Friday, June 10, 2011

Talam Sagu

Salam Di hari Jumaat yg mulia..cuaca kat luar mendung sgt,mungkin hujan cam semlm gak.Sat lg kami nk g Teluk Intan...ada hal sikit sambil beli jajan anak2 yg akan pulang semula ke asrama ahad nanti.nanti Mylaling xder masa lak.nak tggu atie bwk anak2 g...mmg x la sbb takot nk drive..hihi.lps msk tghari tadi sempat buat talam sagu nie..yg ngah top di umah kengkawan.Tp jgn pelik lak sbb atie msk lam bekas kecik2 camni...mudah nk mkn!Jom layan...

Bahan-Bahan:(sumber:yatiememories)

Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
  • 1/2 - 1 cawan gula pasir - saya letak 3/4 cawan
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah secukupnya- saya guna pewarna hijau
Cara membuatnya :
  1. Sapu acuan dengan minyak dahulu. Mas guna acuan lompang.
  2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
  4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.
  5. Letak adunan lapisan atas.
Nota saya= Saya masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata. Selepas itu saya masukkan dlm acuan kecik. Saya kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.

Bahan untuk lapisan atas :
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung- saya tambah
  • 1 sudu teh garam
Cara membuatnya :
  1. Gaul semua bahan supaya rata.
  2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
  3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
  4. Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.

7 comments:

Aini Azman said...

ok aini nak suruh ibu aini buat ni,.hehhee
klu aini yg buat mmg x jadi la,.=p

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Nurul..cuba lah,k.atie pon dah lama tingin nk makan talam sagu nih!hihi

ijayuji said...

Salam kak atie! suke talam sagu! eeeee....ni yg rasa2 nak g mengukus jugak niii hihihi...

adyna AB said...

owh..resepi baru nie..harus mencobanya ;)

Sofya said...

1st time tgk talam sagu.. nampak menarik jugak..

Ummiross said...

Sedapnya Atie talam sagu tu...

EmbunRosaliza said...

assalam atie..sedapnya talam sagu tu, rasa lemak berkrimmm la

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™