Friday, May 31, 2013

Apam Pisang Emas

Salam semua.
Emmm..tuan rumah dah mcm biskut chipmore ya?Maklum la...sibuk sikit,byk masa kat dapo & melayan anak2 seblm cuti persekolahan berakhir.
Sok-sok masing2 dah blk asrama...sunyi lak kami.
Sebenarnya pisang emas ni Apak yg bagi masa blk kg minggu lepas.Masa tu semuanya muda2 lg..lom msk.
Bila dah msk...serentak lak!.
Jenuh la cari idea nk masak apa ngan buah pisang yg masak semuanya tu..Ada yg atie simpan lam esbok & buat apam ni separuh.
Mmg wangiiiii jer apam ni bila menggunakn pisang emas.
Atie buat byk...ada yg atie simpan buat frozen.Klu sesak2...kukus jer (^_^)
Jemput mkn semua....

Bahan-Bahannya:(sumber:Ros jintanmanis) ( resepi asal dari Diana)

1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair) - ros cuma letak 80ml minyak masak.
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya :-)

1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.

Wednesday, May 29, 2013

LEXEE..Tuala Wanita Yang TRHEBAT!





Lexee dirumus khas dengan campuran “herba-herba asli” dan “Nano Infrared” mempunyai ciri-ciri seperti berikut :-
•             Tidak mengandungi peluntur dan Florensen yang mempunyai kesan sampingan
•             Liputan 100% kapas yang berkualiti tinggi.
•             Tidak mudah bocor.
•             Amat selesa dipakai walaupun pada kulit yang sensitif.
•             Mempunyai daya serapan yang lebih tinggi dari tuala wanita biasa.
•             Mempunyai bau yang harum dan berangin seperti pudina / menthol
Lexee dapat membantu semua masalah-masalah yang berkaitan dengan sakit puan dan juga merupakan produk “multi function” dapat membantu merawat penyakit-penyakit lain :-
•             Sakit ketika haid, keputihan dan kekuningan,
•             Mengimbangi sistem haid,
•             Menghindarkan masalah kegatalan,
•             Sakit sendi semasa haid,
•             Menghindar jangkitan faraj, pundi kencing dan saluran kencing akibat kuman,
•             Mengelak dan mengurangkan bau,
•             Membuang gumpalan darah dalam uterus (sesuai untuk ibu-ibu selepas tempoh pantang bersalin),
•             Mencegah senggugut,
•             Menyedut kotoran yang tersimpan,
•             Mencegah penyakit Kanser rahim,
•             Mengecutkan rahim selepas bersalin,
•             Merawat Buasir dan jangkitan usus besar,
•             Mengeringkan dan menyembuhkan luka dengan cepat,
•             Merawat masalah kembug perut,
•             Bertindak sebagai pengganti “cool fever” dengan daya serapan yang tinggi,
•             Menghilangkan lenguh-lenguh sendi.
Bagi mereka yang mengahadapi masalah-masalah seperti yang dinyatakan di atas terutamanya kaum hawa, jangan ragu-ragu untuk mencuba “Lexee”.

Rasai keselesaan menggunakannya selain dapat membantu mengatasi masalah-masalah sakit puan yang anda hadapi.


Berminat?Blh hubungi atie ya....

Tuesday, May 28, 2013

Masak Lemak Sayur Keladi Lambuk

Salam semua
Lamanya atie bercuti ya.Biasa la time cuti sekolah ni masa atie byk kat dapo & g umah org kawen.
Tambah2 sabtu/Ahad lps..jiran atie buat kenduri kawen anak yg ke 2 & halaman rumah atie jadi tpt  masak-memasaknya.
Tak kisah la..kita hidup berjiran mmg begitu..bantu membantu
Okeylah,
 lama gak atie tak menempek juadah kat sini.
Hari ini br sempat...
Ni la masakan yg sungguh nostalgia
Dulu2 Arwah mak rajin masak camni.Atie msk kat umah Apak masa blk kg aritu.
Malas nak taip2..
 atie copy dr blog K.Ida yg famous tu...mmg resepinya sebijik...sepesen...ngan yg biasa atie msk.Dah minta izin ngan Kak Ida utk atie kongsikn di blog.
Terima Kasih kak Ida...

