Aritu menjaring kat kebun..byk dapat ikan darat
Nk goreng mcm kecik2 jer ikannya
Jd....teringat la nak buat pekasam...biasa Apak yg buat kt kg..hehe
Gigih call Apak pagi2 tanya resepi
Pastu g google...nak cari kot2 ada petua2 utk buat ikan pekasam ni
Sama jer cam yg Apak ajar
Ikan yg tinggal pon dah tak byk..dpt la 1 tipuware ni
Jadi la kan.
Jd nak mudahkn...atie copy jer resepi dr rakan blogger
Mmg mengikuti resepi ikan pekasam yg biasa org perak buat
Moh tengok resepi yer
IKAN PEKASAM yang mengancam
Sumber : Maksu Zawiyah
Olahan : MamaAna
Bahan-bahannya :
Ikan air tawar - bergantung banyak mana yang anda perlukan
Garam - agak-agak, bergantung pada berapa banyak ikan
Beras goreng tanpa minyak - (di sangai & di tumbuk
halus)
Cara membuatnya :
Bersihkan ikan & toskan airnya semalaman
Ambil ikan yang telah di toskan tadi, salutkan dengan garam
keseluruhan ikan tersebut.
Susun ikan tersebut dalam bekas kedap udara - disimpan lebih
kurang 2 ke 3 hari. Jaga jangan sampai ada air - ikan itu mesti di keringkan
selalu airnya.
Selepas 2 ke 3 hari, ambil ikan tadi di basohkan &
bilaskan serta di toskan supaya kering.
Salutkan ikan yang telah di toskan tadi dengan beras goreng
& simpan 2 - 3 minggu, baru boleh di makan ikan itu - lagi lama di simpan,
lagi le lebih elok menjadi ikan pekasamnya.
NOTA :
Pastikan jika ikan di dapati ada air di bawah bekasnya -
buangkan airnya supaya ikan kering & kesin.
Pastikan juga supaya bekas ikan itu, tidak di hinggapi
lalat/ langau kerana bila di hinggapi di takuti ikan akan berulat.
Ikan di simpan dalam dalam suhu bilik tidak di dalam peti
ais, tapi sekiranya selepas 3 minggu bila telah menjadi ikan pekasam, sekiranya
mahu simpan dalam jangka masa yang lebih lama barulah boleh di simpankan ikan
tersebut dalam peti ais.