Wednesday, February 29, 2012

Masak Lemak Kubis + Udang

Salam semua..slmt ptg.Cuaca arini..mendung lak tp awai pg dah sidai kain,baru jap tadi hujan.kelam kabut kejar kain..hihi
Tghari tadi masak ala2 simple gak...antaranya masak lemak kubis,nk ngabihkn sayur yg ada lam esbok tu.
Jumpa lak udang sikit lam tapaware..cukup la tu tp atie tambah suhun lam masakan ni.Suka bila cedok kuah bersama suhun.
Walaupon resepi mudah,
nk gak menempek kat sini..mana la tau kot2 ada yg baru kawen..br nk belajar memasak...leh skodeng blog atie.Ya la tuh!okey la,jemput makan semua...

Bahan-bahan ( sumber:princessharyati)

1/2 biji kubis (di potong besar skit)

2 cawan santan

1/2 cawan ikan bilis kecil (atie guna udang basah)

1 biji bawang besar (di hiris besar)

1 biji cili besar

3Biji ciliapi-atie tambah

Sedikit suhun-rendam & potongkan

Sedikit garam dan ajinamoto

Lada sulah

Cara-cara

Masukkan santan di dalam periuk , kacau sehingga mendidih, masukkan kubis , cili dan ikan bilis, kacau lagi. akhir sekali masukan bawang merah, garam dan ajinamota serta lada sulah.

Siap untuk di santap bersama keluarga. * semasa masak hendaklah sentiasa kacau, jika tidak santan akan pecah minyak.

WORDLESS WENDNESDAY #1



p/s:MyLaling semlm blk kul 12mlm..punya la sonak bersembang ngan kaum kerabatnya :D

Tuesday, February 28, 2012

Keseorangan...

Salam semua....sunyinya arini sbb dr pagi tadi MyLaling g jemput MIL kat Seri Kembangan.Atie xdpt ikut sama disbbkn bberapa hal.Ada sapa2 nak temankan atie????

Monday, February 27, 2012

SUP TULANG

Salam semua..Seperti biasa la atie br nk menempek juadah tghari kami tuk hari ini.
Yg pasti hari ini MyLaling dok nambah2 nasi & puas menghirup kuah.
Masa g pasar pg tadi nampak la org jual tulang,jadinya atie beli lar dlm 5 ketul gitu(ala,mkn berdua.cukup la tu,yg penting kuahnya..hihi)
Mmg poberet dialah ni.Lps jer siap msk,atie msj la...gtau arini atie msk sup tulang.
Tak lama pastu dah MyLaling sampai depan umah.hihi
Terima kasih kpd kak wana atas resepi yg sedap ni..lain kali klu buat sup tulang mmg guna resepi nie jer.
Jemput makan semuaaaaaa

Bahan-bahan:(sumber:K.Wana potretkasih)

1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk) -atie guna 5 ketul tulang jer.

3 biji bawang merah – dimayang halus -atie guna bwg bsr cam k.wana

1 ulas bawang putih – dimayang halus (saya guna 4 ulas bwg putih )

2 in halia diketuk

1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk ( saya guna rempah sup serbuk -atie pon sama)

1 1/2 sudu besar lada hitam – ditumbuk ( saya guna 1 1/2 sudu besar lada putih biji di tumbuk )

3 biji ubi kentang _ tak letak

garam dan gula secukup rasa

1 btg celery jika suka – tak letak

1 kiub pati ayam – tak letak

air secukupnya

bawang goreng dan daun sup

bahan penumis :

5 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

1 btg kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

6 Biji ciliapi-atie tambah sediri


Cara-cara

Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..

Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.

Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).

Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)

Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.

GOOD LUCK ADIK!

