Salam Di hari Jumaat yg mulia..cuaca kat luar mendung sgt,mungkin hujan cam semlm gak.Sat lg kami nk g Teluk Intan...ada hal sikit sambil beli jajan anak2 yg akan pulang semula ke asrama ahad nanti.nanti Mylaling xder masa lak.nak tggu atie bwk anak2 g...mmg x la sbb takot nk drive..hihi.lps msk tghari tadi sempat buat talam sagu nie..yg ngah top di umah kengkawan.Tp jgn pelik lak sbb atie msk lam bekas kecik2 camni...mudah nk mkn!Jom layan...
Bahan-Bahan:(sumber:yatiememories)
Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :
2 cawan santan cair
1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
1/2 - 1 cawan gula pasir - saya letak 3/4 cawan
garam secukup rasa
pewarna merah secukupnya- saya guna pewarna hijau
Cara membuatnya :
Sapu acuan dengan minyak dahulu. Mas guna acuan lompang.
Gaulkan semua bahan hingga sebati. Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.
Letak adunan lapisan atas.
Nota saya= Saya masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata. Selepas itu saya masukkan dlm acuan kecik. Saya kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.
Bahan untuk lapisan atas :
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung- saya tambah
1 sudu teh garam
Cara membuatnya :
Gaul semua bahan supaya rata.
Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.
Salam semua & slmt ptg!..Cuaca kat luar mmg mendung sgt...mesti nk ujan lebat tuh!.Arini atie masak gulai rebung + udang basah balance rebung yg Apak kasi aritu.Psst***pandai lak MyLaling makan tu(mulanya dia tanya umbut kelapa ke?Atie jwp umbut buluh..hihi).Anak2 cuma cedok kuah jer..depa bkn reti nk mkn rebung2 nih!.Jom layan resepi...masih guna resepi MG gak.makasih mat...nak jalan2 umah kwn2 alam maya jap.Sapa nk ikotttttt..????
Bahan- Bahannya
800 g udang galah(atie udang kecik jer)
1 ketul rebung segar
3 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 biji kelapa, diparut
Garam dan sedikit gula
Bahan Kisar :-)
8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
4 biji cili merah
1/2 inci belacan
Cara membuatnya :-)
Udang dibersihkan, buang kotoran di bahagian kepalanya, cuci dengan garam dan limau, toskan. Rebung dikupas, dan sagat nipis, cuci dan celur 10 minit, tos. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no. 1. Tuang lagi 3 cawan air, ramas dan perah untuk santan no.2 dan ketepikan.
Dalam belanga (atau periuk), satukan udang, rebung, serai titik, asam gelugor dan bahan2 kisar, gaul rata dan masak hingga udang kecut sedikit. Tambah santan no. 2 dan biar hingga mendidih dan masak hingga rebung lembut.
Tambah santan no.1 dan masak atas api sederhana hingga mendidih. Tambah garam dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau. rasa dan jika ok, boleh matikan api dan hidangkan...
P/S:ATIE MASIH MEMERLUKN UNDIAN KORANG KAT SINI LG YER...KLU SUDI JEMPUTLH VOTE ATIE....TQQQQQ