Tahi Lalat
Bibir atas kananBanyak rezeki, pandai
Bibir atas kiriRamai kawan, baik hati
Bibir bawah kananDisegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiriPandai bicara, tak mudah kalah
Leher kananCerdas, jujur, berani menderita
Leher kiriCerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengahTercapai cita-cita
Biji mata kananSuka serong dan pembohong
Biji mata kiriPembohong tetapi baik hati
Hujung mata kananBaik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiriBaik budi, murah rezeki
Punggung kananAgak mengalami kesulitan
Punggung kiriMalas dan suka duduk
Betis kananSuka berhibur, boros
Betis kiriRajin, tidak suka menganggur
Lutut kananBersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiriKurang kuat berusaha
Kepala sebelah kananTerkabul cita-cita
Kepala sebelah kiriSering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakangJujur, sabar dan tekun
Kening kananCerdas dan cekap
Kening kiriCerdas dan sopan santun
Tengah keningKeras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kananKecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiriSuka berpoya-poya
Ketiak kananDapat menyimpan rahsia
Ketiak kiriJujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kananSuka keluar rumah
Pergelangan kaki kiriKehendak kuat
Batang hidungBanyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidungBanyak rezeki
Dagu bawah kananJujur dan baik hati
Dagu bawah kiriBijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiriBaik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki)Bakal beristeri dua
Tumit kananJujur dan banyak kawan
Tumit kiriBaik budi
Alis kananSuka menolong dan baik hati
Alis kiriRamai yang suka
Pangkal peha kananKemahuan kuat
Pangkal peha kiriSuka kerja apa pun
Telapak kaki kananTak mudah mengeluh
Jari kaki kananSuka menolong
Jari kaki kiriBerbudi, suka berbuat baik
Bahu kananCermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiriSuka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kananBaik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiriRamai kawan, setia pada pasangan
Lengan kananSetia dan taat pada atasan
Lengan kiriMenepati janji dan rajin
Pipi kananRamai teman
Tengah-tengah pipi kananRamai yang suka
Tengah-tengah pipi kriRamai teman
Ubun-ubunKurang jujur
PusatCerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kananSejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiriBeroleh kemuliaan
Pinggang kananSayang pada pasangan hidup
Pinggang kiriDisayang pasangan hidup
Dada kananDapat mengatasi masalah
Dada kiriBerani, jujur dan sabar
Telapak kaki kananTidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiriBaik budi pekertinya
Siku tangan kananKuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiriBaik hati, suka menolong
Jari tangan kananSerba beroleh keuntungan
Jari tangan kiriSerba baik bekerja
Jari telapak tangan kananBanyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiriBanyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kananBoros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiriDapat berpangkat
Perut bawah kananBanyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiriBaik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalamDisayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalamTidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luarBaik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiriMurah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kananSerba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atasBaik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atasBaik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawahAgak malas
Kelopak mata kiri bawahAgak bodoh, kurang bijaksana
kredit:petua pakar

Thursday, September 22, 2011

Gulai Lemak Pucuk Paku.

Salam.Alhamdllh atas rezeki tuk kami sekluarga hari ini.dah lama x masak gulai lemak pucuk paku nie,kebetulan semlm beli 2 ikat.cam biasa la,mkn kena ada kuah2kan?jadinya masak gulai lemak,goreng ikan,sambal kering ikan bilis & ikan masin sikit.nambah2 nasi gak..hihi.jom layan,nk g ziarah kwn2 jap....sapa nk ikot?
1 Ikat pucuk paku
1 Cawan santan cair
2 Cawan santan pekat
Sedikit ikan bilis atau udang kering
1/2 Keping asam keping-atie tambah(jgn byk sgt isi nanti masam sgt lak)

Bahan Mesin:
15 Biji cili api
2 Ulas bawang merah
1/2 Inci kunyit hidup
Garam

Cara-cara:

1. Asingkan pucuk paku dari tangkainya dan bersihkan. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dan masakkan sehingga mendideh.
3. Bila dah mendidih, masukkan santan pekat dan rasakan garam. Sentiasa kacau supaya kuah tidak naik minyak.
4. Bila dah nampak mendidih, tutup api dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan goreng.