Hari ini...
ADIK(anak pompuan atie) sdg mengharungi examnya... hingga khamis hadapan.Jumaat lps ada dia tepon...bgtau xyah dtg sbb dia sbk dgn persiapan exam & minta ayah-ibu mendoakannya.
Atie mendoakn semoga terang pintu hati Adik,lancarkan penulisannya dan tenangkn hatinya sepjg exam ni berjalan.Aminnnn
Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik anak-anakku.Aminnnn


p/s:Arini Adik exam pelajaran B.Inggeris,Geografi & Bahasa German

Sandwich Telur

Salam & slmt pagi semua.Permulaan dihari isnin..cam malas jer kan?.Trutamanya bagi kita-kita yg bekerja...jadinya kuatkn semangat ok,Feb pun dah hampir menutupkn tirainya nih!
Okeylah,sarapan kami pagi ni...sandwich telur jer,dh plan dr mlm tadi sbb roti pon dah nk expired.Mudah jer membuatnya..klu ada anak2 yg bersekolah pg,blh la mencubanya klu dah trlewat bangun ke?.Yg atie punya taruk sayur timun & salad byk2 sbb..atie mmg sukerrrr sayur..MyLaling punya isi ciput jer.
Pada K.ita..terima kasih atas resepinya ini.

Bahan-bahan :(sumber:K.Azita Zain)

2 biji telur - direbus keras-atie goreng & hancurkn

8 keping roti - dibuang tepinya-atie xbuang,syg.hihi

1 sudu besar mayonis

Sedikit lada sulah

Hirisan timun secukupnya

Hirisan tomato secukupnya-xisi

Daun salad secukupnya

Marjerin secukupnya

Cara-cara :

Hancurkan telur di dalam satu bekas hingga agak hancur samada menggunakan sudu ataupun pisau untuk sapu mentega tu.

Masukkan lada sulah dan mayonis dan kacau hingga rata dan sebati.

Ambil 2 keping roti dan sapukan sedikit nmarjerin ke atasnya.

Letakkan daun salad, kemudian hirisan timun, kemudian hirisan tomato ke atas sekeping roti tadi.

Kemudian letakkan sesudu adunan telur tadi dan ratakan.

Letakkan hirisan tomato, kemudian hirisan timun dan kemudian daun salad.

Akhir sekali letakkan sekeping lagi roti yang telah disapu marjerin ke atasnya.

Jika suka bolehlah dipotong kepada 2 bahagian dan siap untuk dihidangkan.

Sandwich ini boleh juga dibakar dengan menggunakan sandwich maker.

Sunday, February 26, 2012

Bihun Goreng Jer.

Salam & slmt berhari mggu semua.G mana arini?...kitaorg xder la plan nk g mana2 arini,tp kdg2 MyLaling atie tu mmg xder plan..tiba2 jer.
Arini xder ziarah anak kat asrama..ingat nk g tgk Adik tp semlm dia tepon,'ibu xyah dtg..Adik sibuk katanya'....maklum la nk exam.
Sarapan pg kami arini..xder resepi sbb atie main lebur jer lam kuali.
Selamat berhari mggu semua!

Saturday, February 25, 2012

Majalah Wanita Edisi Bulan MAC

Salam.Pg tadi masa g pasar singgah kat kedai runcit jap..trrrrnampak la majalah Mingguan Wanita ni,tgk topik pon cam best gak.jadinya atie rembatlah sebuah...gambar Dynas tuh!
Sebenarnya atie jarang beli majalah ni...mula2 tgk topik apa dulu,klu brkenan br beli.Ni gambar Dynas yg sdg pregnant 5 bulan anak kedua bersama puteri sulungnya...
Jom kita tgk topik apa yg menarik....korang blh cari kat kedai yg berhampiran dgn umah masing2 :D.
Nie best....yg telefon bimbit tu sesuai sbb atie dh terima masa besday aritu..hihi
Kembalikan saat2 manis bersama pasangan ketika bercinta dulu..
Sesuai tuk ibu2 yg hamil juga
Ada resepi bermacam jenis mee

Masak Lemak Rebung

Salam semua...selamat ptg,baru nak menayang lauk tghari ya?Biasa la ari sabtu..brsenang-lenang dulu kat umah.hihi.
Sebenarnya rebung ni Apak yg bagi...buat sendirik tau!.Kat depan umah...lam kebun ada byk pokok buloh,
Apak atie yang sangat rajin g la ambik & potong cam gambar kat bawah tu.Apak atie xbuat jeruknya sbb kitaorg adik brdik selalu ckp busuk.hihi.Klu yg camni...mmg 'laku' lar kat anak2nya.
Terima kasih Apak!
Resepi atie guna milik MG(dh mintak izin tau..)mmg berselera kami mkn tghari tadi..seperti biasa Laling atie tu cedok kuah jer.Dia mana gheti nk mkn sayur2 camni...Emmmm
Jemput semua...

