Friday, July 25, 2014

KHASIAT BUAH TEMBIKAI

Salam.
Dlm puasa ni..antara buah yg paling laku..buah tembikai.
Cam kat rumah atie
Setiap hari berbuka....wajib ada buah tembikai
Nyaman rasa tekak 
Bila mkn buah tembikai...slps menikmati buah tamar
Jom lihat 
Apa khasiat yg trdpt dlm buah tembikai ni


1. MENCEGAH KANSER
Tembikai merupakan sumber beta karotena dan mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh. 



2. SUMBER VITAMIN C
Buah ini juga kaya dengan vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan. Pengambilan sepotong buah tembikai sudah cukup untuk memenuhi keperluan vitamin badan anda selama setengah hari.

3. MELINDUNGI MATA
Selain vitamin C, buah tembikai juga mengandungi Vitamin A. Vitamin A sangat baik untuk melawan infeksi serta mencegah penurunan daya penglihatan anda.

4. MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Tembikai kaya dengan kalium. Pengambil setengah biji buah tembikai membolehkan badan manusia memperolehi kira-kira 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

5. MENGANDUNGI ASID FOLIK
Selain kalium, tembikai juga mengandungi asid folik iaitu sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung.

6. RENDAH KALORI
Tembikai mengandungi kalori yang rendah. Ia terdiri daripada 92% air , menjadikan anda mudah kenyang. Oleh yang demikian, amalan memakan tembikai amat sesuai bagi anda yang sedang berdiet.

7. MENGURANGKAN NODA HITAM PADA WAJAH
Kulit buah tembikai mampu mengurangkan noda-noda hitam pada wajah. Caranya ialah dengan mencampurkan kulit tembikai yang telah dikeringkan dan dijadikan serbuk, timun serta daun lidah buaya dan dijadikan sebagai masker.

1 comment:

QasehnyaRania said...

betul tu kak atie
saya pon setiap hari makan tembikai sepanjang ramadan hari tu.
tesco, aeon big, mydin mall jual murah je..
selain makan saja boleh dibuat jus kan jimat di situ. hihi

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™