Monday, April 30, 2012

Alhamdulilah,Dah Sihat!

Salam semua..slps 3 hari dok badan lemah...sakit kepala,panas badan..skrg dah okey la sikit.Cuma tinggai batuk dan selsema jer.Sepjg atie dmm...mmg xmsk,MyLaling beli lauk kat kedai jer...pastu dia msk nasi.
Atie?mmg xlarat langsung..lps mkn ubat batuk..ZZZZZZZZZ je kejenya.Terima kasih  kpd MyLaling yg jg & prihatin ngan wife dia yg dmm ni.Klu tak tak tau la camna....
Bila dah mula baik dmm...tingin lak nk mkn sup yg panas2.Trpaksa la ngikut selera anak tekak wifenya ni...g mkn2 kat Teluk Intan jer..depan hotel GrandCourt.
Sapa yg pernah sampai ke hotel tu tau la tpt ni...mmg byk pilihan kat sana.Kami singgah la kat  kedai ni...bila kedai yg kami biasa g tu lom bukak lagik.
Atie mmg order nasi putih ngan sup sama ngan MyLaling...Adik(anak pompuan ) pulak order nasi goreng ayam.Sedap la jgk menu kat sini..pastu kami tapau nasi ayam singpore tuk Adik sebungkus tp entah la cam xbape nk sedap jerrrrrr.
Jom layan...


Kalau g Teluk Intan..meh la singgah kat medan selera ni..bykkkkkkk kedai kat sini...pilihan menu pon pelbagai :D


P/S:Tak lupa tuk kawan2 yg singgah ke blog & FB... mendoakn kesihatan agar cepat sembuh....TERIMA KASIH...jasa & budi kalian amat atie hargai.Semoga Allah yg akan membalasnya.
Aminnnnnnn

HAPPY ANNIVERSARY & HAPPY BIRTHDAY

Salam.Sebagai ingatan hari2 yg istimewa dlm hidup family atie maka n3 ini sebagai  kenangan buat mereka semua yg sentiasa di hati atie.
HAPPY ANNIVERSARY tuk adik beradik atie yg telah menyambutnya & akan menyambutnya pada bulan MAY ini.
Doa atie semoga mereka semua bahgia hingga ke akhir hayat bersama pasangan  masing2.
Aminnnnnnn

YEOP & YONG-29 MAY
AWIE & FADZILAH-28 MAY
KAK CHIK & AZLIN-25 MAY
KHALID & MAHANI-25 MAY
KAK & ZAM-30 MAY


Tak lupa tuk anakbuah atie MUHAMAD AZIZUL HAKIM yg menyambut besdaynya pada 27 May yg lalu.IBU doakn semoga menjadi anak yg soleh & berjaya dlm pelajaran.Aminn

Thursday, April 26, 2012

'Aksesoris'..Orang Tak Sihat.

Salam.Selamat ptg..Lps masak tghari tadi..baring jer..mkn panadol,mkn ubat batuk...sapu minyak cap kapak kat dahi sbb dah rasa 'berat' semacam jer.
Tp gigih gak nk buat n3..hihi. 
Semua ni MyLaling yg beli..bila dah negok wifenya moyokkkk...asyik trbaring kat katil...mesti demam!
Klu badan nk dmm ni...lesu jer,sendi2 pon rasa sakit2.Atie harap xder la melarat...ari sabtu-Ahad ni ada jemputan kenduri kawen...rasanya x g la kot!kang batuk2 kat sana..segannnn
Korang doakn atie kembali sihat ya...klu blog senyap jer 2-3 arini..paham2 la tu :(



Sup Bebola Ikan


Salam.Arini badan cam rasa xsedap jer...sakit tekak...batuk2.rasanya tu tanda2 nk demam..lgpon dah lama atie xdemam(bkn mintak demam tau...:D).Cuaca kat luar pon ....kjp ujan..kjp panas.Baru tadi hujan turun lebat..,sibbaek ada jiran cina  yg jerit2 gtau hujan.Makasih nyonya..klu idak..basah kuyup kain atie.
Kdg2 dok dlm umah batu ni....mmg xdgr  bunyi hujan tu.:)
Okey la,..layan menu org dah mula sakit tekak & batuk ni...mmg rasa xselesa sgt.haus jer kejenya...dah mkn ubat tadi.harap2 jgn la dmm sbb 
Esok Adik(anak pompuan)akan balik bercuti  sampai hari ahad.
Klu ibunya dmm..mmg xbest la rasanya...nk gak msk yg dia suka klu bercuti kat umah sekali sekala.
Ya Allah..sihatknlah tubuh badanku ini.Aminnnnn

