Monday, May 31, 2010
Bawal sweet & Sour.
Resepi Ikan Bawal Sweet n Sour.
Bahan-bahan:
Utk Ikan Goreng
Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuwai dgoreng
*garam
*serbuk kunyit
*tepung jagung
*tepung kentucky - optional(x isi)
Utk Sos
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos chili
1 sudu makan sos tiram
sedikit air
1 keping nenas dalam tin - potong dadu(atie guna nenas fresh)
sedikit air nenas(xde)
lada benggala merah dan hijau - potong dadu
garam dan gula
Cara-cara:
1.Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
2.Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
3.Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
4.Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
Hiaskan ikut suka dan hidangkan
Friday, May 28, 2010
Beli buku...Selamat bercuti!!
Ptg semlm,g Teluk Intan sbb nk cari buku rujukan tuk siAdik....hari sabtu/ahad kedai buku tue ttp lak.pd korang yg dok area2 berdekatan Teluk Intan atie syorkn g kedai buku Sin Thye Loke....mmg byk buku rujukan yg bagus2 tuk anak2 belajar(novel2 pon byk..hikhik).gambar kt bawah tue,adalh buku2 rujukan pilihan siAdik....isinya yg padat & notanya yg lengkap!
Mulai esok,atie akan bercuti!!!!!!!!g mana...ala cuti2 mesia jer,klu ada sapa2 mai umah atie nie,sila la bukak esbox.....cari2 la makanan yg ada kt dalam tuh!.insallh,blk nanti atie akan balas msj2 korang yer.pd yg akan bercuti...slmt bercuti..hati2 dijlnraya & jg keselamatan anak masing2....babai!!
Happy Anniversary Yeop,Awie & Zue.
Pg2 lg atie dh g 'gejobos'kata org jawa(tolong2 org kt umah kenduri)....kul 12.30tghari td br blk.tp sblm g tadi,dh siap msk tghari & sarapan tuk siAdik(dia xmo ikut)Dlm bln 5 nie,adik beradik atie ramai yg menyambut Anniversary masing2 cuma brlainan tahun shj.
Arini 28/5/2010.... sambutan Anniversary adik atie yg no4(keje kt BSN & isterinya seorg ustazah)....iaitu THAFFAWI & NORHAZILAH yg dok kt Semenyih nun.
Esok pula 29/5/2010....sambutan Anniversary yeop atie(seorg guru) & isterinya(keje kt MBI)....iaitu AHMAD RODI & HANITA yg dok kt lahad,Ipoh.
Lusanya pula 30/5/2010....adik atie yg no7 meraikn anniversarynya pula....ZUBAIDAH(kt umah kitaorg panggil dia nie KAK....walhal adik no7..hikhik) & ZAM yg dok kt penang nun.
Pada yeop,awie & kak....selamat menyambut anniversary masing2...semoga brbahgia hingga keakhir hayat disamping anak2 trsyg.
Thursday, May 27, 2010
Happy Birthday Azizul Hakim..
Hari ini,27/5/2010 adalah besday anakbuah atie...Muhammad Azizul Hakim b.Azlin yg ke 8thn.'Selamat hari lahir' Abang!!Doa ibu,semoga Abang pjg umur,jadi anak yg soleh,rajen2 belajar & jgn nakal2 tau!anakbuah atie nie, anak adik yg no6....dok kt Ipoh nun.sebenarnya bkn ibu trlupa besday abg tau!.... tp ibu ada 'something suprise' tuk anak ibu nih!hikhik tungguuuuuuuu.kiss dari ibu tuk Abang,Husna,Haiqal & si comel,Afrieena...
Mini pizza & Masak bening Jagung.
Award lagi....
Award yg cantik kaler pink nie,diberikan oleh k.chik(http://keluargakusayang)....seorg/ wanita yg betul2 'superwoman'....memikul begitu byk tugas, tanggungjwb & bisnes kedai bukunya 'maribaca'!Doa k.atie semoga k.chik diberikan kesihatan yg baik dlm menjalani segala tugas2.Insallh. sebenarnya k.atie segan nk terima award nih sbb blog k.atie nie cuma sekadar blog rojak jer & x la se'best' mana pon!hikhik.... pada k.chik ,terimakasih diucapkn & k.atie amat menghargainya...