BAHAN-BAHANNYA :(sumber:MatGebu)

800 g rebung, hiris nipis, celur dengan sedikit garam, toskan

300 g udang, dibuang kulit, cuci dan toskan

2 batang serai, dititik

1 helai daun kunyit, disiat2

1 keping asam gelugor

800 ml santan cair

300 ml pati santan

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)

3 biji cili merah (mat guna cili kaler "oren")-atie guna ciliapi

1/2 inci belacan

9 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 inci kunyit hidup-atie guna serbuk jer

3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)

Rebung dihiris nipis, kemudian rebus 5 minit dengan sedikit garam, toskan. Udang dibuang kulit, cuci bersih dan tos. Ketepikan.

Dalam periuk, satukan rebung, serai titik, udang dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Jerang atas api hingga mendidih. Kecilkan api dan terus memasak hingga rebung lembut.

Tambah asam gelugor, santan pekat dan daun kuyit. Perasanakn dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan lauk2 lain.


Friday, February 24, 2012

Alhamdulilah,Rezeki Lagik!

Salam semua.Alhamdulilah,ptg ni tadi br dapat rezeki tp bkn rezeki menang GA tp rezeki dpt mkn ayam KFC!.Ptg ni xder kuih tuk minum ptg...atie 'layan' ayam KFC jer ngan Laling.hihi
Sebenarnya ayam KFC ni anakbuah MyLaling yg htr...bila tanya,dia belanja katanya.Mungkin br dapat gaji kot sbb dia br bekeje awal tahun ni
Wah!rezeki jgn ditolak...pada Hazwan,terima kasih belanja Acik atie ngan Paman ya.Lain kali htr la lg...brtuah punya acik!
Dpt la kami 2 kotak ayam hot & spicy (panas lg)..siap ngan burger lagi,mmg kekenyanganlh jawapnya.
Kebykkan anakbuah MyLaling semuanya dah bujang2 & ada yg dah kawen...anakbuah belah atie jer,masih kecik lg!..
Jemput makan semua...kita kongsi2 ya!

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

Salam Dipagi Jumaat semua!!


1.Seorang hamba yg berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum musmin

2.Seorang yg pandai membaca A-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang sunat dua rakaat.

4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan tidak mendoakan ahli kubur.

5.Seorang yang sampai di sebuah kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahayang Jumaat.

6.Seorang yang dearahnya di datangi seorang alim,tiba tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7.Dua orang yg bertemu diperjalanan dan masing-masing tidak menayakn nama kawannya itu.

8.Seorang yang diundang ke satu jamuan/majlis tapi tiba-tiba dia tidak datang.

9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahwa tetangganya lapar,tetapi tidak diberi sebahgian makanannya itu.




p/s:Semoga kita tidak trgolong dlm golongan org2 yg kejam ini.Aminn

Thursday, February 23, 2012

Rezeki Untukku.

Salam semua,..slmt ptg.Sebenarnya atie nak mintak maaf sbb n3 semlm(wordless wendnesday #2) trpaksa atie delete.Kpd yg meninggalkn msj di n3 trsebut ...terima kasih ambik berat ttg atie.Syg korang semua!!Atie dah okeyyyy..jap jer majuknya.hihi
Tp....Arini happy sikit sbb atie menang Giveaway...Hadiahnya minyak wangi!! iaitu dr penganjur GA trsebut... Ainal.Pada Ainal terima kasih menceriakn & mewangikn hari2 k.atie.Psssttt****Pasni blh tambah berwangi-wangian depan MyLaling..:D


FARIS TELAH PERGI BUAT SELAMANYA ... AL-FATIHAH

Berita sedih ini atie kongsikan dari blog Mazidul(wartawan TV3)
Hari ini berakhirlah penderitaan anak kecil ini yg mendapat liputan dari rakyat Malaysia kerana mendapat penyakit HLH atau barah darah.
Semoga kedua ibubapanya bykkan bersabar Dan redha atas ketentuan ILAHI.Marilah kita sedekahkn surah Al-Fatihah untuk ank kecil ini.
Begitu comelnya anak ini sewaktu sihatnya..betapa ibuabapa,saudara mara & kita semua pasti amat merindui wajah suci yg tiada walau secalit dosa ini.

Wednesday, February 22, 2012

WORDLESS WENDNESDAY

Jemput makan semua...

