Salam semua..Seperti biasa la atie br nk menempek juadah tghari kami tuk hari ini.
Yg pasti hari ini MyLaling dok nambah2 nasi & puas menghirup kuah.
Masa g pasar pg tadi nampak la org jual tulang,jadinya atie beli lar dlm 5 ketul gitu(ala,mkn berdua.cukup la tu,yg penting kuahnya..hihi)
Mmg poberet dialah ni.Lps jer siap msk,atie msj la...gtau arini atie msk sup tulang.
Tak lama pastu dah MyLaling sampai depan umah.hihi
Terima kasih kpd kak wana atas resepi yg sedap ni..lain kali klu buat sup tulang mmg guna resepi nie jer.
Jemput makan semuaaaaaa
Bahan-bahan:(sumber:K.Wana potretkasih)
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk) -atie guna 5 ketul tulang jer.
3 biji bawang merah – dimayang halus -atie guna bwg bsr cam k.wana
1 ulas bawang putih – dimayang halus (saya guna 4 ulas bwg putih )
2 in halia diketuk
1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk ( saya guna rempah sup serbuk -atie pon sama)
1 1/2 sudu besar lada hitam – ditumbuk ( saya guna 1 1/2 sudu besar lada putih biji di tumbuk )
3 biji ubi kentang _ tak letak
garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka – tak letak
1 kiub pati ayam – tak letak
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup
bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 Biji ciliapi-atie tambah sediri
Cara-cara
Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.