Salam selamat ptg semua...arini rajen sikit & tk bz sgt....boleh la atie mengelim karipap.lama dh tingin nk buat karipap versi nie tp selalu bz jer.....yg biasa atie buat isi keledek ngan daging...kdg2 isi ikan bilis jer,arini nk try isi kentang lak!resepi asal milik quinnie(MYR...org ipoh, perak).makaseh Q atas resepi yg sedap nih(td dh goreng sikit,habih dimkn dek Mylaling!)...halalkn atie copy yer.jgn dok sapa heran bila tgk karipap atie yg byk tuh!...saje buat byk2.ESOK ARI APA????hari atie melawat anak2 kt asrama..kiranya nie la jajan tuk anak2 atie nanti,semua suka karipap nih...tp siAdik punya karipap kena diasingkan....sbb xde isi inti,dia x suke (cuma semata2 goreng karipap kosong jer)...klu kasi yg ada inti,semua inti dia buang...mkn kulit karipap jer.mcm2 ragam anak atie nie...Klu dilihat pd resepi nie, bkn main pjg lg bahan2nya tp mudah sebenarnya buat....cam karipap biasa gak...cuma ada la sikit kelainannya.okey...sapa2 nk mkn karipap...g goreng sendirik yer,tuan umah nk wat keje laen lak!ngeeeee


Bahan-bahan:( anggaran 40 ketul )
INTI KARIPAP
300 gm daging ( cincang halus, kalau nak tambah daging lagi pun boleh)
3 sudu besar udang kering*
3 biji bawang putih *
1 biji bawang besar*
5 biji cili kering *
5 tangkai daun kari (kalau daunnya besar boleh la cincang sikit)
2 biji cili merah (hiris halus)
2 biji bawang besar ( dipotong dadu)
12 biji kentang saiz besar (dipotong dadu- jgn kecil sgt)
5 sudu besar rempah kari daging/ ayam (saya pakai cap babas/ alagapas)
2 sudu besar gula
2 sudu teh garam
1/2 cawan santan pekat/ susu sejat
air secukupnya dan sedikit minyak utk menumis .kalau tak de daun kari boleh guna daun sup atau nak guna dua2 sekali pun boleh. ikut selera masing2.
DOH KARIPAP
1 kilo tepung gandum
250 gm buttercup (seketul)
sdkt minyak msk
1 sudu besar garam
1 1/2 cawan air(ni anggaran je)
Cara-cara
1.CARA BUAT INTI
2.blend kering bahan2 bertanda *. kemudian panaskan sedikit minyak dalam kuali. tumis bahan blend tadi. bila dah naik bau, bolehlah masukkan daun kari. selepas itu boleh la masukkan serbuk kari yg telah dibancuh dengan sedikit air. tumis kari tadi hingga terbit minyak.
3.saya biasanya kalau tumis rempah ni lama skit...pakai api pelan. selepas rempah dah terbit minyak, masukkan daging tadi. masakkan daging tadi hingga keluar air dia. lepas daging dah keluar air dia baru masukkan kentang. selepas itu masukkan air. masukkan air sama paras dengan kentang dan daging tadi. jgn letak lebih air sebab nanti kentang jadi hancur.
4.bila masakan tadi dah mendidih, bolehlah masukkan santan/ susu tadi. biar lagi hingga masakan tadi hampir kering. sentiasa kacau dan guna api pelan utk elakkan masakan hangus.
5.selepas itu masukkan bawang besar dadu dan cili merah tadi. kacau2 rata dan masukkan gula serta garam utk perasa. kacau2 lagi sehingga inti tadi dah nampak kering/ tiada air.kemudian ketepikan inti untuk disejukkan.
6.CARA BUAT DOH
7.mula2 asingkan dulu dalam 3 sudu besar tepung gandum dari 1 kg tepung utk dijadikan bahan taburan masa nak gelek doh atas penggelek. kemudian masukkan tepung dalam mangkok berserta garam dan gaul2 rata.
8.sementara itu, panaskan butter dan minyak dalam periuk. guna api pelan. kacau2 utk elak dari hangus. bila minyak dah panas dan butter dah cair boleh la dituangkan dalam tepung tadi. tuang sikit2 dan kacau guna sudu utk ratakan. bila dah rata bolehla masukkan air sikit demi sikit. kemudian uli doh tadi hingga lembut dan rata. bila doh dah siap diuli tutupkan doh tadi dengan tuala basah utk elakkan doh tadi cepat kering.
9.tabur sikit tepung gandum atas penggelek dan mulalah proses membuat kulit karipap tadi. gelek doh jgn nipis sgt nanti cepat koyak kulit dia masa nak isi inti.
10.isi inti dalam doh dan kelim karipap tadi. saya suka letak karipap yg dah siap atas dulang non-stick.
11.bila dah siap bolehlah karipap tadi digoreng. utk dapatkan kulit karipap yg cantik mula2 panaskan minyak dalam kuali. bila nak masukkan karipap tadi, tutup dulu api, kemudian baru masukkan karipap. lepas tu baru pasang balik api dengan api yg sederhana. selalu kalih2 kan karipap tadi utk dapat warna yg sekata.
12.kalau nak simpan karipap yg lebih, mula2 masukkan dulu karipap yg dah disusun dalam dulang tadi dalam peti sejuk. agak2 karipap dah sejuk baru alihkan dan susun karipap dalam tupperware atau bekas yg sesuai. alaskan setiap tingkat karipap tadi dengan plastik dan bolehlah disimpan.