Bahan-bahan:(sumber:KAK IDA)

2 batang (pelepah) keladi lambuk, basuh dahulu kemudian disiat kulitnya dan di potong serong dan nipis-nipis
1 cawan cendawan kering atau 3 paket kecil cendawan segar, disiat-siat(atie tak isi)
200g udang kecil putih, buang kepala dan ekornya(ikan bilis-tumbuk)
2 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor (keping)
1 batang serai, diketuk
10 biji cili api, di potong kecil
2 biji cili merah, buang biji dan potong kecil

dikisar;
1 biji bawang besar, 1" kunyit, 1/2" halia, 2 biji bawang putih.

Cara membuatnya
Masak 2 cawan santan dengan bahan kisar sehingga mendidih dan pekat. Masukkan serai, asam keping, cili padi, cili merah dan keladi lambuk. Masak sehingga keladi kecut. Kemudian masukkan udang dan cendawan. Kacau sebentar. Masukkan sedikit garam dan 1 sudu kecil gula. Hidang panas dengan nasi putih.

Friday, May 24, 2013

JENIS-JENIS PAD LEXEE

Salam semua
Kita citer lg pasai pad Herba LEXEE ni...mesti ramai yg tak taukan?
Ada 3 jenis 
yg sesuai dgn kegunaa kita seharian ketika "uzur'
TP
yg paling BEST adalah pantyliner sbb dia bkn sekadar hanya pantyliner!
Byk  kegunaan sampingan yg kita blh\guna dgn pantyliner.
Antaranya
Blh diletakkan dileher/lutut klu leher/lutut kita sengal2.
Caranya?
Hanya letakn pantyliner pd kolar baju/bhgian dlm seluar yg setentang dgn lutut yg sakit yg blh 'kena' pd leher/lutut kita.
Dan kita dpt merasakn...leher/lutut kita terasa 'panas' sedikt & sengal2 akan hilang dgn mudah!
 Pad yg berwarna PINK adalah utk penggunaa diwaktu siang/normal flow


 Pad yg berwarna BIRU adalah utk penggunaan diwaktu mlm/heavy flow


Yg warna HIJAU ni Pantyliner utk kegunaa seharian & byk kegunaan sampingannya!

Apa Itu LEXEE?

 Salam semua..
Arini atie nak citer ttg 'peribadi' sikit...ttg keperluan setiap wanita.Apa dia?
Tuala wanita LEXEE
Kebykkan pad yg ada dipasaran skrg menggunakn bahan2 kitar semula...ia amat membahayakn sistem 'peribadi' wanita itu sendiri
Proses kitar semula yg dilakukn adalah menggunakn bahan2 yg membahayakn...spt KLORIN & DIOKSIN
yg hanya membuang bau &warna SAHAJA!
TRKINI....
trdpt satu tuala wanita yg mementingkn penjagaan 'peribadi' wanita dgn lebih slmt & selesa.Diperbuat drpd
100% kapas & bebas dr klrin & dioksin

BERTUKARLAH SKRG SBLM TRLAMBAT

Berminat?blh pm/Email atie..
atau
EMAIL:azatie_sayang7071@yahoo.com.my

Tuala Wanita Lexee  Berfungsi:
Mencegah penyakit kanser servik
Mencegah Fibroid
Memulihkan Senggugut
Membaiki Sistem Kesuburan Wanita
Merawat Jangkitan Vagina
Mengatasi Ketidakseimbangan Hormon
Menghindarkan Penyakit  Dan Fungus
Menyedut Kotoran Yang Tersimpan dan Tersekat Dalam Rahim
Mencegah Bau Yang Tidak Selesa
Merawat Masalah Keputihan
Membuang Toksin
Menghilangkan Radang dan Bengkak
Menghilangkan Kegatalan
Membunuh  Kuman
Menyegarkan Dan Sangat Selesa
Bersifat Antiseptik


P/S:nanti atie terangkn dgn lbh detail ttg kronologi masalah sakit puan berpunca dr pemggunaan tuala wanita yg selalu kita gunakn.

