Saturday, August 27, 2011
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI ATIE SEKELUARGA.
Thursday, August 25, 2011
Penghantaran Tempahan Yang Terakhir.
Daging Masak Merah
- 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
- 1 bijik bawang besar dimayang
- 1 bijik cili capsicum hijau
- 1 cm halia
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
- garam secukup rase...
- klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup... tak der kat dapur so tak letak...
Cara-cara
- Tumiskan bawang besau.. bawang putih n halia sehingga kekuningan
- Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak ngat...
- Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi saya tak letak sbb tak elok lah....
- Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
- Masukkan cili capsicum hijau tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang..
Wednesday, August 24, 2011
Buah Melaka
Bahan-bahan ( 2 org mkn )
- Tepung Pulut
- Gula melaka dipotong kecik2
- kelapa parut yg putih di gaul garam
- air pandan atau pewarna hijau
- garam
- air
Cara-cara
- gaul tepung ngan air pandan tambah garam skit.. jgn terlebih air.. biar smpi boleh bentukkan jer.. klu xde air pandan leh pakai pewarna hijau ngan air biasa.. gaulkan sekali..
- bentukkan bulat muat2 mulut.. kendian isikan gula melaka yg dipotong kecik ditengahnyer.. kendian bulatkan blk..
- direbus sehingga timbul.. kendian angkat terus gaulkan dlm kelapa parut tadi.. sedia utk dimakan..
Monday, August 22, 2011
Kari Ikan Tenggiri.
2 biji terung ( di potong memanjang )-atie xisi
1 labu bawang besar ( ditumbuk/dikisar )
3 ulas bawang merah ( ditumbuk/dikisar)
5 ulas bawang putih ( ditumbuk/dikisar )
1 inci halia ( dikisar )
3 sudu makan serbuk rempah kari ( gaul dengan sedikit air )
1 sudu makan serbuk cili ( optional )
1/2 cawan bawang goreng ( optional )
2 cawan santan pekat atau susu cair
2 keping asam gelugur
air secukupnya
garam secukupnya
daun kari secukupnya
minyak untuk menumis secukupnya
Cara Penyediaan
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan daun kari serta serbuk kari yang dicampur dengan air tadi. Kacau hingga seketika.
3. Masukkan sedikit air, santan atau susu cair, asam gelugur dan ikan. Masak hingga mendidih. Jika dah mendidih kena kacau selalu agar santan tak pecah atau berketul-ketul.
4. Bila Ikan dah masak boleh masukan terung dan bawang goreng yang telah ditumbuk.
5. Sesuaikan rasanya kemudian kacau seketika, bolehlah diangkat.
Saturday, August 20, 2011
Dapat Kad Raya!
Wednesday, August 17, 2011
SALAM NUZUL AL QURAN
BANNER & WATERMARK ATIE!
Saturday, August 13, 2011
Apa Kabar Semua?
Wednesday, August 10, 2011
Pajeri Terung
3 biji terung panjang, potong dan belah 2, jangan putus
¼ biji kelapa, dibuat kerisik
¼ biji kelapa parut buat santan 1 cawan
3 sudu besar rempah kari daging
Asam jawa sebesar ibu jari, ambil airnya
1 sudu besar udang kering
Sedikit kayu manis, bunga lwang, cengkih dan buah pelaga (bahan tumis)
2 sudu besar gula
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] dikisar
2 cm halia ]
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis beserta bahan kisar. Masukkan rempah kari daging. Kacau hingga wangi.
2. Masukkan udang kering, santan, asam jawa, santan dan terung. Masak hingga terung empuk.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api dan siap untuk dihidangkan
Monday, August 8, 2011
Menu Berbuka Semalam.
- Salam semua & slmt menjalani ibadah puasa hari yg ke 8!.Alhamdllh,sedar X sedar kita dh pon berpuasa selama 8 hari..semoga ibadah yg dilakukn selama 8 hari itu akan mendpt ganjaran pahala brlipat ganda dr ALLAH.Amin.Pagi nie,atie n3kn juadah brbuka kami semlm...hati ayam masak kicap,ikan cencaru bakar,air asam & kuih muih.Seperti biasa,kuih tapau jer kt pasar Ramadhan..hihi
Sunday, August 7, 2011
Di Review Oleh Iman.TQ
- Salam semua.Slmt berhari mggu...Xder apa nk atie citerkn,Cuma nk ucapkn terima kasih tuk Iman..(http://mrcuddlen.blogspot.com) yg meng'review' blog contest atie.Sebenarnya atie ada menang contest kat blog Iman nie(tpt ke dua)...antaranya atie dpt cekelat & review blog.Terima kasih Iman.
