Saturday, June 30, 2012

Sakan Bercontest!

Salam semua.
Setelah lama menyepi dalam CGL..ptg tadi mmg bersakan atie join CGL dlm blog kengkawan.Jgn xcaya...13 GA yg atie join sepjg ptg tadi!
Kiranya dah balas 'dendam' lar arini....
dok umah sensorang,kerja lak semua dah beres.Layan ajelah..
Dah dok sorang2 ptg tadi...
xdernya atie nk kedapo buat minum ptg.Klu ada MyLaling...rajen gak lar buat2 kuih ptg2 tu.
Arini 'cuti' buat minum ptg...
atie bancuh nestum yg lam paket kecik,curah air panas..siap!
Pada yg 'gila-gila' CGL...leh la singgah ke blog contest atie
http://azatiesayang-contest.blogspot.com....ada byk CGL yg baru atie n3kan.Mana tau korang lom join lagikan.
Jemput singgah ya....


Udang Goreng Tepung

Salam semua.
Selamat bercuti kpd akan bercuti arini.....semoga dpt meluangkn masa yg berkualiti bersama kluarga trsayang.
Arini xder g pasar...badan xbape nk sihat,masak apa yg ada lam esbok jer.Lgpon arini atie mkn sorang2 jer...
MyLaling xder kat umah.G ke johor dgn pakciknya...ada hal.
Antara masakan atie ...udang goreng tepung.Yg biasa atie guna tepung kentucky jer....tp arini menggunakn tepung gandum & bhn2 lain.
Mmg sedap buat ratah2 gitu...sambil goreng,sambil makan.hihi.Disamping tu atie buat sambal telur & masak bening petola.
Jemput makan semua...temankn atie :D
Bahan-bahan:(sumber:kaksma.blogspot)

20 - 30 ekor udang
80 gram tepung gandum
100 ml air
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)

Cara Membuatnya :

Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus.
Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering.
Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.
Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
Angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya.

TIPS
Pastikan udang betul2 kering bagi mengelakkan dari minyak meletup yer....AWAS!
Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan jangan terlalu pekat....

Friday, June 29, 2012

Buat Renungan Buat Kita.



Indahnya ISLAM...bersyukur dilahirkan & dibesarkan dalam ISLAM serta dididik ngan didikan  ISLAM.
Alhamdulilah.

Thursday, June 28, 2012

APAM AISKRIM SODA

Salam semua.
Percubaan kedua membuat apam soda..pernah buat sekali dulu tp....Xjadi lak!.
Kali ni cuba lg..Alhamdulilah,menjadi kot tp x mekar cam umah kengkawan buat.
Mungkin sbb atie guna api perlahan  jer....
Kali ini  menggunakn acuan kuih lompang jer.Rasanya blh la...siap htr ke umah MIL sikit......kata MIL & kakak ipar sedap!
Tp bab mewarna tu lom 'pas' lagi...sbb xbape nk cantik!.Atie guna kaler hijau,merah & kuning(tu jer kaler yg ada tadi:D).Lain kali nk cuba lg..jeles ngan kengkawan yg buat elok jerrr.
Nk jemput makan pon cam segannnnn....:D
 Bahan-bahan:(Sumber:My-resepi ZaiFa)

3 cawan tepung gandum
2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan air asikrim soda
1 sudu teh ovalette
perasa strawberry atau ikut citarasa
pewarna pilihan

Cara membuatnya:

1.Pukul telur dan gula hingga kembang.
2.Campurkan tepung. Pukul sebati.
3.Masukkan air aiskrim soda, esen vanila, ovalette. Pukul sebati.
4.Bahagikan adunan dan letakkan pewarna pilihan.
5.Sendukkan secara berselang seli ke dalam loyang hingga habis.
6.Kukuskan selama lebih kurang 20 minit.
7.Balut tutup pengukus dengan kain bagi mengelakkan air menitis ke dalam loyang.

Terima kasih Rakan Blogger.