Award yg kreatif nie(cantikkan!),diberikn oleh seorg adik dialam cyber nie.timakasih byk2 k.atie ucapkn pada eddy(eddyboyz86.blogspot).seorg anakmuda yg amat kreatif....k.atie doakn semoga eddy majujaya lam apa jua bidang yg eddy ceburi.
Award yg biru nih(sukeeee...) diberikn oleh LOVE(love2cook-msia).klu korang nk resepi ayam yg sedap2,g la terjah umah dia...anaknya,rishie & Ashika pon comei!!.timakasih la k.atie ucapkn pd LOVE,semoga ikatan persahabatan kita dialam cyber ini akan terus brkekalan.
Wednesday, May 26, 2010
Nasi Impit & Rendang Ayam.
Tuesday, May 25, 2010
Happy Anniversary Adikku.
Saturday, May 22, 2010
Ayam Goreng Berempah Serai & Kek Pisang.
Bahan-bahan ( Sekeluarga )
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
3 batang serai (yang besar)
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng
Cara-cara :
1.Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
2.Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
3.Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
4.Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
Friday, May 21, 2010
Karipap Kentang Inti Daging.
Bahan-bahan:( anggaran 40 ketul )
INTI KARIPAP
300 gm daging ( cincang halus, kalau nak tambah daging lagi pun boleh)
3 sudu besar udang kering*
3 biji bawang putih *
1 biji bawang besar*
5 biji cili kering *
5 tangkai daun kari (kalau daunnya besar boleh la cincang sikit)
2 biji cili merah (hiris halus)
2 biji bawang besar ( dipotong dadu)
12 biji kentang saiz besar (dipotong dadu- jgn kecil sgt)
5 sudu besar rempah kari daging/ ayam (saya pakai cap babas/ alagapas)
2 sudu besar gula
2 sudu teh garam
1/2 cawan santan pekat/ susu sejat
air secukupnya dan sedikit minyak utk menumis .kalau tak de daun kari boleh guna daun sup atau nak guna dua2 sekali pun boleh. ikut selera masing2.
DOH KARIPAP
1 kilo tepung gandum
250 gm buttercup (seketul)
sdkt minyak msk
1 sudu besar garam
1 1/2 cawan air(ni anggaran je)
Cara-cara
1.CARA BUAT INTI
2.blend kering bahan2 bertanda *. kemudian panaskan sedikit minyak dalam kuali. tumis bahan blend tadi. bila dah naik bau, bolehlah masukkan daun kari. selepas itu boleh la masukkan serbuk kari yg telah dibancuh dengan sedikit air. tumis kari tadi hingga terbit minyak.
3.saya biasanya kalau tumis rempah ni lama skit...pakai api pelan. selepas rempah dah terbit minyak, masukkan daging tadi. masakkan daging tadi hingga keluar air dia. lepas daging dah keluar air dia baru masukkan kentang. selepas itu masukkan air. masukkan air sama paras dengan kentang dan daging tadi. jgn letak lebih air sebab nanti kentang jadi hancur.
4.bila masakan tadi dah mendidih, bolehlah masukkan santan/ susu tadi. biar lagi hingga masakan tadi hampir kering. sentiasa kacau dan guna api pelan utk elakkan masakan hangus.
5.selepas itu masukkan bawang besar dadu dan cili merah tadi. kacau2 rata dan masukkan gula serta garam utk perasa. kacau2 lagi sehingga inti tadi dah nampak kering/ tiada air.kemudian ketepikan inti untuk disejukkan.
6.CARA BUAT DOH
7.mula2 asingkan dulu dalam 3 sudu besar tepung gandum dari 1 kg tepung utk dijadikan bahan taburan masa nak gelek doh atas penggelek. kemudian masukkan tepung dalam mangkok berserta garam dan gaul2 rata.
8.sementara itu, panaskan butter dan minyak dalam periuk. guna api pelan. kacau2 utk elak dari hangus. bila minyak dah panas dan butter dah cair boleh la dituangkan dalam tepung tadi. tuang sikit2 dan kacau guna sudu utk ratakan. bila dah rata bolehla masukkan air sikit demi sikit. kemudian uli doh tadi hingga lembut dan rata. bila doh dah siap diuli tutupkan doh tadi dengan tuala basah utk elakkan doh tadi cepat kering.