Thursday, May 23, 2013

Juadah Hari Ini

Salam semua..
Antara juadah yg sempat atie masak hari ini disamping lauk2 yg lain.....Gigih masak rendang & buat Triffle utk dinikmati oleh anak2 yg akan balik bercuti mulai hari ini.
Dari pg tadi kelentang kelentong kat dapo...
Kena cpt masak arini sbb nak ambil Adik kat asramanya
Balik nanti dah letih..malas lak nk kedapo.
Ni dah masak semua..mudah sikit.
Kpd kengkawan yg menjemput anak2 kat asrama hari ini
Semoga perjlnan korang semua slmt.
Hati2 dijalan raya...
tambah2 esok cuti wesak,mesti ramai yg mengambil kesempatan balik bercuti ke kg.
Harap2 jalan tak JAM!


...
Rendang daging...atie klu buat rendang suka isi byk daun limau purut...wangiiii jer 

Cuti Persekolahan Bermula

Salam semua...
Bestnya  arini sbb kedua2 org anak atie balik bercuti!..
Pasni riuh rendah la
umah atie ngan  suara anak2,Emm..biasa suara atie ngan anak pompuan jer (^_^)).Biasa la hero2 kat umah ni 'berat mulut semua).hihi
Mungkin atie akan jarang dpt beronline
Tp akan cuba buat n3 publish post supaya blog ni tak sunyi sepjg cuti persekolahan nanti.
Maklum la...masa ibu depa byk kat dapo jer .
Sat lg nk g ambil Adik kat asrama...
Kali ini kami trpaksa 'berpisah' utk ambil anak2 kat asrama...sbb cuti serentak!
MyLaling dah bertolak pukul 8 pg tadi
 untuk menjemput Abang(anak llaki) kat asramanya & atie pula akan menjemput Adik kul 2 ptg nanti.Semoga slmt perjlnan kami semua pergi & balik.
Aamiinnnnn

Wednesday, May 22, 2013

Wordless Wendnesday

N3 publish Post

COD PEMANGGANG AJAIB.

Salam semua..
Alhamdulilah,
penghtran secara COD kat area ke Sabak Bernam.Terima kasih kpd kak Rosidah yg mengoder PEMANGGANG AJAIB G2.
Ini adalah penghtran ke 2 utk Kak Rosidah
Bln lps akak ni dah order G2...& kali ini order 2 biji pemanggang lagi.

Pada yg dok area
 TELUK INTAN/BAGAN DATOH/IPOH...
Atie blh htr sendiri kpd korang...takde apa2 caj akan dikenakan.
Pada yg berminat
Blh la Email atie..azatie_sayang7071@yahoo.com
atau pm jer...KAK YANG




Tuesday, May 21, 2013

Rezeki Hari Ini..

Salam semua
Alhamdulilah,arini dapat rezeki...kawan MyLaling yg berkebun kat kg htr kerumah ptg tadi.
Byk lak tu..walhal kami mkn berdua jer.
Mmg fresh sgt2 ni..baru petik kat kebunnya.
Terima kasih ye...


AGAR AGAR SANTAN

Salam semua..
Dah 3 hari tak xder citer kat blog atie ni ya...Masa kat umah adik..line tenet dia slowwww jer.Malas nk tggu depan laptop lelama.
Arini mmg cuaca sgt panas!Cepat jer kain kering kat jemuran..
Alhamdulilahhh,
sbb byk kain kena basuh sbb MyLaling kena 'tinggai'kn jd byk la kain lam bakul tuh!
Dah pesan tak yah basuh...atie blk dr Ipoh nanti br atie basuh.
Okey la
Juadah ptg kami...buatnya awal  pg tadi.Mmg nyaman jer mkn agar2 santan yg br kuar dr esbok...dlm cuaca panas ni.
Jemput semua....
Bahan-bahan (sumber:suzzlyn@myresipi.com)

