Assalamualaikum
Dah lama tak buat puding roti marble resepi hana ni
Hana pon dah lama senyap jer blog dia..sibuk mungkin.
Ptg ni juadah minum ptg kami
Dah pon siap!
Ptg2 nanti br potong..& mamam dgn anak2.
Buat ni simple jew
Ingat tahun lps...ada jiran tempah puding ni sebagai hantaran.
Alhamdulilah
Rezeki atie..tak pernah terima tempahan mknan camni
(^_^)
Jemput semua.
RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT
source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco
Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi
(1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih
lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu
adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh
dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk
koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2
loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain
tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang
smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan
hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya
sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan
bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.