Friday, June 20, 2014

Masak Lemak Putih Sayur Bayam

Assalamualaikum..
Br nak update blog yer..camna klu mood takde..bz kat FB jer.
Okey la,semoga ini permulaan atie rajin yer
Mcm2 nak citer nih
Tp tggu....satu2 atie update yer.
Juadah tghari kami hari ni..masak lemak putih sayur bayam
Punya la mls..walaupon resepi mudah
G copy kat umah kwn blog ninnie...terima kasih ya.Atie copy resepinya.
Klu ada ikan masin..mmg sdp nih!
Jemput mkn semua...
  
BAHAN-BAHAN:(sumber:resepi nennie)

2 ikat sayur bayam
1 peket suhun/fucuk-atie tak isi
santan kelapa - secukupnya
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur bayam dan ambil semua daun sayur bayam dan jika ada daun bayam yang saiz besar boleh dipotong 2 dan ambil juga batang sayur bayam yang muda , bersihkan ikan bilis dan ketepikan dulu . Rendam fucuk/suhun sampai kembang dan tos kan .
Bawang merah dan putih ditumbuk lumat atau boleh diracik nipis . Masukkan santan , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la di masukkan semua sayur bayam dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai sayur sebati dengan kuah dan boleh la dimasukkan semua suhun/fucuk . bila sayur dah masak boleh la ditutup api dapur .

2 comments:

umi alya said...

K.atie, sedapnya bayam masak lemak tu, kalu dpt ikan masin, nasi hangat, ulam + sambal belacan makan tak toleh kiri kanan...

Bbwana adienia said...

sedapnya masak lemak..

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™