1 peket agar-agar bertali (25gm)
1.5 liter air
5 cawan santan
180g gula pasir (bg yg suka manis bleh tambahkan lagi)
1 biji putih telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
2 helai daun pandan
pewarna hijau
gula batu lbh kurang2cm x 2cm


Cara-cara

1.Agar-agar dibasuh dan dimasak dengan air dan daun pandan yg disimpul hingga mendidih.
2.Masukkan gula pasir, gula batu, pewarna hijau, esen vanila dan garam kemudian kacau rata.
3.Tuangkan santan dan sementara menunggu ia mendidih, pukul telur putih sehingga kembang.
4.Apabila telah mendidih, tutup api, dan tapiskan kedalam loyang.
5. Segera tuangkan putih telur yg sudah kembang tadi kedalam loyang berisi agar2, kacau laju dan rata lebih kurang 5 minit.
6.Sejukkan dan simpan dalam peti ais... Enak dimakan ketika musim panas...



Monday, May 20, 2013

Alhamdulilah,Dah Sampai!

Salam semua
Tgk tajuk cam ada barang dah sampai ya?Bkn larrrr..
Sebenarnya atie br sampai  kerumah ptg tadi...
dari Ipoh
Senyap2 atie g makan angin ke Ipoh ya?(^_^)
Bkn mkn angin
Ada hal....nanti atie citer ya!
Atie g Ipoh ari sabtu...naik bas Express jer
Sampai lg atie ke Aman jaya,Ipoh
Atie rehat dulu ya,nanti2 atie singgah umah korang
InsyaAllah




Sunday, May 19, 2013

TAWARAN MENARIK SEMPENA HARI IBU!!

Salam semua...
.SEMPENA HARI IBU yg bakal menjelang nanti...
Apa salahnya  kita hadiahkan  PEMANGGANG AJAIB ini utk mereka...
Tak trnilai harga kasih syg mereka dr nilai harga pemanggang Ajaib ini
Pasti hati mereka sgt gembira & bahgia! 

Dptkn PEMANGGANG  dgn harga yg menarik SEMPENA HARI IBU!!! 

Berminat?Pm atie....KAK YANG

ATAU
EMAIL:azatie_sayang7071@yahoo.com.my


TAWARAN MENARIK MENANTI ANDA!!!!

Saturday, May 18, 2013

SELAMAT BERHARI MINGGU.

Salam semua..
Selamat berhari minggau atie ucapkn..
Maaf blm sempat nk balas komen2 yg dititipk...InsyaAllah akan brkunjung balas.
Terima kasih singgah...



Friday, May 17, 2013

Juadah Tenghari Kami

Salam semua
Antara juadah tghari kami dihari jumaat yg mulia ini..simple jer antaranya
paprik sotong,goreng cendawan & ayam goreng berempah
Pelbagai menu...tp semuanya atie masak sikit2 jer
almaklum la..mkn pon berduaan jer
Apa menu korang arini?
Atie ucapkn slmt menjamu selera bersama kluarga trsyg ya
Jemput semua...
Bismillah..

AnakBuah Baru...Nur Amelia Irdina

Salam Semua...
Inilah anakbuah atie yg baru..NUR AMELIA IRDINA...satu2nya puteri adik llaki yg dok Semenyih nun.Sbbnya 3 org lagi semuanya hero2!
Trcapai gak hajat adik &isterinya utk menimang cahayamata pompuan.
Skrg usianya dah nak msk 7 bulan...& jgn tak caya
Atie blm pernah jumpa lg..
waaaaaaa....waaaaa....
Aritu adik atie ada la blk kg bawak baby barunya tp...atie ada hal tak dpt blk kg
Kempunan nk gomoi2 dak bambam ni.
Paling best kelahirannya..
hampir dgn date tarikh lahir Adik(anak pompuan atie)
Adik...2 Nov & Irdina ni 1 Nov
Blh sambut besday sama2 nanti 
Buat masa skrg tgk gambar jer la...takpe raya sok jumpa Mak yang yer
Gewammmm tgk dia gelak!