Balik Kampung...!

Salam semua,sehari sblm dmm aritu sempat lg balik kampung...ziarah Apak atie.masa tue mmg dah selsema & asyik bersin je tp gagahkn jgk blk kg.setiap bulan mmg WAJIB atie akan blk kg sbb windu ngan Apak:).Sebagai anak mmg kewajipan kita ziarah orgtuakan?. Xkisah la awal/pertghan/hujung bulan ke(ikut kelapangan MyLaling lar).Ajak Apak dokngan atie dia xmo...selesa ngan umah sendiri agaknya.lgpon mcm2 yg Apak risaukn bila berlama2 kat umah anak2.biasa la kan.Sok2 kita dh tua entah camna la pulak.
Masa atie sampai Apak ngah masak pulut,nk buat tapai katanya.Aduh!rajen sungguh Apakku ini.Apak mmg pandai masak...pernah sekali dulu mkn gulai kari xdak santan(Apak mlas nk g kedai katanya)....fuh!sedap!kalah mskan atie..hihi.Atie doakn Apak sentiasa diberikan kesihatan yg baik oleh ALLAH.Amin.Jom jtgk apa yg ada kat umah kg atie.....:)

Wednesday, September 21, 2011

Terima Kasih NUFFNANG.

Alhamdllh,masih ada kagi rezeki atie.Terima kasih kpd Encik NUFF yg sudi menambah 1 lg BE walaupon hampir semggu tiada n3 yg baru.Kpd semua pengunjung2 blog picisan ini & sudi KLIK2....terima kasih semua.iklan yg mendpt BE di blog atie ialah Sony E-Mount & Adidas Tp xnampak pon iklan tue kat blog atie. Yg dok menari ligat..DIGI jer!.Camna tuh?
Apa2pon reJEki jgn ditolak....:)

Juadah Hari Ini.

Salam semua,slmt tghari...agaknya mesti semua dah pon menjamu selerakan?Alhamdllh.hari ini atie hanya masak yg simple2 jer....terima kasih pd MYLaling yg menjg atie disepjg atie dmm.sepjg kami berkahwin blm pernah MyLaling sakit yg teruk2,klu dmm pon sehari je dok umah pastu g keje blk.Alhamdllh,semoga diberikn kesihatan yg baik hingga ke akhir hayat.Amin.Cuma wifenya nie..memanjang X sihat:)
Tuk tghari ni,atie hanya masak goreng tempe,sayur taugeh + tauhu & rendang kerang...simple2 jer.Jemput makan....

WORDLESS WENDNESDAY

Apa kabar semua?.Sepjg dmm mcm nielah jugak keje atie :)

Friday, September 16, 2011

ATIE DEMAM!


Salam semua...selamat bercuti!!.Maaf xdpt membalas msj2 yg korang tinggalkn..apa2pon terima kasih atas doa & keprihatinan korang kpd atie.Terima kasih atas nasihat2 korang didlm n3..selsema la pulak!
Dari semlm dah mula demam..batuk hingga suara pon dah serak sgt!..bibir pon dah luka2 sbb kering walhal atie asyik minum airmasak je.Atie akan bercuti seketika dr dunia blogging hingga beransur sembuh,Insallh.
GA atie masih brlangsung lg hingga 30 sept..pada yg blm menyertainya.jemput ya!
Hadiah2 akan din3kan kemudian

Pada semua atie ucapkn selamat bercuti!!

Wednesday, September 14, 2011

Selsema La Pulak!

