Wednesday, October 1, 2014

Singgang Pedas Ikan Patin

Salam semua
Dah lama 'dapur' atie tak berasap...ms kat KL mmg hari2 beli jer
Mana ada dapur nak msk2 kan?
Lgpon,blk keje dah letih...mata mau tidow jerrrrrr
Arini xtvt memsk pon brmula
Simple jer....msk singgang ikan patin
Mmg ikan patin poberet atie....cuma nak membeli ikan patin  ni kena hati2
Biasa atie beli dgn peniaga melayu kat market
Mmg tau dr mana asal ikan patin ni diternak
Buat bakar pon sodap gak!!
Tp arini...msk yg ada kuah2 sikit....
Jemput semua
SINGGANG PEDAS IKAN PATIN(Resepi: KAK NOR SECUBIT GARAM)

1 ekor ikan patin
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1bj cili merah
3 bj cili api merah ~ ni kalau nak lebih pedas
1/2 in kunyit hidup
3 hiris lengkuas
3 keping asam keping
secubit belacan ~ jika suka
garam
sedikit gula ~ jika suka
daun kesum
air

Blend/kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api, kunyit hidup dan belacan.
Masukkan ke dalam periuk (kalau guna periuk tanah lagi sedap) dan masukkan air secukupnya.
Masukkan juga asam keping dan lengkuas.
Masaklah hingga kuah mendidih dan masukkan ikan patin serta garam.
Tunggu sehingga kuah mendidih baru la dimasukkan daun kesum.
Masakkan sekejap lagi baru la dipadamkan api.
Hidangkan panas2 dgn nasi putih dan sambal belacan.
Jgn lupa ulam2an.. lagi syok!

* kalau nak letak bendi atau tomato buah kat dalam singgang ni pun boleh.. terpulang pd citarasa masing2.
** nak guna ikan merah, tenggiri, kerisi, ikan aji2 pun boleh gak.

T/kasih KakNor brkongsi resepi yg sedap nih!Halalkn ya..

2 comments:

Bbwana adienia said...

suka sangat makan menu singgang ni..hirup kuah..fuh, layan habis la kak atie..

Kesuma Angsana said...

wah boleh dicuba ni, x penah buat patin singgang lagi !

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™