Mutiara Jumaat

Salam semua..
Slmt pagi di hari Jumaat yg mulia ini

Thursday, May 16, 2013

Kami Ke KEDAH

Salam semua..
Ini kisah kami ke kedah lagi Jumaat lps....
seawal pukul 8 pg kami dah bertolak sbb...xder plan nk nginap kat sana.
balik hari tu jugak.
Sampai di kedah kul 12 tghari(laju tak Mylaling bawak kete?(^_^)
Sbb ari Jumaat....
Kami singgah ke Masjid Negeri utk MyLaling & anak llaki atie bersembahyang Jumaat.
Firstime sampai ke Masjid Negeri...sampai  sembahyg kat luar jemaahnya!
Pas Sembahyg baru la g mkn2....pusing2 kat pekan Alor Setar
Tingin nak g Pekan Rabu..
Jenuh la pusing2...call rakan blogger yg dok kedah
Ieta & Lyana nak tau lokasi Pekan Rabu ni
Tapi tak sempat jumpa depa la.
Akhirnya jumpa gak!
Pastu g ke Star Parade...sbb nak beli jajan sikit.
Tak berapa bsr sgt...tp blh la nak bersoping.
Dlm kul 4 lbh kami bergerak pulang ke Perak semula
Alhamdulilah,
Slmt sampai  ke rumah dlm pukul 9 mlm.


 Soping jajan kat sini jerrrr

 Masjid negeri...syian ada yg bersembahyg kat luar dlm panas terik!

 Jumpa gak Pekan Rabu!

Wednesday, May 15, 2013

MENANG GA-BLOG DI REVIEW

Salam semua..
Alhamdulilah,
menang hadiah saguhati kat blog Shuhada Salmee iaitu blog atie direview oleh shuhada sendirik!
Best apa menang hadiah gitu....
famous sikit blog atie(blog CGL lar (^_^)
Kpd Shuhada,Terima kasih
Hem...Hem..br tau AZATIE dah kawen ya?hikhik

Apa komen Shuhada ttg blog CGL atie?Jom baca....Syok!!

Wordless Wendnesday 11

Salam..
Sebagai kenangan gambar yg penuh nostalgia..tak ingat tahun bila(lupa).Nanti takut hilang lak,letak jer kat blog nie....



Pajeri Terung

Salam semua
Antara juadah tghari kami hari ini..pajeri terong!.
Atie jarang msk pajeri terung berbanding pajeri nanas.Mcm xbape minat tp Mylaling suka.Takpe la,arini msk yg dia suka lar...Tu sbb masak cikitttt jer(^_^)
Mmg sedap klu guna udang kering....
lemak2 je rasanya.Udang kering lak beli ngan makcik yg dok kat taman ni gak.Mmg trjamin kebersihannya.Murah lak tuh!
Jemput makan semua..
Bismilahhhhhhh...



Bahan-bahan:-(sumber:Ammy11)

1-2biji terung panjang(kluarga kecik mcm atie sikit ni la buat)
2 sudu besar rempah kari daging
2 cawan santan pekat
2 sudu besar udang kering – di rendam dan jangan di kisar
2 sudu besar kerisik

Bahan tumis:-
5 biji bawang merah – di kisar
2 ulas bawang putih – di kisar
1 / 2 inci halia – di kisar
2 sudu besar udang kering – di rendam dan di kisar
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 bunga cengkih
2 bii buah pelaaga
2 sudu besar udang kering-tumbuk
Sedikit  air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara:-

1.    Panaskan minyak, tumis bahan kisar, dan juga rempah tumis sehingga naik bau.
2.  Kemudian masukkan rempah kari dan masak hingga garing.
3.   Masukkan udang kering, kerisek , terung dan santan..didihkan dengan api perlahan.
4.  Masukkan air asam jawa. garam dan gula..masak hingga kuah agak pekat sedikit.
5.   Sedap di hiding dengan nasi putih, dan paling best bila makan, ada terasa udang kering yang tidak dikisar.


Wordless Wendnesday

Tingat kat Adik....