Tuesday, February 21, 2012

Menu Hari Ini.

Salam di hari selasa semua.Dah puas kita makan sup sayur bebola fishball...kita mkn ulam lak ya.Sebenarnya atie ni klu mkn WAJIB ada sayur/ulaman...br selera nk mkn.Kdg2 masak nasi goreng,atie saje tabur kcg pjg yg muda kat atasnya..br MYLaling makan..hihi
Umah atie ni xlar mcm umah kengkawan semua...hari2 msk best2.Biasa la menu org kampung.Inilah juadah kami tuk hari ni + balance sambal udang semlm pon ada lg...atie panaskn buat nambah lauk.Ayam goreng berempah buat 4 ketul jer & goreng sayur kubis tuk buat kuah.kang mkn kering jer nasi :D.
Sayur kcg ni,atie suka pilih yg muda2 tuk buat ulam...klu dimasak tu kurengggg la atie mkn.Sambal kelapa tu pulak lg sedap klu diperahkn sdkt air limau nipis..emmm sedapnya.
Jemput makan semua...!

Monday, February 20, 2012

AL-FATIHAH

Ptg tadi mendpt perkabaran bahwa OPAH AM telah kembali ke Rahmatullah setelah lama trlantar di rumah anaknya di Ipoh.Dan tghari tadi telah selamat dikebumikan dikg halamannya KG TANJUNG,LAMBOR KANAN.Semoga Arwah ditempatkn dlm golongan org2 yg beriman.
Al-Fatihah
P/s:Terbyg2 kelibatnya & trdgr2 suaranya ketika dtg bertandang ke rumah apak & menegur atie...

Sup Sayur Berbola Ikan

Salam di ptg isnin...20 feb.Juadah kami hari ini simple jer...arini xder menggunakn santan pon,buat sup2 gitu.Makan lak ngan nasi panas,ikan goreng & sambal tumis udang..mmg best.Cuaca kat luar hujan...mmg xterasa kepedasan sambal tumis tu.hihi
Bebola ikan tu bkn atie buat,beli yg readymade..buatan org melayu.Rasanya mmg payah nk jumpa..entah camna aritu trjumpa lak,atie beli 2 paket lar.Yg biasa jual kt kedai tu..mmg atie xpernah beli.Jom layan supa tie ni,nk g bw umah kengkawan jap.Daaaa...

Bahan-bahan:(sumber:Nonie2you.blogspot)

250 gm bebola ikan

2 pokok sawi-xisi

1 batang karot

1 biji kecil petola-xisi

1 biji telur, dikocok

4 biji bawang putih, diketuk

minyak untuk menumis

1 biji cili merah, dihiris

sedikit suhun

air secukupnya untuk kuah

garam dan serbuk perasa

sedikit serbuk lada hitam

sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara membuatnya

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih,masukkan air dan bebola ikan. Bila mendidih, masukkan karot, garam dan serbuk perasa. Kemudian masukkan telur, diakhiri dengan suhun dan sayur-sayuran. Sesuaikan rasa dan angkat. Hidangkan panas2

Mggu Ziarah Anak2.

Salam semua...baru berkesempatan tuk menaip n3 kat blog personal atie ni.Mmg bz dari hari jumaat sampai ahad...semlm ziarah Adik kat asrama(mmg rindu ngan dia sbb 2 mggu x jumpa :(.Hari sabtu pula ke KL melawat anak llaki atie kat asramanya pula(sibbaek anak xramai..leh kesana kemari ziarah anak..hihi).Xder la, nak gak anak ramai tp rezeki kami hanya sepasang jer,Tu pon dah syukur sgt.Ada gak zuriat dr org yg langsung xder kan?
La dah melalut lak citer pasai anak...tp mmg dek asrama anak2 brjauhan maka awai2 lagi kami dah tanda kat kalendar waktu melawat anak2 kat asrama.Bkn apa, takut bertindih hari yg sama melawat mereka.
Dah lama xmelewati jln ni...masa kerja dulu,ulangalik lar...

Thursday, February 16, 2012

Good Morning!

Salam ...slmt pagi semua.Pagi ni kami dibangunkn oleh titisan hujan di luar rumah...mmg sejok namun kewajipan pd yg ESA lbh diutamakn.sarapan kami pagi ni simple jer...atie buat sandwich ngan air tea,cukuplah mengalas perut kami tuk pagi ini.
Jap lg nak g pasar..tu pon tgk la klu hujan dah mula reda...klu tak kena la selongkar kat lam esbok,msk apa yg ada jer :D.