Sup Bebola Ikan Sempoi(sumber:http://izzaiynas.blogspot.com)

Bahan-bahan:
3 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
2cm halia-dihiris
Bebola ikan secukupnya
Karot, dipotong ikut suka
putik jagung,kobis-atie tambah
Tomato-dibelah empat
kiub ikan bilis knorr
garam
lada sulah
air secukupnya
bawang goreng
daun sup/daun ketumbar-xisi

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan air, serbuk lada sulah, kiub ikan bilis dan karot .
3. Apabila karot sudah lembut, masukkan fishball dan tomato, biarkan sampai menggelegak.
4. Perasakan dengan garam, tutup api.
5. Taburkan dengan bawang goreng, daun sup/daun ketumbar. 


****bebola ikan tu atie buat sendiri aritu(simpan lam esbok)......sbb tu cam xlawa jerrr

HAPPY BIRTHDAY IMAN!

Hari ini,birthday anakbuah atie... yg ke 13 tahun....HAPPY BIRTHDAY IMAN.
Mak YG doakn semoga Iman membsr menjadi anak yg soleh,rajin2 belajar & berjaya dalam pelajaran.Aminnn
Iman ni anak bongsu kakak atie yg dok puchong nunnnn.Baru msj tadi..wish besday.Biasa la anak bongsu..manja lbhkan Iman.hihihi


Kisah Makan-Makan Kami.


Salam..sebenarnya ni citer yg lps masa kami blk  KL aritu.Dlm perjalanan lapar lak..singgah ke Restorant ni.Rasanya area Meru gak kot..lupa!
Restoran baru agaknya...cantik,dekorasi dlm restoran pon sgt cantik.Kreatif...sbb depa hidangkn bufet dlm sampan tu..cayalah!.Klu kita nk ambik makanan g jer ambik kat lam sampan tu..ada la bekas2 steel2 tu.
Makanannya sedap2....spt biasa WAJIB atie ambik sambal belacan ngan telur masin disamping lauk2 lain.
Masa kami sampai tu..org lom ramai lg..pastu br ramai yg singgah.
Ada sapa2 pernah singgah kat sini?Dekat ngan jalan raya..parking pon tak susah...surau juga ada  disediakn di hadapan laman restoran...bersih!




Licin!

Wednesday, April 25, 2012

Gulai Kari Telur Ikan

Salam semua..baru sempat nk buat n3 baru kat sini.Korang apa kabar?Arini atie meng'kari' lagik...telur ikan lak.Tp maaf la atie dah lupa apa nama ikannya..dok ralit bersembang ngan kawan tadi kt pasar.
Sebenarnya jarang jumpa telur2 ikan camni...mmg klu jumpa atie beli jer.Harga?mahai la sikit...tp tingin lak nk mkn telur ikan dak?Pejam mata membelinya...
Kali ini menggunakn resepi yg atie jumpa kat MesraNet...dr Majalah Jelita 1992.Dlm resepi tu menggunakn kuantiti telur ikan yg byk..atie malas nk edit2..klu korang nk cuba pandai2lh adjust ya...cam atie buat arini.
Xsabar nk tggu Mylaling balik keje...makan sama2.Kang mkn sorang,xsedar lak telur ikan habih.Sia2 jer Mylaling jadi batu belah batu bertangkup..hihihi
Jemput makan semua...cicip sikit sorang ya..:D