KU TEMUI DIA..DI FACEBOOK!

Salam semua..
Mula2 dulu atie xminat berFB....ada anak pompuan atie buatkn tp tak aktif
cuma bila dah mula biz pemanggang ajaib
makin kerap atie ke 'sana'
Dan kebykkan customer atie adalah melalui FB juge!
Dan
Yg tak atie sangka2...BFF atie masa form5 atie temui dilaman itu juga
Bygkan la dah 23 tahun kami tak betemu
Ya Allah..
Mmg atie tak sangka...mula la mengimbau kenangan masa kami sekolah dulu (^_^)
manisnya nostalgia itu.
Skrg masing2 dah punya kluarga..cuma anak  dia lbh sorang dari atie..hihi
Dah pon bertukar2 no tepon
ada rezeki kami akan bertemu secara nyata kembali
Rupanya dia dah lama gak cari atie..
Tp kan kat FB atie guna nama lain,tu yg tak jumpa2..kan yati?(nama pon hampir sama)
InsyaAllah
nak cari BFF yg lain gak...jenuh dah mencari!.Trutama kwn2 masa atie kerja kat KL dulu.
Mana korang yer :(

Selamat Pagi Semua

Salam dihari Rabu
Mutiara kata atie hari ini...renung2kanlah...


Tuesday, May 14, 2013

Ke AMAN JAYA

Salam semua..
Ni kisah beberapa mggu lepas...
kisah anak llaki atie lar.Aritu blk kg naik bas....nak blk asrama pon nak naik bas gak..walhal dia tak tau,ibu-ayah dia risau bkn main nk lepaskn dia naik bas.
Trpaksa la jgk ikotkn.....
blk ngan kwn.asalnya nak beli tiket kat T,Intan jer tp tiket habih la pulak!.
bas seterusnya xder lak !
Last2...
trpaksa g Ipoh,naik dr sana jer.Terima kasih la pd adik atie yg bersusah pyh belikn tiket dulu kat Aman Jaya seblm kami sampai ke Ipoh.
Bkn apa takot tiket habih lagik!
Nak g Aman Jaya..tak tau la pulak.Call Adik suh tggu kat Medan Kit
Hadoiii....
mmg  kakaknya ni menyusahkn sungguh dia aritu.Sampai gak kami kat Aman jaya kul 2.30ptg,sempat la naik bas(kul 3ptg).
Seblm naik bas....
berbakol2 la nasihat ibu-ayah kat anak bujang nan sorang ni.Risauuu sungguh!
Alhamdulilah,bila dah sampai Abang Call ..lega rasa hati.
Firstime sampai kat Aman Jaya...
Besooooooo!
Lps bas Abg bertolak..br la kami balik ngan family AdikSinggah mkn2 kat food Court bawah Maidin tu
Tak nyoping pon..sbb nak cepat balik ke BD
InsyaAllah,klu g Ipoh lg...leh soping (^_^)




Atie ngan Mylaling mkn nasi kerabu...5 henggit ko...!

Sambal Sotong

Salam semua...
Lama tak update ttg masakan kat blog nie...bkn apa kdg2 malassss nak snap2 gambo,lps msk terus hidangkn jer.
Arini trrrajin la jgk tp msk simple jer...
sambal sotong.Klu buat sambal sotong atie suka lbhkn kuahnya...suka curahkn kuah yg pedas tu ngan nasi!Sedap oooooo....!
Jap lg nak singgah kengkawan ...harap2 dpt la ziarah korang semua arini(dpt  ke?...)
Jemput makan semua....

Bahan-bahan:(sumber:Norzailina)

4 camca besar minyak
400 g sotong, dipotong bulat
½ labu bawang besar }
4 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } dikisar
1 cm kiub belacan }
12-15 tangkai cili kering }
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
150 ml air
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
Gula, garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Panaskan 1 camca besar minyak, goreng sotong hingga hampir kering airnya. Angkat.
2. Panaskan baki minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
3. Masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Kacau sekali-sekala hingga naik minyak sekali lagi.
5. Campurkan sotong, bawang besar, gula dan garam secukup rasa.
6. Kacau lagi. Bila pekat, angkat dan hidangkan.