Assalamualaikum semua.
Hadiah ni sebenarnya dah atie terima mggu lepas tp trrrrrlupa nk buat n3.GA ni dah lama tamatnya sampai atie dh lupa gak ttgnya.
Tp terima kasih kpd penganjur GA iaitu http://adamshoppe.blogspot.com yg ttp mengotakn janjinya walaupon rasanya GA itu bermula pd penghujung tahun 2010.
Agar2 kering ni mmg sedap...ingat dulu Arwah mak klu time nk raya mesti buat ni.Kiranya mengimbau kenangan lama la klu mkn agar2 kering ni.
Pada yg berminat nk mengorder/mencuba agar2 kering....blh la singgah ke blog

macam-macam 'jajan'lain ada dijual di blog tu juga!

Biasa la perkhidmatan pos Malaysia....bekasnya pecah & pembalutnya di koyakkan!

IKAN MASAK KICAP LADA HITAM

Salam semua.
Selamat menikmati juadah tghari ya.Masing2 dah siap memasak....pastinya juadah yg memikat selera seisi kluarga.
Arini atie masak ikan masak kicap jer....disamping sayur kobis goreng & ikan masin goreng serta sambal tumis udang.
Alhamdulilah,rezeki kami hari ini.Terima kasih kpd kak umi atas resepinya ini...mmg pedas jg sbb menggunakn lada hitam,cili besar & atie lak menambah ciliapi sikit.
Biasa la umah atie mmg kuat mkn pedaskan....lg menyelerakn bila pedas2 nih.Ikan tu mmg atie beli 2 ketui jer tp besar...cukup la rasanya.
Selamat menjamu selera ya!
 IKAN MASAK KICAP LADA HITAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
2 keping ikan tenggiri
*5 ulas bawang merah - ditumbuk/hiris
*3 ulas bawang putih - ditumbuk/hiris
*2 cm halia - ditumbuk/hiris halus
*1 batang kulit kayu manis
*2 kuntum bunga lawang
*3 kuntum bunga cengkih (bahan * untuk ditumis)
2 sudu teh lada hitam biji yg telah dikisar
1/2 biji lada benggala hijau & merah - dihiris memanjang-atie cili biasa je
1/4 cawan air asam jawa
5 sudu besar kicap pekat ABC
3 sudu besar kicap cair-atie guna kicap manis
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit tomato ceri
3 - 4 tangkai cili padi merah

Cara-Cara:-
Ikan dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
Dlm kuali yang sama, tggkan 4 sd bsr myk dan tumis bahan-bahan tumis. Kacau hgga naik bau.
Msukkn lada htm, kicap pkt, kicap cair dan air asam jawa. Masukkan air sedikit. Biar mendidih.
Msukn ikan, garam & gula secukup rasa dan biarkan mereneh sebentar dalam kicap tersebut, balik2an  juga.
Bila kuah telah mendidih, masukkan lada benggala dan masak sebentar. Tutup api.
Trs tabur cili padi dan tomato ceri. Kacau balik dlm ikan (untuk mengelakkan tomato ceri layu, msukknn setelah api ditutup).
Hidangkan.

Terima Kasih Pengunjung Blog Ini.

Salam
Nampak tu???mesti korang pon  tak herankn?:D
Bagi blog yg tak popular cam atie ni..kedtgan pengunjung seramai 12 org serentak mmg sungguh mengembirakn.
Mungkin bg org lain...apa la sgt cuma 12 org pengunjung serentak....tp nombor yg trtera tu dah buatkn atie bersemangat tuk brblogging semula.Blm pernah yg dtg serentak ke blog atie seramai itu,biasa 3-4 org jer.
Jika korang perasan,dr semlm n3 dah mula keluar satu persatu.InsyaAllah,lps ni blog ni tak kan sunyi lagik.Doakn ianya berterusan ya.
Aminnnnn
Terima kasih pengunjung blog ini

Hati Goreng Kunyit Pedas

Assalamualaikum.