Selamat mlm semua....arini asyik bersin jer,badan lemah & kepala lak pening,rasa badan demam X demam jer.dah menelan panadol 2 biji,kot2 okey badan nanti.ini mesti menjangkit dr MyLaling sbb sehari-dua ni memanjang dia bersin gak.hadoiiii....klu dah selsema nie serba serbi malas jer.arinipon masak simple jer..malas nk menayangnya.paham2lah klu dah xbape sihat ni...janji ada nasi ngan lauk,cukuplah..
Ari sabtu nie Adik llaki atie mengadakn majlis kenduri bercukur anaknya kat seri Iskandar.semlm dia dah tepon menjemput kami sekluarga(pakai catering jer),klu xsihat camna nk g.Harap2 sihat la leh makan2 kat umah kendurikan?.klu kami dah 'tumbang'..alamatnya mkn bubur ajelah.Korang doakn atie sihat yer.TQ

Anniversary Giveaway AzatieSayang.

Salam semua..hari ini GA atie yg ke 4 telah dilancarkan!.Kpd yg ingin menyertainya blh la ke blog contest atie..

Syarat2nya sangat mudah & semua blh menyertainya!

JOM JOIN
Due:30 sept

Hadiah2 GA Yang Telah Diterima.

Alhamdllh,atas rezeki yg ALLAH telah berikan tuk atie sepjg menyertai GA/Contest yg dianjurkn oleh geng2 CGL.kpd semua penganjur,terima kasih,semoga brtambah murah rezeki korang.Antara hadiah yg telah atie terima ialah...

Dari Koqin....tulisan khat nama atie,kad raya & duit raya!!
Dari Ummi Muhamamad...Syukran!
Dari Innanie..bakal peguam(mask muka..lom sempat pakai lg)
Dapat hadiah baju T'shirt..amik saiz tuk Adik(terima kasih penganjur..lupa dah)
Hadiah shawl yg berwarna brown..pilihan atie sendirik,cantik!
Hadiah Bag...comel jer
Terima kasih penganjur....atie Memenangi nametag sebyk 500 pcs!!!

Tuesday, September 13, 2011

Abg Kembali Ke Sekolah & Menu Hari Ini.

Salam & slmt mlm semua.Semlm kami menghtr Abg(anak llaki atie) kembali ke asramanya kat Meru.Setelah 2 mggu bercuti dirumah...mmg sedih nk berpisah.kami bertolak dr rumah pukul 3ptg,sbb kakak ipar atie numpang kete kami tuk balik ke Klang.Jadi htr dia dulu,baru kami meneruskn perjlnan ke Meru.Mmg sayu rasa hati nk tinggalkn Abg kat asrama tp Demi masa depan ,atie kena kuat & redha berpisah dgn anak2.Semoga kejayaan akan menjadi milik anak2 atie..AMIN.

Seperti biasa...masakan tuk kami berdua tghari tadi.rendang ayam,sayur taugeh berkicap & goreng kunyit pedal ayam.walaupon bermcm jenis tp semuanya sikit2 atie masak tuk mkn berdua.Klu ada Abg...masak nasi kena byk sbb dia suka mkn menambah2.Bila tgk dia mkn mmg seronok...klu buat sambal pedas2,lg dia suka.

Good Luck Iman!


Selamat menjalani UPSR kpd anakbuah atie...IMAN yg bermula hari ini.Semoga dpt menjawab dgn tenang & diterangkn hatinya oleh ALLAH sepjg exam ini brlangsung.Ingatlah harapan kedua ibubapa & buatlah yg trbaik!.doa Mak Yang sentiasa mengiringi Iman.

Sunday, September 11, 2011

Ikan Siakap Sweet & Sour.

Salam & slmt ptg semua.Juadah kami ditenghari tadi...ikan siakap sweet & sour,request anak bujang atie lar.klu blh seblm dia balik semula ke asrama...nk masak apa yg dia nak.kang rindu lak ngan masakan ibunya pulak.Yg paling best...suka tgk dia mkn,selera sungguh.klu keje kat dapo nie mmg klu mintak tolong blh la...potongkn sayur,bawang2 & basuh pinggan mangkuk.ada sapa2 nk ambik buat menantu tak?hikhik
Jom layan resepi ikan siakap dari umah Ika(arah)..pada ika...makasih atas resepi yg sedap nih!
Bahan-bahan:(sumber:IKA(arah)