Wednesday, February 15, 2012

WORDLESS WENDNESDAY#3

Trkenang suatu ketika dahulu...

IKAN MASAK KICAP LADA HITAM

Salam & slmt ptg.Org dok sibuk menayang menu petang..atie lak menayang menu tghari lak ya.Antara juadah kami tghari tadi,disamping lauk2 yg lain.Alhamdulilah.
Ikn tenggiri pon ngam2 beli 2 ketul...terima kasih pada k.ummi atas resepinya ni.Seorg ibu yg bekerja tp ligat di dapur.Sebenarnya atie jarang masak kicap kat umah ni...xtau la kenapa:D.
Tapi tadi bkn main lagi Mylaling mencurahkn kuah kicap keatas nasi...sedap la kot/wife dia jarang masak lauk camgini...tu yg nambah2.hihi
Ptg ni xder buat minum ptg pon..MyLaling xder kat umah.Atie sorang jer...emmm malas nk masak apa2.Makan lar roti yg ada lam almari tu,cicah ngan tea..kot2 lapar nanti.


Bahan-bahan:(sumber:K.ummiZaihadi@HomesweetHome)

  • 2 keping ikan tenggiri
  • *5 ulas bawang merah - ditumbuk/hiris
  • *3 ulas bawang putih - ditumbuk/hiris
  • *2 cm halia - ditumbuk/hiris halus
  • *1 batang kulit kayu manis
  • *2 kuntum bunga lawang
  • *3 kuntum bunga cengkih (bahan * untuk ditumis)
  • 2 sudu teh lada hitam biji yg telah dikisar
  • 1/2 biji lada benggala hijau & merah - dihiris memanjang-xder
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 5 sudu besar kicap pekat ABC
  • 3 sudu besar kicap cair
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • sedikit tomato ceri-xder
  • 3 - 4 tangkai cili padi merah

Cara-Cara:-
  1. Ikan dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, tinggalkan 4 sudu besar minyak dan tumis bahan-bahan tumis. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan lada hitam, kicap pekat, kicap cair dan air asam jawa. Masukkan air sedikit. Biar mendidih.
  4. Masukkan ikan, garam dan gula secukup rasa dan biarkan mereneh sebentar dalam kicap tersebut, balik-balikkan juga.
  5. Bila kuah telah mendidih, masukkan lada benggala dan masak sebentar. Tutup api.
  6. Terus tabur cili padi dan tomato ceri. Kacau balik dalam ikan (untuk mengelakkan toamato ceri layu, masukkan setelah api ditutup).
  7. Hidangkan.

WORDLESS WENDNESDAY #2



WORDLESS WENDNESDAY

Tajuk n3 Wordless Wendnesday tp nak gak brkata2..hihi.
Tadi masa dok ngemas bilik Adik(anak pompuan atie)..trjumpa la pulak lukisan yg dilukisnya ketika Adik berada di tahun5(skrg dia dh sekolah menengah).Sebenarnya dia melukis gambar IBUnya nie...bole la ada sikit2 gak iras IBU.
Rupanya dah lama gambar ni trsimpan...hampir 5 tahun!masih berada dlm keadaan elok cuma kertas lukisannya cam kuning2 sikit.
Pastinya atie simpan lukisan ini sebagai kenangan..rasanya pasni kena simpan dalam plastik takut rosak pula.
Sebenarnya atie ni suka simpan brg2 kepunyaan anak2 dr mereka kecil lg...tilam,bantal,selimut ,barut & mainan mereka masih baby pon masih elok dlm simpanan atie.
Syg nak buang,,ada yg dah kasi kat anakbuah.
Bkn apa leh mengimbau saat mereka kecil dulu...:D


P/S Dilukis pada 30 mac 2008..(siap adik tulis datenya..)

