Tuesday, March 8, 2016

GULAI MASAK LEMAK CILI PADI UDANG + KCG BUNCIS

N3 STICK POST:

Masak lemak ciliapi  udang + kcg buncis juadah tenghari kami
Ni klu msk pekat2 sikit...
Maunya nambah2 nasik...tak sedar dah 2 pinggan.hehehe
Kat rmh atie ni
Dlm semggu tu....atie msk la yg bersantan sikit..xder la hari2
Klu hari biasa..kuahnya yg bening2 jer
Usia dah makin ningkat ni
Yg lemak2 ni...kena la dikurangkan....kang jd penyakit lain plk
(^_^)
Apa juadah korang arini?Mesti yg best2 yer
Utk dihidangkn kpd suami & anak2 yg blk dari sekolah.
Alhamdulilah,rezeki hari ni.

Bahan-Bahan:

Udang secukupnya (bersih dan tos)
Kacang Buncis secukupnya
10 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup (2-3 tsp kunyit serbuk)
Santan (kalau nak pekat guna pati santan, ikut citarasa)
1-2 keping asam keping (2 tsp air limau nipis)
garam

Cara-cara:
1. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan sedikit garam sehingga lumat.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan dan masak dalam 5 minit. Kacau selalu supaya tidak bertahi minyak.
3. Masukkan udang asam keping dan garam secukupnya.
4. Kacau sesekali sehingga mendidih.
5. Masukkan kacang buncis dan biarkan sehingga betul-betul mendidih.
6. Hidangkan.

2 comments:

muis ismail said...

salam kak atie..dah 5 tahun berkahwin ni, sy tak pernah buat lauk gulai.hehe. tapi lauk ni rasa teringin la pulak nak menggulai. mintak share resepi ye. :D

Nabila Syifa said...

telan air liur...kecurrr

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™