Gulai Telur Ikan
Sumber: Majalah Jelita Mac 1992


Bahan-Bahan:
600 gm telur ikan
200 gm serbuk kari
20 gm halba campur
50 gm air asam jawa
2 tangkai daun kari
300 gm minyak masak
1 liter santan, daripada sebiji kelapa
4 tangkai cili merah, dibelah empat 4 tangkai cili hijau, dibelah empat
4 biji tomato, dibelah empat
Garam secukupnya
250 gm bawang merah - dihiris halus
150 gm bawang besar - dihiris halus
60 gm bawang putih - dihiris halus
20 gm halia - dihiris halus


Cara:


Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis daun kari dan halba campur sehingga wangi. Masukkan bahan-bahan hiris. Kacau hingga garing. Perlahankan api dan masukkan sedikit air. Kacau lagi hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan santan. Biarkan mendidih baru masukkan telur ikan, cili hijau, cili merah dan tomato

Monday, April 23, 2012

Abang Dah Kembali Ke Asrama :(


Alhamdulilah,.kami telah selamat menghtr anak llaki atie kembali semula ke asrama ptg semlm  setelah bercuti selama semggu kat umah.Sedihnyaaaaaaa..
Kenapa kami masih meneruskn persekolahan Abg(anak llaki) kat asrama yg lama?
Mmg hafazannya dah tamat 30 juzuk 
tp kami ambil keputusan agar Abg kembali mengulang dr juzuk yg pertama semula.Maklum la ayat2 suci Al-Quran ni bkn mudah tuk di hafaz...& dgn cara mengulang,Abg akan lbh mengigati serta  menghayati setiap ayat.
Semoga ALLAH mempermudahkn Abg kembali mengigati surah2 yg trdahulu & terus sebati dgn dirinya....AMINNN.
Doa kami juga semoga Abg menjadikn ketaqwaan sebagai pakaiannya siang & mlm.Serta sentiasa melindungi kitab suci Al-Quran.
Sentiasa membaca & mengamalknnya kerana ia dalah sebaik-baik hiasan yg begitu indah & mulia.
Sebagai ibubapa ,kami sentiasa mendoakn yg trbaik tuk Abang...
anak llaki kami sebagai 
Mujahid untuk Islam & sentiasa menegakkan ajaran & Kalimah ALLAH.
Aminnnnnnn

**Mood sedih sebenarnya....balik umah sebak rasa hati trbyg2 kelibatnya.pastu nages sorang2.payahhhh..klu anak2 lama bercuti kat umah.Gembira bila tau mereka akan pulang...sedih bila mereka kembali keasrama :(

Sunday, April 22, 2012

Masak Lemak Kubis & Tempe.

Salam ..arini atie masak awai sikit sbb arini mmg bzzzz...pastu tghari nanti..kul 12 nk g umah org kenduri.
Maklum la anak llaki atie ada kat umah...klu atie & MyLaling jer,mmg atie xmasak.hihi
Gulai yg sgt mudah tuk dicuba...kebetulan ada beli tempe...jdnya masuk sekali dlm gulai ni.Terima kasih kpd penyumbang resepi ni...
Masakan lain yg atie sediakn juga...nambah2 lauk kata org...sambal tumis udang ,ayam goreng & sambal mangga.Semoga anak llaki atie berselera menikmatinya.

Bahan-bahan ( sumber:princessharyati)

1/2 biji kubis (di potong besar skit)

2 cawan santan

1/2 cawan ikan bilis kecil (atie guna udang basah)

1 biji bawang besar (di hiris besar)

1 biji cili besar

3Biji ciliapi-atie tambah

Sedikit suhun-rendam & potongkan

Sedikit garam

ajinamoto-atie xisi

Lada sulah

Cara-cara

Masukkan santan di dalam periuk , kacau sehingga mendidih, masukkan kubis , cili dan ikan bilis/udang, tempe.kacau lagi. garam dan ajinamota serta lada sulah.

Siap untuk di santap bersama keluarga. * semasa masak hendaklah sentiasa kacau, jika tidak santan akan pecah minyak.

Mudahkan???