Utk Ikan Goreng
Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuwai digoreng(atie guna ikan siakap)
*garam
*serbuk kunyit
*tepung jagung
*tepung kentucky - optional(xde)

Utk Sos
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
2 sudu makan sos tomato(atie ganti ngan buah tomato)
2 sudu makan sos chili
1 sudu makan sos tiram
sedikit air
1 keping nenas dalam tin - potong dadu(x isi)
sedikit air nenas
lada benggala merah dan hijau - potong dadu
garam dan gula


Cara-cara
Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
Tuangkan ku
Hiaskan ikut suka dan hidangkan
ah@sos ke atas ikan tadi.

Akhirnya DIA Singgah Gak!

Salam & selamat berhari mggu.AHKIRNYA...sudi gak Encik NUFF singgah ke umah atie.happy sgt sbb dh lama DIA xbertandang.bulan puasa lps mmg jarang atie Online...traffif pon merundum teruk.la ni,Alhamdllh,ada gak 1 BE.
Terima kasih Encin Nuffnang!.harap2 pasni lagi byk yg dtg & menari2 kat blog atie dgn ligatnya.


Nie la iklan yg dok ligat menari..cantik DSLR sony nie..klu dpt 1 mmg syok!.

Saturday, September 10, 2011

Gulai Kari Hati Ayam

Salam semua...br sempat nk n3 masakan arini iaitu gulai kari hati ayam(poberet MyLaling).buat pon xbyk dlm 4 ketul hati jer....kami brtiga makan hingga ke mlm.Alhamdllh,rezeki hari ini.terima kasiah pada k.InaKL atas resepinya ini.
Sebenarnya atie sshati nie sbb trkenangkn anak pompuan atie(Adik) yg g perkhemahan unit beruniform sekolah asramanya ke Lata Beringin,kelantan.Bkn apa..mcm2 atie fikirkn.
Semoga Adik & kumpulan perkhemahannya selamat serta tiada yg buruk brlaku.mmg berat hati nk tandatgn surat pelepasan tp dah Adik beria2 nk g....syian lak.nanti kecewa pulak dia.seblm bertolak tue ada Adik tepon...mcm2 atie pesan kat dia.maklum la masuk hutan & anak dara atie sorang jer...pergi tanpa kami lak.Insallh,esok mereka akan kembali ke asrama semula.semoga sampai dgn selamat.Amin

Bahan-bahan(sumber:K.InaKL)
  • 1 ekor ayam-potong 16(atie ganti ngan hati ayam)
  • 6 ulas bawang merah-tumbuk/kisar
  • 4 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
  • 1/2 biji bawang merah-tumbuk/kisar
  • 1 1/2 inci halia (halia ni lagi lebih lagi bagus..buang angin/hilangkan bau ayam)tumbuk/kisar
  • 5 sudu besar rempah kari daging (akak guna babas)
  • 2 biji ubi kentang -dibelah 4(atie xisi)
  • 1 kiub ayam
  • 400gm santan pekat
  • 300ml air-terpulang pada kepekatan yang di kehendaki
  • garam secukupnya
  • sedikit air asam jawa
Bahan untuk menumis
  • 2 tangkai daun kari,
  • 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 bunga lawang, 4 bunga cengkih, 3 biji buah pelaga dan 1 btg kayu manis
  • minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan tumis lagi sehingga layu. Kemudian masukkan rempah daging dan kacau sekejap lalu masukkan 1/2 cawan air dan perlahankan api.
3. Biarkan pes kari masak sehingga terbit minyak sambil dikacau selalu lalu masukkan sedikit garam.
4. Bila kari dah masak baru masukkan ayam dan ubi kentang dan biarkan air ayam (air yang keluar dari ayam) kering.
5. Masukkan santan pekat bersama air dan biarkan sehingga mendidih.
6. Biarkan sampai kentang empuk dan burung puyuh lembut dengan api sederhana.
7. Rasa garam dan masukkan sedikit air asam dan padamkan api.