Selamat ptg semua...dah lama xbeli hati lembu buat msk2,
arini ada lak kat pasar tadi.Beli lar tp xder la byk..lps tuk mkn tghari & mlm mlm kami cukup lar.
Menu dr hati merupakn kesukaan MyLaling...xkisah la klu msk kicap/goreng kunyit/sambal.
Semua dia minat...pastinya akan menambah2 nasi dia mkn.
Hati yg dibeli pg tadi...atie cuma masak goreng kunyit pedas sbb byk menggunakn ciliapi.
Klu yg xkuat mkn pedas tu....blh kurangkn cilinya.
Terima kasih kpd DJ atas resepi yg sedap ni...pedas2 ni mmg poberet family atie.
Rasanya klu mkn tanpa 'sesuatu' yg pedas mmg xselera nk mkn.
Jemput makan semua...Bismillah
Bahan-bahan : (Sumber:DayangJack)

300 g hati lembu (dibersihkan, dipotong ikut suka dan direbus 1/2 masak. Toskan)
2 ulas bwg putih(ditumbuk lumat)
10-15 biji cili padi (ditumbuk lumat) - separuh atie belah 2 jer.
air asam jawa secukupnya
serbuk kunyit secukupnya
1 labu bawang besar (dimayang dan digoreng sedikit)
garam secukup rasa
hirisan kacang panjang jika suka-atie guna kcg buncis

Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang dan cili padi sehingga garing.
Masukkan hati dan sedikit air. Gaulkan rata2.
Kemudian masukkan serbuk kunyit, kacang panjang, garam dan air asam jawa. Kacau lagi. (tak perlu dimasak terlalu lama)
Setelah masak, gaul2kan dgn bawang yg sudah digoreng.
Hidangkan panas2.

HADIAH DARI RAKAN BLOGGER

Assalamualaikum semua.
Alhamdulilah,hadiah yg atie menangi ketika menjoinkn diri dlm GA yg dianjurkn oleh http://ynecollectionkainpasang.blogspot.com/
telah pun atie terima.Pantasnya mereka mengepos hadiahkn.
Kpd pihak ynecollectionkain pasang terima kasih & semoga biz semakin maju.Aminnn
Cantik coraknya....
& atie hadiahkn pula kpd  anak pompuan atie,corak kaler pink2 camni mmg sesuai tuk gadis remajakn!
Terima kasih jg utk hadiah misteri yg disertakn bersama..pastinya milik anak pompuan atie jgk!.Cantik gelang mutiara ni...blh digayakn dihari raya nanti..pastinya.
bagi sesiapa yg masih mencari2 baju raya,
blhlah singgah ke blog biz online ni.Pastinya tidak mengecewakn...sbb atie arsa kainnya sgt lembut & sejuk.Mmg sedap dipakai...
Skrg http://ynecollectionkainpasang.blogspot.com/ sdg mengadakn mid year & hari raya Sale....apalagi jom singgah!


Tuesday, June 26, 2012

PANGGILAN UTK PEMENANG TEKA TEKI.

Salam semua .Semoga korang semua sentiasa diberkati.Aminnn
Sebenarnya atie masih trnanti2kn detail para pemenang TEKE TEKI yg atie anjurkn mggu lepas.
Bila atie check email ramai yg dh htr(trrrmasuk SPAM lak) cuma tinggai 3 org blm htr detail mereka.
Atie harap segerakn htr detail sbb atie ingat nk post cepat & serentak....nk g pejbt post ulangalik..jauhhhhh.Jadinya atie minta kerjasama kpd yg menang ya.
Rasanya atie dah tinggaikn msj kat blog para pemenang...