Monday, May 13, 2013

SELAMAT HARI IBU

Salam semua...
Semlm semua wanita yg bergelar
 IBU/MAMA/MAK/UMMI/MUMMY diraikn oleh kluarga masing2kn....Trmasuk la juge atie tp tanpa kehadiran anak2 disisi :(
Cuma sekadar ucapan ditel...dah cukup buat atie happy sgt.
Terima kasih anak2 Ibu & juga suami trsayang!!
Pada rakan2 blogger yg bergelar IBU
SELAMAT HARI IBU...
Semoga kita semua menjadi ibu yg trbaik buat anak2 kita.
InsyaAllah.

Tak lupa SELAMAT HARI IBU buat

MIL atie...PUAN MARIATON SUPIAN
Al-Fatihah buat mak kesygan atie..ARWAH PUAN HAMSIAH BT SIBI(semoga Roh mak ditempatkkan dlm golongan org2 yg beriman.Aamiin)

Saturday, May 11, 2013

BULAN REJAB KEMBALI LAGI..

Salam semua..
Hari ini kita dah pon melangkah ke Bulan Islam iaitu REJAB..pantasnya masa berlalukan?
Dikesempatan ini juga atie nak memohon kemaafan
Terutamanya
 kpd rakan2 blogger sepjg kalian mengenali 
'AZATIE'
di alam maya ini.
Andai ada tulisan2...gambar2...komen2 yg atie titipkn diblog ada yg menyinggung perasaan
Kemaafan atie pinta.
Sama2lah kita saling maaf memaafkn seblm catitan amalan kita ditutup & digantikn dgn catitan yg baru.
Semoga amalan2 kita  diterima oleh Allah.
Aamiin.

Friday, May 10, 2013

Salam Di Hari Jumaat Semua...

Salam..
Jumaat.... penghulu segala hari..penuh keberkatan.
Semoga 
Hari ini kita lalui dgn keTaqwaan,kebahgiaan,kemanisan,kegembiraan & penuh barakah
Aamiin

Thursday, May 9, 2013

Terima Kasih NAD

Salam semua...
Baru mlm ni sempat buat n3 ttg hadiah yg atie terima dari NAD....hadiah pemenang Giveaway SEMPENA BESDAY MAMA ZN...ada rezeki atie kat situ.
Alhamdulilah,sbb atie suka kumpul FM!!
Hadiah tu dah lama sampai kat Pjbt Post tp...atie jer yg xsempat2 nak ambik
Last2 atie call Pjbt Post....
 suh htr semula la...malas nk g sana(^_^).Terima kasih En. Posmen!
Dapat FM Melaka...
Dulu2 masa bujang selalu la g melaka(Abg Ipar org sana)
Tp masa tu blm 'trjerumus' dlm kumpul2 FM ni
Klu tak dah lama rembat bykkkkkk...
Kpd Nad...terima kasih ya


 FM melaka yg sgt cantikkk....

Korang blh terjah umah NAD MAMAZN yg always smile kat SINI

Ikan Belanak????

 Salam semua
N3 arini berkisar ttg pertanyaan MIMI....nak tau rupa ikan belanak,ketika atie buat n3 ttg juadah tghari kami kat SINI
Jarang jumpa ikan belanak ni...
kdg2 jer ada org jual ikan yg dtg tu bawak.
Kesukaan MyLaling ngan MIl ni..klu ada jual mmg atie belikn sekali utk Mil.
Biasa yg sedap...
atie goreng jer + bumbunya...bwg putih,ketumbar biji,garam & kunyit hidup ditumbuk lumat,pastu gaul ngan ikan belanak ni.
Sedappppp!
Blh gak masak asam pedas/gulai tempoyak..klu ikan belanaknya besar la.
Yg atie beli ni..kocik jer.
Semoga Mimi dah kenai ya ikan nie...(^_^)





Ni ikan belanak yg hencem...

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™