Juadah ptg kami
Dah lama tak membuat kuih ni...kdg2 xder klpa parut
Lgpon kami berdua jer mkn...Adik tk minat
Buat sikit jer
Kononnya sbb mkn berdua jer...tp bila dh siap msk..byk lak!
Dah bykkkk....mmg larat nk mkn
G htr rmh MIL sikit
Nasib lar umah MIL dgn umah atie xder la jauh sgt
Blh la My IMAM htr jap
Jemput semua...T/Kasih kpd MAS yg brkongsi resepi
Kuih Sagu @ Bronok
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
1 cawan sagu biji kecil
2 cawan air
3/4 gula pasir -
kalau nak manis lagi boleh tambah sedikit pati sirap
1 helai daun pandan -
untuk mewangikan kuih tu
Untuk salut kelapa parut - agak 2 sedikit garam - digaul sebati dengan kelapa
parut
Cara membuatnya :
Rendam sagu hingga kembang. Panaskan air, masukkan pati
sirap, daun pandan dan gula, biar mendidih . Toskan sagu tu dan masukkan sagu
kedalam air yang mendidih tu, kacau hingga sagu menjadi agak 2 pekat dengan api
sederhana, kalau masih ada biji 2 putih, tak pe, biarkan. Tuang sagu kedalam loyang atau acuan kecik
yang telah disapu dengan sedikit minyak, kukus selama 20 minit dengan api
sederhana atau sehingga biji 2 putih sagu tu hilang. Apabila sejuk, keluarkan
dari acuan, kalau dari loyang potong ikut saiz yang dikehendaki dan salutkan
dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Jeng..jeng..boleh
dimakan