Amie-detail dah diterima
2.Noorzie
7.Ummu Muhammmad-detail dah diterima
9.kakzakie-detail dah diterima
15.EkinAshikin
22.Ati Masrif-detail dah diterima
24.Zie Fauzi
28.Ummi Iman-detail dah diterima
31.UmmiAlya-detail dah diterima


Sila htr detail ke alamat Email ini dgn tajuk:pemenang teka teki

azatie_sayang7071@yahoo.com.my

Ikan Kembung Masak Cuka

Assalamualaikum semua.
Baru sempat nk n3kn masakan tghari atie arini...mcm biasa simple jer antaranya ikan masak cuka.Tp atie bkn guna ikan kembung..entah ikan apa MyLaling beli kat pasar tadi
Biasa masak bersantan jer..arini masak tanpa lemak2 gitu.Selalu masak lemak pun..jemu gak kan?
Nama pon lauk simple...xder lak timun tuk menyeri masak cuka ni...isi apa yg ada lam esbok jer.
Janji ada rasa masam2 cuka...sedap mkn ngan nasi panas!
Resepi atie copy dr MesraNet....puas mengoogle,resepi ni lar yg sgt mudah.hihi.Terima kasih kpd peyumbang resepi.Halalkn ya.
Ikan Kembung Masak Cuka 
(sumber:Akma Abdul MominMesraNet)

Bahan-Bahan:
3 ekor ikan kembung-atie ganti ngan ikan lain
2 biji cili hijau - dipotong memanjang
1 biji bawang besar - dipotong bulat
Sedikit cuka (¼ cawan)
Gula
Garam
Minyak untuk mengoreng
Sedikit halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
Satu sudu kecil halba
1 batang mentimun-atie xder timun
4 cawan air

Cara:
Ikan kembung dibasuh bersih dan digoreng hingga garing. Ketepi kan.
Masuk kan sedikit minyak dan goreng bawang putih, bawang merah, halia dan halba sehingga naik bau. Setelah itu masukan 4 cawan air, bawang besar, cili hijau, mentimum (dipotong keci-kecil, buang empulurnya.Kemudian tuang sedikit cuka, gula dan garam dan ikan yang telah digoreng tadi. Didihkan sehingga masak. Sedia untuk dihidangkan.


Sunday, June 24, 2012

Melawat Anak Di Asrama.

Salam semua.Selamat berhari mggu & semoga sentiasa diberkati oleh Allah.Amin.
Alhamdulilah,
semlm dapat gak kami melawat Abang(anak llaki) di asramanya....seawal pg dah menuju ke KL.Cuaca pon okey semlm...cuma masa blknya hujan disesetgh tpt.
Happy sgt jumpa anak bujang atie tu...rindu!
seperti biasa klu melawat Abg....g soping2...makan2 pastu jalan2 jap.Kali ini kami soping kat GIANT jer...ibunya pon tumpang soping brg dapo sekali.hikhik
Penat bersoping...lapar la pulak,kami mencuba menu di Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah,biasa dgr kengkawan citer kat blog mereka...trliur gak.hihi
Kebetulan kat Meru ada cawangannya...
atie xder la snap gambar juadah kami...segannnnn ngan pekerjanya.Tp mmg sedap semua juadah  yg kami order...atie pon xbape ingat namanya.
Sambil tu sembang2..tanya pelajaran & pengulangannya...klu2 ada masalah kat sekolah.Kami menghtr Abg semula ke asrama slps solat Asar...sebak lak rasa hati.
Atie doakn semoga dipermudahkn oleh Allah & diterangkn pintu hatinya dlm menimba ilmu.Dilindungi keselamatannya oleh Allah serta diberikn kesihatan yg baik .
Aminnnnnn





Friday, June 22, 2012

Jumlah Anak Yang Mampu atie Miliki...