9.tabur sikit tepung gandum atas penggelek dan mulalah proses membuat kulit karipap tadi. gelek doh jgn nipis sgt nanti cepat koyak kulit dia masa nak isi inti.
10.isi inti dalam doh dan kelim karipap tadi. saya suka letak karipap yg dah siap atas dulang non-stick.
11.bila dah siap bolehlah karipap tadi digoreng. utk dapatkan kulit karipap yg cantik mula2 panaskan minyak dalam kuali. bila nak masukkan karipap tadi, tutup dulu api, kemudian baru masukkan karipap. lepas tu baru pasang balik api dengan api yg sederhana. selalu kalih2 kan karipap tadi utk dapat warna yg sekata.
12.kalau nak simpan karipap yg lebih, mula2 masukkan dulu karipap yg dah disusun dalam dulang tadi dalam peti sejuk. agak2 karipap dah sejuk baru alihkan dan susun karipap dalam tupperware atau bekas yg sesuai. alaskan setiap tingkat karipap tadi dengan plastik dan bolehlah disimpan.
Ayam Bakar Berempah.
(Ayam yg dh siap dipanggang & dipotong2)
Bahan-bahan:
6 ketul paha ayam
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
2 btg serai
4 cm halia
3 sdb jintan manis(serbuk)
3 sdb jintan putih(serbuk)
1 biji kelapa(ambil santannya)
Sesudu serbuk kunyit
Sehelai daun kunyit
5 sdb minyak utk menumis
Cara-cara:
1.Bersihkan ayam & toskan.Kisar bahan-bahan seperti cili kering,bwg besar,bawang putih,serai & halia sehingga lumat.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tersebut hingga naik bau dan masukkan jintan manis,jintan putih & serbuk kunyit.
3.Masukkan santan & masak sehingga agak pekat.masukkan ayam dan gaul sehingga mesra dan sebati.
4.Biarkan lebihkurang 10-15 minit,angkat ayam dan panggang didlm oven pada suhu 150 darjah celcius selama 20-25 minit.
5.Kuah yg selebihnya tadi biarkan hingga pekat.setelah ayam masak,tuangkan kuah selebihnya tadi keatas ayam.
*****atie x tuangkan kuah selebihnya,klu rasa byk bahan2 tue,boleh dikurangkan ikut citarasa masing2.
Thursday, May 20, 2010
Masak Lemak Kuning Telur Itik.
Selamat ptg semua....masing2 dh mkn tghari....dok relex2 ngan family tonton tv.atie br nk menempek masakan tghari....apa nk buat,ari2 sibuk sikit!tp dpt gak meluangkn masa wat n3 & ziarah kengkwn....Alhamdllh.sebenarnya xde apa yg nk atie cite,hari2 cam biasa jer...cuma kesibukkan menghambat diri!Insallh atie akan cuba luangkn masa ziarah kwn2 yg dtg brkunjung keumah atie nie..t/kasih byk2.pada yg sudi kermh atie nie..sila la menjamu selera ngan gulai yg x sepertinya tuh!tuan umah bz...makan la apa yg ada yer....
Bahan-Bahan:
6 biji telur itik
1 mangkuk pati santan
1 batang serai - dititik
10 biji belimbing - dititik
Serbuk kunyit Bahan tumbuk:
10 biji cili api
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit air
Garam
Cara:
1.Masukkan bahan tumbuk, santan pekat serbuk kunyit & serai ke dalam periuk. Reneh atas api perlahan.
2.Masukkan sedikit air agar kuah tidak terlalu pekat.
3.Pecahkan telur itik ke dalam periuk satu persatu - jangan sampai kuning telur pecah.
4.Tambah garam dan belimbing. Kacau jangan sampai pecah minyak.
5.Sedia untuk dihidang.
Wednesday, May 19, 2010
Dalam Kenangan..Al-FATIHAH.
****sukar atie nk menulis pjg2...sbb airmata lbh laju mengalir dr jari2 yg menaip...meskipon byk yg nk atie kongsikn disini & kenangan bersama ARWAH MAK....
Monday, May 17, 2010
Masak Lemak Nangka Muda & Dadih.
