Monday, June 6, 2011

HADIAH GA ATIE..JOM JOIN!!

Salam semua....baru sempat nk upload gambar hadiah yg bakal para pemenang GA atie MENANGI .Atie mencari 7 org pemenang tuk GA kali ini.hadiahnya ialah 3 DOMPET YG CANTIK & 4 BUAH NOTEBOOK tuk dimenangi!!!.Jom sertainya...masih ada 3 hari lagi sblm GA ditutup.....SILA KEBLOG CONTEST ATIE!! .Yg istimewanya, pemenang pertama yg trpilih AKAN memilih dompet yg paling disukainya!!!
3 buah dompet tuk pemenang 1,2 & 3...
4 Hadiah saguhati...notebook

Mee Goreng Kerang.

Salam & selamat pagi di hari isnin!..pagi nie kami disambut dgn hujan yg lebat!..ho..ho..sejoknya rasa nk tarik selinut balik...hihi.anak2 lps sembahyg subuh menyambung tido lak sbb hujan lebat nih.xper la sekali sekala kan?pagi nie atie masak mee goreng kerang(semlm beli)...mmg mewah ngan kerang sbb habihkn semua kerang tu..klu simpan lama2 xsdp lak.resepi atie copy Zurin(MesraNet)...makasih!jom layan mee goreng pagi2 nih...Daaaaaaaa

Bahan-Bahan:
500g mee kuning
500g kerang direbus n ambil isinya
1 biji telur
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
sedikit kicap pekat
sawi
kubis-atie x isi
tomato-atie x isi
minyak masak
10 tangkai lada kering*
4 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
sedikit udang kering*
sedikit ikan bilis*
Cili Merah-hiasan

*kisar kesemua bhn ini

Cara:
1.Panaskan myk dan tumis bhn kisaran sehingga naik bau.
2.Masukkan sos cili,sos tiram dan kicap pekat. Masukkan pula kerang.
3.Masukkan mee kacau sehingga sebati dan telur.
4.Masukkan sawi, kubis dan tomato. kacau sehingga sayur agak2 layu.
5. Tutup api dan sedia dihidangkan

Sunday, June 5, 2011

Hati Ayam Masak Kicap

Salam semua..slmt berhari mggu!.anak llaki atie dah mula bercuti ari Jumaat aritu.bestnya semua dah berkumpul(mcm la anak atie ramai yer?..hihi).walaupon arini g umah kenduri kawen sbb anak2 xmo ikut...atie masak dulu lar.antaranya hati ayam masak kicap nie....jom layan resepi milik rosniMYR...nk taip sendiri malassssss,hikhik.maaf la klu jejak korang xdpt atie balas...biasa la anak2 guna tenet,Insallh,klu sempat atie balas kunjungan korang...TQQQQQQQQQQQQQQQQQ

Bahan-bahan (sumber:RosniMYR)

  • 600 gm hati ayam
  • 6 batang lada merah ( dipotong 2 )-atie ganti ngan capcicum hijau
  • 1 biji bawang besar ( dihiris )
  • 4 biji bawang putih ( dihiris )
  • 1/2 inci halia ( dihiris )
  • 4 biji bawang merah ( dihiris )
  • 5 sudu makan kicap manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu makan lada hitam ( ditumbuk )
  • sedikit asam dan belacan ( campur sedikit air dan ambil pati )
  • sedikit garam & serbuk perasa
  • 2 Biji Tomato-atie tambah
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Hati ayam direbus setengah masak dan kemudian di goreng
  2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan semua bahan hirisan hingga naik bau
  3. Masukkan pati asam dan belacan, kayu manis, bunga lawang, lada hitam dan kicap
  4. Masukkan hati ayam, kacau dan masukkan sedikit garam dan serbuk perasa
  5. Bila kuah kicap hampir pekat, angkat hati ayam dan selamat makan!
© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™