Saturday, August 6, 2011
Roti Sardin Goreng
Roti Sardin Roll Goreng(sumber:K.Su72.blogspot)
Roti (kalo nk best lg roti gardenia)
Sardin (masak sardin ni tambah ape yg patut spt bawang, lada, air asam jawa, garam dll- ikut citarasa anda la..hehe)
Air masak
Telur
bread crumb/tepung goreng ayam segera pun boleh.
Cara membuat
1) ambil roti, renjiskan sedikit air dipermukaan roti
2) gilingkan gelas atau lenyek jer ngan tangan atas roti tadi supaya nipis (supaya minyak tak masuk dlm ruang2 roti tersebut ketika goreng nanti) kalau nak cantik buang kerak tepi roti tu.
3) masukkan sardin yg telah siap dimasak td diatas roti..gulung seperti anda menggulung popia
4) letakkan sedikit telur pd hujung roti supaya melekat dan tak terbuka.
5) celup dlm telur dan golek atas bread crumb atau bancuh tepung goreng ayam segera celup jer roti tu...
6) Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan..angkat.
Friday, August 5, 2011
Tumis Kacang Panjang +Tempe.
Salam Di hari Jumaat yg mulia dlm bulan Ramadhan yg penuh keberkatan ini.Pg tadi g Pejabat Pos,dh selesai semua urusan....g pulak menghantar barang kat Adik di asrama.baikhati lak pak guard tue,dia izinkn atie masuk htr brg ke warden asrama pompuan(selalu htr setakat pak guard jer).Tp xder la jumpa Adik sbb dia ngah belajar...bg kat warden suh kasi Adik.trpaksa gak htr arini sbb 'urgent'.Semoga slmt sampai kat Adik semua brg2 tue...
Menu kat bawah nie adalh juadah kami brbuka semlm....ada gak ikan & sambal sotong tp malas lak nk snap.ayam percik & kuih2 tue bkn atie buat tau!...TUKU jer,ayam percik seketui tu dlm 3 henggit & kuih 5 ketul sehenggit jer(kecik).jadi lakan..sampai sahur masih berbaki kuih tu..hihi
6 tangkai kacang panjang-potong/hiris menyerong
1 Biji bawang besar
1 ulas bawang putih
4 biji CiliApi
1 biji Cili Merah
1sdb Sos Tiram
Sedikit Air
8 Ekor Udang Basah
3 Bungkus Tempe-ikut suka nk tambah
Cara-Cara:
1.Potong kacang panjang ikut suker samada nk menyerong/patah2kan sahaja.Panaskn kuali & gorengkan tempe yg telah dipotong hingga garing.Angkat & toskan.Ketepikan.Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau.masukkan sos tiram & kacau.masukkan pula ciliapi,udang & kacang panjang.tambah sdkt garam & gula serta sdkt air.Agak2 kacang panjang empuk,baru masukkan tempe.Boleh lah diangkat & dihidangkan.
Baju Raya Kami.
Salam semua...ngantuknya pagi nie!.tapi malas nk tido sbb sikit lg nk g Pejabat post...nk byr mcm2 bill.Biasa semua bill,atie yg uruskn...ya la MyLalingkan bz,xmo la peningkn kepala dia ngan urusan2 yg atie blh lakukn sendiri.arini nk menayang baju raya kami....last minute beli kat Nilai3.Alhamdllh,tailor atie tue mau terima lg tempahan.dah biasa menempah ngan dia.Dulu atie reti buat baju kurung nie...lps bekerja 8 tahun,ilang semua ilmu tuh.hihi.Ala.sapa lg nk tolong tailor melayukan?..baju Adik(anak pompuan)...atie beli 5 pasang & ibunya lak 3 pasang jer(sebenarnya atie pon jarang tempah baju).beli byk tuk Adik sbb sekali ngan baju g prep(baju lama dh byk pendek...cpt betul tggi ankdara atie nih!).Corak & kaler dia pilih sendiri(dh siap pesan ngan atie,dia nk pilih sendiri cuma bj tuk raya atie pilihkn...tahun nie temanya,Hijau!.korang lak raya nie bertema kaler apa erkh???
Thursday, August 4, 2011
Paste Sambal
1 inci belacan*
10 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 camca besar udang kering, rendam dan toskan*
1/3 cawan ikan bilis, rendam dan toskan*(*dikisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
1 batang serai(ketuk)-atie tambah
Wednesday, August 3, 2011
Fadhilat Solat Terawih
Daging Masak Merah
Bahan-bahan ( sumber:Dyna MYR )
- 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
- 1 bijik bawang besar dimayang
- 1 bijik cili capsicum hijau
- 1 cm halia
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
- garam secukup rase...
- klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup... tak der kat dapur so tak letak...
Cara-cara
- Tumiskan bawang besau.. bawang putih n halia sehingga kekuningan
- Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak ngat...
- Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi saya tak letak sbb tak elok lah....
- Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
- Masukkan cili capsicum hijau tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang..