Salam semua.
Arini cuaca pon mendung lagik....sibbaek xmembasuh ,klu tak tak tau la nk sidai kat mana.Klu umah kat kg leh la sidai kat bawah umah (^_^).
Sebenarnya laksa penang ni,atie buat masa Abang(anak llaki) berehat kat umah aritu.Jd jgn lak sapa2 mintak...habih dah!
Klu family atie...
buat laksa mmg guna resepi ni lar cuma xder isi cili masak....kitaorg cuma guna ciliapi.Lg pedas,lg syok nk makan.(^_^)
Terima kasih
kpd kak wana & blog citarasawan kerana brkongsi resepi ni di alam maya....& atie minta keizinan nk kongsikn pula di blog atie pula.
Jemput cuci mata jer ya....
Laksa Asam @ Laksa
Penang ( sumber : K.WANA & Dapur Citarasawan )
Bahan-bahan
1 kg laksa basah – saya guna laksa kering yng direndam
kemudian celur hingga lembut
2 liter air
1 kg ikan kembung
6 keping asam gelugur
Seikat daun kesum
2 hiris lengkuas
1 batang serai di titik
1 kuntum bunga kantan di potong kecil
2 sudu besar pes udang – tak de stok! so saya ganti ngan 2
inci belacan
2 sudu teh serbuk perasa jika suka
garam secukup rasa
Bahan Kisar
3 ulas bawang merah – saya tambah dengan 2 labu bawang besar
4 tangkai cili api-atie isi lebih..kasi pedasss!
4 tangkai cili merah-(atie x isi)
(kisar dengan sedikit air rebusan hingga halus)
Bahan Sampingan
1 potong nenas di hiris – tak letak
1 biji timun di potong nipis dan memanjang
2 tangkai cili merah di hiris
1 ulas bawang merah di hris – saya letak lebih
6 tangkai daun pudina – saya ganti dengan daun salad
1 sudu petis udang
jika suka
Sedikit hirisan bunga kantan
4 biji limau kasturi di belah dua
Cara-cara :
1. Didihkan separuh
air dan rebus ikan hingga masak. Angkat
dan buang tulang ikan, kemudian siat isi ikan kecil2. (saya kisar je isi ikan…
)
2. Tapis air rebusan
ikan, satukan dengan lebihan air dan bahan kisar, masukkan isi ikan, asam
gelugur, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan.
3. Kemudian masukkan
pes udang, serbuk perasa dan garam secukupnya.
Biarkan mendidih seketika.
4. Hidangkan bersama
laksa dan bahan sampingan.
p/s:harap2 arini dpt la BW ke umah kengkawan...yg telah brkunjung kesini.