Mangga Lagikkk

Salam & selamat berhari mgu semua..
N3 pg ni xder mengena ngan sarapan kami pg ni.
Saja nk menayang mangga masak ni kat korang semua...buat korang trliur di ari mggu.hihi
Sebenarnya mangga ni bkn beli pon...dpt free tau!.Wah..murah rezeki kamikan?.
Paman MyLaling yg kasi..dia kan ada kedai pasar borong kat *******,jadinya ni dr kedai dia lar.
Bukan main manissss lg buahnya...potong byk2,pastu simpan kat lam esbok.Tgk2 dah habih 1 mangkuk..dikejekn dek 'hero2' atie tu.
Jemput lar ya...ari mggu ni bersantai2 kat umah atie sambil mkn mangga :D

Saturday, April 21, 2012

Puding Roti Marble

Selamat ptg semuaaaa.Wah,arini atie rajin sikit sbb dapat buat n3 baru lagik.hihi.
Balik dr umah kenduri kawen tadi terajin nak buat puding roti marble ni...kebetulan semua bahan2 ada kat dapo.
Nie lah hasilnya tp xder la secantik kengkawan buat.
Gambar dah potong..xdak!... sbb udah malas nk snap...korang layan gambar yg lam loyang ni lah ya.Bukan main suka 'hero2' kat umah ni mkn.
Dok ulangalik bukak esbok.Suker ya???Sok2 atie buat lagik ya...sbbnya serbuk agar-agar habih lak.Tadi g kedai...xder la pulak!
Terima kasih kpd penyumbang resepi yg sedap ni..Hana.Dah ramai kengkawan yg dah cuba..mcm2 kaler jugak...warna warni.cantik...
Jom makan...ambik sepotong sorang ya..
Bahan-bahan ( satu loyang )-(sumber:hana)

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!


Cendawan Goreng

Salam & slmt taghri semua.Arini ada jemputan ke majlis kenduri perkahwinan kat Taman ni...dtg mkn jer,xyah gejobos.Tu yg bestnya...
Untuk anak llaki atie yg tak nk ikot...dok umah jer,atie dah siap2 masak untuknya.Antara yg atie msk ialah cendawan goreng ni.Kali ni,atie mencuba resepi milik SkyBlue..terima kasih ya.
Cubalah..ada kelainannya...
Bahan- bahan.(sumber:SkyBlue)

Cendawan ~
1 biji telur
1 tsp pati ayam tumix
1/2 tbp lada putih
1/2 tsp lada hitam
1 tbp gula
1 tsp tepung jagung
Garam secukup rasa.
Sediakan tepung jagung secukupnya juga untuk gorengan.

Cara- cara.

- Perapkan cendawan dengan semua bahan- bahan perapan. Biarkan sekejap.
- Panaskan minyak. Ambil cendawan yang dah diperap tadi dan ratakan denagan tepung jagung. Gorengkan sampai keperangan. Angkat dan sedia untuk  dimakan.



Alamak!Dah Tukar La.

Salam semua & selamat bercuti juga.Arini mmg trkejut bila bukak blog...dah lain jadinya.Mmg la ada tulis kat dashboard suh TUKAR tp cam malas jer sbb payah nk buat n3.
Last2..automatik dia tukar ya!Menganggau gak nk buat n3 ni....Testing tekan sana...tekan sini.Aduiiiiii...
Takpe la belajar pelan-pelan dak?.rasanya dulu atie pernah terrrrtukar camni.Sibbaek anak pompuan atie tukar ke format yg lama.
Akhirnya bulan april ni,kena gak guna format baru ya.Mesti ramai yg cam atie...cuma memahami format blog yg baru.Sama 2 kita belajar ya & mencubanya.
Tengokkkk....atie dah BERJAYA buat n3 dgn format yg baru!korang pasti blh gak...selamat mencuba...jgn putus asa.hikhik
Pendapat korang..mudah guna yg baru atau  lama tu?

Friday, April 20, 2012

Kari Sotong


Salam & selamat tghari semua.Dah bberapa hari atie xtempek masakan kat umah atiekan?Bukan xmasak tp dok trperok jer dlm kamera tu...malas nk transfer ke komputer.
Lgpon...kat umah atie ada kawan...xder la sunyi sgt.Siapa?Anak llaki atie larrrr...dah hampir semggu bercuti kat umah.Antara sbb juga atie jarang ONLINE juga.hihi.
Juadah tghari tuk kami bertiga arini..antaranya kari sotong!.
Asyik masak sambal jer..cam jemu lak.Kita tukar wat kari...sedap kami mkn tgahri tadi.Alhamdulilah.
Jom layan resepi milik yana ni..ada gak yg atie tambah2 sikit....
Jemput makan semua..bismillah.