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kati (600 gm) nangka sayur yang muda, beli yang dah siap kupas kulit
800 ml santan cair
300 ml pati santan
2 helai daun kunyit, disiat2
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh lada hitam, tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa
6 biji ciliapi & sdkt kunyit hidup(atie tambah sendiri)
CARA MEMBUATNYA :-)
1.Nangka dipotong sederhana kecil dan rebus hingga 1/2 lembut. Toskan. Udang kering ditumbuk kasar2. Masukkan nangka, udang kering, bawang besar, bawang putih dan santan cair. Masak hingga mendidih.
2.Perlahankan api dan masak hingga hingga nangka lembut, tuang pati santan dan masukkan daun kunyit. Tambah garam seckup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala.
3.Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih, ikan masin@ikan goreng dan sambal belacan....hmmmm....
Sunday, May 16, 2010
Selamat hari guru.
Salam semua...slmt tghari!!'SELAMAT HARI GURU'..atie ucapkn pd SEMUA GURU2 di seluruh Malaysia trutamanya tuk Cikgu Ahmad Rodi(yeop atie)yg mengajar di Sek.Pendidikkan Khas,Ipoh... & cikgu Norazilah(adik ipar atie)yg mengajar di Banting.Tk lupa buat guru2 di SKBP,SKSB,SABDA & SADI(sek2 anak2 atie dulu & kini)....selamat hari guru sekali lg!!.
Atie mintak maap la sbb menyepi 2hari ini....mungkin hari2 berikutnya xdpt buat n3 sekerap yg mungkin(dek kesibukkan skrg nie)....tp atie cuba curi2 masa utk buat n3 & ziarah kengkwn ketika ada kelapangan,Insallh.
Thursday, May 13, 2010
Ikan Goreng Berserai...
Balik dari kebun tghari tadi...letih sgt(kaki lenguh oooo...pakai lak kasut'boot' yg paras lutut tue...nk melangkah berat kaki!sebabnya beso kasut dr kaki..hikhik.arini atie masak sgt2 simple...resepi org penat(korang yg blk dr keje..klu penat leh la masak cam atie nih!ngeeeee)..jadi la buat alas perut kami brdua.sampai kt umah, bila bukak esbox,nampak la ikan kembung dok trgolek2 3 ekor....jadinya atie masak la goreng berserai & buat sup sayur campor( isi ayam & udang basah)..Jom makan..ingat pasni nk rehat...... ZZZZZZZZ jap!
Resepi Ikan goreng Berserai.
Bahan-bahan:
*3 Ekor Ikan Kembung
*2 Btg Serai(dikisar)
*5 Biji Bawang merah
*3 Ulas Bawang Putih
*3 cm halia
*9 Biji ciliapi
*1 Sudubsr Serbuk Kunyit
*2 Sudubsr Minyak Masak
*1 Sudubsr Jus asamjawa
*Sedikit Garam & Lada Sulah
Cara-cara:
1.Bersihkan ikan kembung dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
2.Kemudian kisarkan bawang merah,bawang putih,ciliapi.halia,serai hingga hancur.klu korang suka lg pedas,blh tambah lg ciliapi masa mengisar tadi.
3.Panaskn kuali dan tumiskan bahan-bahan yg dikisar tadi hingga wangi dan masukkan ikan kembung.
4.Tuangkn jus asamjawa.kacau rata dan biarkan 20 minit sehingga ikan masak.kemudian boleh la dihidangkn.selamat mencuba!
Berbudi pada tanah..(projek ke2)
Kt kebun pon atie bkn buat keje sgt....tolong2 gak angkat anaksawit tue sikit2...yg selebihnya.,asyik snap gambar kebun & usaha kami tue jer hikhik.Alhamdllh pokok pisang yg telah ditanam dulu...makin membesar!dan kini projek ke2 brmula...tanam sawit lak!!doakn usaha kami berdua brjaya & diberkati yer! Insallh.Amin.
Anak-anak sawit yg dibeli sebln yg lepas....sedia tuk ditanam.
Jentera yg sedang bekerja ditgh kebun....memusnahkn pokok kelapa.!
Ini usaha kami yg pertama dulu...Alhamdllh makin membsr...