Thursday, May 28, 2015

Singgang Ikan Patin

Dlm semggu ni My IMAM tak bape sht..batuk jer
Syian negoknyaaa
Jd menu kt rmh xder la yg pedas2..semua berkuah jer
Antaranya ikan patin msk singgang ni
Ikut resepi isi ciliapi
Tp atie xisi pon...sbb msk utk My IMAM
Ikan patin ni poberet atie gak..tambah2 klu buat bakr
Fuh!!meratah jer kejenya!
Resepi atie copy dr rmh kak nor secubit garam
T/Kasih Kak
Halalkn resepinya atie kongsikn kat sini
Jemput semuaaa...


SINGGANG PEDAS IKAN PATIN(Resepi: KAK NOR SECUBIT GARAM)

1 ekor ikan patin
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1bj cili merah
3 bj cili api merah ~ ni kalau nak lebih pedas(atie xisi)
1/2 in kunyit hidup
3 hiris lengkuas
3 keping asam keping
secubit belacan ~ jika suka
garam
sedikit gula ~ jika suka
daun kesum
air

Blend/kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api, kunyit hidup dan belacan.
Masukkan ke dalam periuk (kalau guna periuk tanah lagi sedap) dan masukkan air secukupnya.
Masukkan juga asam keping dan lengkuas.
Masaklah hingga kuah mendidih dan masukkan ikan patin serta garam.
Tunggu sehingga kuah mendidih baru la dimasukkan daun kesum.
Masakkan sekejap lagi baru la dipadamkan api.
Hidangkan panas2 dgn nasi putih dan sambal belacan.
Jgn lupa ulam2an.. lagi syok!

* kalau nak letak bendi atau tomato buah kat dalam singgang ni pun boleh.. terpulang pd citarasa masing2.
** nak guna ikan merah, tenggiri, kerisi, ikan aji2 pun boleh gak.

T/kasih KakNor brkongsi resepi yg sedap nih!Halalkn ya..


5 comments:

Nieyl said...

yumyum...suka²....

Falsya said...

sedapppppp..

Azura Aziz said...

sedapnya.. lama tak mkn ikan patin...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

lama tak makan lauk singgang Kak Atie.. selera betul sy tengok.. semoga imam Kak Tie cepat sihat ya

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kak atie,
slurp3
dah lama iols tak masak singgang
dedolu peberet gak ni
tak tau pasai pa dah lama tak masak he3

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™