Bahan-bahan:(sumber:yanaMYR)

6-8 ekor sotong besar
*1 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar
*2 hiris halia
2 tangkai daun kari
1sudu makan rempah kurma
Sedikit air asam jawa
Secubit garam
1/2 kiub pati ayam
1 biji cili Merah-belah 2
1 sudu makan cili blend
1 batang kulit kayu manis
(bahan yg bertanda * dimayang)
2 sudu bsr kerisik-atie tambah


Cara-Cara:
1.Panaskn minyak & tumiskn bawang besar.Bila dah naik bau,masukkan kulit kayu manis,bawang putih,bawang merah,halia,cili blend dan daun kari.Tumis hingga naik bau
2.Kemudian masukkan sotong,serbuk kari serta serbuk kurma.Tambah sedikit air jika perlu.Kacau dan tutup tudung periuk selama 1 minit
3.Kecilkn api dan masukkan santan,lada besar dan kuib pati ayam.Kacau hingga mendidih.
4.Masukkan gula & asam jawa secukup rasa.Bagi yg suka tomato blh la ditambah kedlm masakan ini.Boleh lah diangkat & dihidangkan

AnakBuah Baru-Majlis Aqiqah

Dah basi br nk citer ya...kisah ari mggu lps.Paman MyLaling mengadakn majlis Aqiqah cucu2nya....anakbuah atie yg baru(belah suami)
Dari hari sabtu atie sekluarga kat sana...byk keje sbb potong lembu sekor.Majlis yg sgt meriah tp ditgharinya..hujan lebat!
Tetamu ramai gak yg dtg...ada majlis marhaban & berzanji juga.Penat ooooo....atie xbalik umah pon..lepak2 kat umah MIL.
Yg paling best..biras2 atie semuanya balik...tu yg cam malas nk balik umah...ramai kwn nyembang.hihi
Time balik,bkn main byk lauk pauk yg dibekalkn...mmg 2 hari xmsk!.
Korang layan lar gambar2 anakbuah baru atie ni...nama pon xtau(teruknya makcik depa nih!..hihi)




Klu takut...jgn tengokkkkk

Terima Kasih NUFFNANG.

Alhamdulilah,masih sudi BE Encik Nuffnang singgah kat blog atie..mcm biasa la blog CGL atie jer.Entah nape dia xmo singgah kat blog ni...
Apapon..rezeki kan?Sebenarnya ada something nk beli menggunakn duit Nuffnang ni.Biarlh rahsia..hihi
Harap2 trcapai lar...lama lg tuh!.Blogger2 yg otai..sebulan depa leh dapat ribu raban...atie ni jauhhhhhhhh lg kot nk jadi camtu.
Takpe la...sikit2,lama-lama jadi bukit dak?Tp nk tggu jadi bukit tu la...yg brjanggut.hikhik

Inilah iklan yg ligat menari kat blog contest atie...

Thursday, April 19, 2012

Jom Makan Mangga!

Salam & slmt mlm semua.Kecut perut korang tgk mangga separuh msk kat ni ya?hihi.Poberet atie nih....
Klu yg muda,bila mkn....kruppp krupp bunyinya.
Masam?biasa la...jgn lak korang 'gosip' atie mgidam lak.Xder maknanya...
Atie mmg suka mkn mangga muda...cicah ngan sambal kicap cam gambar kat bwh tu
Sebenarnya jiran atie(melayu)...ada tanam pokok mangga,lebat buahnya tp dia xbape suka mkn sbb masam katanya.
Dgn muka xmalu...atie pon menggoferkn diri nk petik sebijik -dua(walhal 1 plastik penuh atie petik!hihi)
Pada jiran atie,terima kasih kak umi!siap pesan lagi...sok2 nk mangga lg ,datang larrr.wah!kecik tapak tgn...besen besar atie tadahkn.hihi
Ada berani nak cicah ngan sambal kicap atie tuh?pedassss wooooo...


Yeay!Perak Cuti!

Salam semua..slmt pagi!Wah!mentang2 la arini perak cuti sempena hari keputeraan Sultan Perak....pg2 nak buat n3 ya?
Ala,atie ni cuti ke?tak cuti ke?....sama jer.Tugas2 spt biasa harus dijlnkn...MyLaling pon pg2 dah kuar...keje.
Cuma,InsyaAllah nk g jenguk Adik(anak pompuan atie) kat asrama arini...perak ct kan??Ada brg yg dikirimnya semlm.
Pd yg bercuti..khasnya warga Perak...slmt bercuti.Semoga hari ini hari yg sgt bermakna bagi anda semua brsama kluarga trsayang.

Wednesday, April 18, 2012

HAPPY BIRTHDAY AQMAR

HAPPY BIRTHDAY AQMAR...anakbuah atie yg kat ipoh nunnnn.Sebenarnya semlm besdaynya tppppp ibunya ni dah trlupa lak.hihi.
Sempena genap setahun usianya...ibu doakn Mar jgn nakal2 ya & comelll selalu!.
Mmg geram tgk dia ni..rasa nk geget2 pp & lengannya.hihi


Ni la bdk busyuk2 ibuuuu...

Tuesday, April 17, 2012

Salam Di Pagi Selasa!

Salam semua...3 hari xupdate.Apa kabar semua...semoga semuanya sihat2 ya.Terima kasih kpd yg meninggalkn msj,InsyaAllah,atie akan brkunjung balas.
Kunjungan korang semua...
amat atie hargai walaupon blog ni senyap jerrr.
Sebenarnya hari jumaat g KL & pd ptg sabtunya pulang ke Perak semula.Pd ptg sabtu &Ahad aritu atie mmg bzzzz...sbbnya
paman MyLaling mengadakn majlis Aqiqah tuk cucu2nya...potong lembu.Jadinya 2 hari kami berdua brkg kat sana lar.
Majlis sgt meriah!...masakan pon semuanya sedap2 belaka hasil rewang penduduk kg.Paling seronok,biras2 atie semua blk kg...dpt la jumpa & sembg2.
Jarang dpt jumpa depa ni...
kdg2 raya pon xjumpa sbb atie dh blk kg atie pd raya yg ke dua...depa pulak br blk kg Mil.
Apapon.atie mengharapkn hari mggu kalian semua..ponnnn ceria & membahgiakn cam atie gak ya.

Friday, April 13, 2012

Ayam Panggang/Ayam Bakar Berempah

Salam & slmt tghari semua.Tadaaaaaaaaaa...ni lah 'hasil' kat TOY BARU atie aritu.Maklum la baru belajar membako kat sini..ada la rentung kat sana sinun ayam tu :D
Alhamdulilah,dgn menggunakn resepi ayam bakar berempah/ayam panggang milik blog lukisanmilikku.wordpress ni...makin
menambah2 kami berdua mkn nasi tghari tadi.Mmg resepinya best!
Lps siap membako ayam tadi...terus jer basuh TOY tu..mudah jer.Xyah nk lap2..cuci2 beria2 cam kat oben.Dah tak pyg risau oben berbau lps bako ikan/ayam.
Ajaib kan?hihi


Bahan-bahan

  • Ayam dipotong dan dibersihkan serta ditoskan lalu dilumur dgn sedikit garam dan kunyit

  • Bahan2 perapan
  1. 4 bwg merah
  2. 4 bwg putih
  3. sedikit halia
  4. 5 tangkai cili kering (dibuang biji dan dilembutkn dgn air panas @ cili boh @ cili merah)-atie isi lbh
  5. 1 camca besar lada hitam
  6. 1 camca besar rempah ratus campuran (halba campur)
  7. 2 camca besar sos tiram
  8. 2 camca besar madu (optional)
  9. 2 camca besar gula
  10. 1 camca besar garam
  11. 4 camca besar kicap pekat manis
  12. 4 camca besar sos cili (nk pekat, tambah lagi lps blend)
  13. sedikit air supaya boleh blend sume ni