Masak Lemak Petola

Salam & slmt pg....sekadar ingin bercerita ttg juadah tghari kami semlm.Ada lar atie membeli sebiji buah petola semlm.Baki kelapa pon ada lg lam esbok..jadinya ,masak brlemak la kita(tuk menambah lemak2 yg sedia ada kat badan..hihi)
Biasanya atie jarang membeli sayur petola ni sbb MyLaling bkn suka makan sayur ni,dia suka cedok kuah jer.dah tinggai trkonteng2 lar petola tu dlm mangkuk...turn atie la mkn sayurnya :D.
Lgsatui atie juga suka isi suhun byk2...sbb sedap gaul ngan nasi....best sgttttt.Jgn isi suhun time mengelegak tu...kang dah siap msk,xder kuah langsung diserap dek suhun.
Biasa atie dah siap angkat peyok,br masukkan suhun yg dah sedia direndam!

BAHAN-BAHANNYA (sumber:MG..makasih Mat)

1 biji petola manis

1 paket cendawan (cendawam tiram pun ok)-atie xisi

1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut

1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar

1400 ml santan cair

300 ml pati santan

1 biji bawang besar, hiris

3 ulas bawang putih, dititik

1/2 camca teh serbuk lada hitam

1 biji cili merah, hiris

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Petola dikupas kulitnya, cuci dan kerat serong. Cendawan tiram kalau besar, dikerat dua, cuci dan toskan.

2. Kalau guna cendawan macam dalam gambar tu, kerat pangkalnya dan leraikan. Ketepikan.

3.Dalam periuk, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, udang kering dan santan cair.

4.Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan petola dan kacau. Masak sekejap. Masukkan soo hoon (toskan) dan serbuk lada hitam.

5.Kacau rata dan biar mendidih perlahan.

6.Tambah cendawan, hirisan cili merah dan pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.

7.Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

8. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng.

Tuesday, February 14, 2012

Kuih Cara Manis

Salam semua..slmt pg dihari selasa bersamaan 22 Rabiulawal 1433.Pagi ni atie nak menayang kuih yg atie buat semlm tuk minum ptg kami.Buat pon xbyk,cukup tuk kami berdua....sebenarnya jarang buat kuih cara manis ni,bkn apa acuannya suka sgt melekat.Alhamdulilah,permulaan nya mmg melekat,pastu okey lak.
Kalernya xbape nk lawooooo...ya la menggunakn daun pandan yg hampir nak menopouse kat lam esbok.Dulu atie ada tanam daun pandan...pastu jiran india sebelah,habih diracunnya.Atie malas la nk gadoh2..biarlah,klu blk kg ambik la daun pandan Apak.
Jemput makan semua ya.InsyaAllh,ptg nanti ker atie singgah umah korang yer sbb sat lg nk kuar.Daaaaaaa
(Sumber:Blog Raidah)

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
sedikit air daun pandan/pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya

Cara membuat:
~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campurkan dengan gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2

Monday, February 13, 2012

Daging Masak Hitam Kashmir

Salam & slmt tghari semua...antara juadah tghari atie arini ialah,daging masak hitam kashmir.Jgn sapa nk mintak resepi lak sbb atie menggunakn perencah segera.:D
Rasanya mmg sedap..rasanya kat blog Ijan pon ada menayang perencah ni tp gambar luar bungkusannya lain lak.Beli masa g kedai pertanian kat BD....trrrnampak lak perencah ni.
Ingat nk cuba lar sbb tgk gambar luar paket cam sedap jer.
Ada ke yg nk mencubanya?Leh la colling2 atie yer..apa salahnya atie tlg belikn(klu masih ada lg..).Jemput makan semuaaaa

Corat Coret

Sunday, February 12, 2012

Makan-Makan Kat Luar

Salam.selamat mlm...disbbkn tghari tadi g kenduri kawen,pastu ptg mkn roti2 jer sbb Mylaling cakap xyah msk sbb nanti mlm ajak g mkn2 kat luar.Syoknya...bkn selalu offer g mkn kat luar mlm2.rezeki jgn ditolak kan?
Ni lah tpt makan kami mlm tadi...suasana okey la.Masa kami sampai,lom ramai org..pastu br penuh.Sibbek dtg awai...atie order nasi goreng ayam & MyLaling order nasi putih,sup sayur,ikan siakap sweetnsour & daging msk merah(xsempat nk snap..org dh ramai segan nk ambik gambar :D)
Alhamdulilah,kenyang....jom kita balikkkk

Nasinya byk..kenyanggggggg sgtttt
WAJIB atie order tiap kali mkn kat luar..hihi
© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™