Cara-cara

  • masukkan semua bahan perapan di dalam mesin pengisar (blender) dan kisar sehingga puas hati…hehe.. sampai 80% halus… jgn halus smpai jd air plak…
  • kemudian, masukkan bahan perapan yg diblend td dlm ayam yg telah digaram kunyitkan.. perapkan ayam dan bahan tersebut selama yg mampu.. lagi lama lagi sedap.. (kalo lama sgt letak dlm peti ais yer…)
  • pastikan semua celah2 ayam kena bahan perap dia.. supaya ayam tu akan sedap sehingga menjilat jari.. :p
  • dah perap, susun dlm pemanggang ajaib bersama kuahnyer.. dan panggang sehingga 15 minit dgn api perlahan..
  • buka pemanggang dan ambil kuah yg dah mendidih tu… supaya ayam cepat kering.. kuah tu bulih buat kuah ayam panggang nanti…tutup semula dan tggu selama 5 minit.
  • bila ayam dah kering, alihkan ayam.. dan tutup api jika dah nampak sedikit hitam (hangit la tu.. kiki )
  • sedia dihidang…


P/S;InsyaAllah slps Asar ptg nanti atie & My Laling akan ke KL & nginap kat sana semlm..ada hal.Kpd semua atie nk ucapkn slmt berhari mggu & bercuti.

FIQIH WANITA...

Salam semua....pg ni atie nk kongsikn sebuah buku YG ATIE MILIKI... yg sgt brfeadah tuk SEMUA WANITA....karya Muhammad Athiyah Khumais.
SEMUA TTG WANITA & PERSOALAN ttg identiti kita sebagai wanita serta segala2nya TTG WANITA semuanya trdapat dlm SATU BUKU SAHAJA!
Tak rugi kita memilikinya...
penuh dgn ilmu dengan harapan agar pintu ma'arifat kaum wanita akan trbuka luas bagi melaksanakn IBADAH yg sah ke hadrat ALLAH SWT.Insyaallah.

Jom kita selak2 dulu...apa tajuk2 yg ada...


Bab bersuci & zakat

Ilmu ttg Umrah & Haji bagi wanita

Ttg solat juga

Thursday, April 12, 2012

Kuih Kaswi

Salam..& selamat ptg semua.Br ada masa nk buat n3 tuk arini...sbbnya pg tadi mmg sibuk!.G pejabat pos,byr bil2 yg dah diterima.
Pastu beli keperluan dapo dll.
Sebenarnya atie jarang kuar g pekan...biasa klu MyLaling g bandar br ikot.Punya la malas nk kuar...brtangguh2 dr hari selasa aritu..hihi.
Sbbnya klu g bandar...
naik kete tp klu atie nak g pekan...naik moto jer.Tu yg malassssss nk kuar.Jgn xcaya..lesen moto pon xder..tawakkal jer.
Jumpa polis ni..klu kita pakai helmet,dah okey la(polis kat kg larrrr..)Dia tak kan tahan kita...selamatttttt.
Hebat tak atie pandai naik moto?hikhik.Org lain dah pandai naik kete...atie yg naik motor ni nk eksyen lak ya?
Tp rasanya mudah naik moto dr kete....sbb atie takot nk driveeeee(jwpn selamat sbb apa xnak bwk kete..hihi)
Okey la layan kuih kaswi..minum ptg kami arini.
Dh lama tingin nk buat....nk mkn.Biasa tgk kat umah kengkawan jer.Jemput makan ya...

Resepi dr Kak Wan(citarasawan)

Bahan A:-

1 1/2 cwn gula merah
1/2 cwn gula
1 cwn air
2 helai daun pandan-disimpul

Satukan semua bahan , masak atas api sederhana hingga larut, menghasilkan 2 cwn air gula. sejukkan.

bahan B:-
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
3 cwn air
2 sdb air kapur

Campurkan semua bahan, kacau rata. campurkan dengan bahan A, kacau rata n tapis. tuang kedalam loyang yg di gris dgn minyak. tutup loyang dgn foil n kukus selama 1/2 jam. biar sejuk sebelum di potong. hidangkan bersama kelapa parut yg dicampur dgn sedikit garam.