Salam.selamat  ptg semua.Semoga sentiasa dirahmati oleh Allah.Amin
Pg tadi  bukak la FB atie yg sunyi sepi skrg ni...jumpa la 1 link ni kat FB kengkawan.Mmg gelak klu korang mencubanya..
Ala,saje nak main2...bkn betul2 pon sambil merehatkn minda :D.
Bila atie mengklik tajuk cadangan jumlah anak yg anda mampu miliki ialah
Hambik... 10 orang!.
Jgn xcaya tau.... atie bygkn klu atie ada anak 10 org alangkh seronoknya...xder la sesunyi skrg.rasanya masa tu mmg xsempat la nk layan tenet ni bagai.Sibuk ngan anak2 yg berderet2 tu...pasti  umah atie yg paling meriah kat taman ni.
Pastu jenuh gak nk memberi nama setiap sorang...klu MyLaling pastinya mencari  nama bermula dgn huruf Y bg anak llakinya....
& atie xmo gak kalah nk gak cari nama anak pompuan yg bermula huruf K.
Citer pasai nama anak ni...ingat dulu mmg dah siap2 tulis kat dairy nama 'bakal' anak2 kami....
TP nk wat camna kan,rezeki kami hanya sepsg.
Tu pon atie bersyukur sgt..Alhamdulilah.Agak gak zuriat kami....yg akan mendoakn kami bila dah 'tiada' lg didunia ini.InsyaAllah.

                       Kalau korang nak cuba..blh klik link ni

Juadah Hari Ini-Nasi Lemak

Salam semua & semoga sentiasa diberkati oleh ALLAH.Aminnnn
Alhamdulilah,rezeki kami hari ini..nasi lemak merangkap juadah tghari juga:D.Seawal 5 pg dah kelentang..kelentong kat dapo...perah santan pon guna tgn jer.
Mmg dr mlm dah plan nk msk nasi lemak hari ini.Asseorinya simple jer...timun,telur,kcg tanah,ayam goreng,sambal tumis & ada keropok jugeeeee!
Yg paling best,...sambal tumisnya.Semlm masa singgah umah AnnaQawina...trnampak lak kelainan pd sambal tumisnya..sbb isi santan!.
Teruja nk cuba..maka hari ini trhasillh sambal tumis ikan bilis bersantan..MyLaling pon siap puji sambal tumis kali ini lg sedap!Alhamdulilah.
Jemput makan semua..

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERSANTAN
Sumber :AnnaQawina& Noorsha

 Bahan²
*25 tangkai cili kering - Ana guna cili giling siap(atie tambah kasi lg pedas :D)
*1 labu bawang besar
*5 ulas bawang putih
*1 inci belacan
2 labu bawang besar - hiris halus
Segenggam ikan bilis
1/5 cawan santan kotak-atie guna santan fresh
Asam jawa - sebesar ibu jari + sedikit air
1 sb gula - Ana tukar kepada 1/4 keping gula melaka@nise_atie gula putih jer.
1 st garam


Cara²
1. Blend bahan² bertanda (*)...panaskan minyak dan tumis bawang besar yang diracik halus hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan² yang diblend halus tadi dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan larutan air asam jawa, garam dan gula serta ikan bilis. kacau rata. biarkan merenih seketika.
4. kemudian masukkan santan pekat, kacau hingga sebati. kecilkan api dan biar sambal masak hingga pecah minyak.kacaukan sesekali.
5. sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan bersama nasi lemak tadi.. :) Selamat Mencuba :)




PEMENANG TEKA TEKI IALAH..

Alhamdulilah,selesailah sudah TEKA TEKI yg atie anjurkn...sonok gak yer  buat teka teki spontan ni,InsyaAllah ada lg teka teki akan menyusul buat semua follower atie kat sini.
Setelah seharian semlm membaca jwpn & menerjah para peneka....maka peneka yg paling pantas & betul tekaannya ialah..

hebat la Amie ni...clap! clap!

Sebagai menghargai,atie membuat keputusan utk membuat cabutan bertuah pula utk follower2 yg  dtg meneka/mengkomen di3 tersebut.
Mereka ialah..

1.Saya Di sini
2.Noorzie
3.Intanberlian
4.Amiey Lee
5.Nuyui
6.EmbunRosaliza
7.Ummu Muhammad
8.Masya
9.kak zakie
10.Rai
11.Fieda
12.Ieda
13.Qasey Honey
14.NorzieHany
15.EkinAshikin
16.SariYusa
17.Rose Khadijah
18.Yumida
19.Zie
20.Nafiraa
21.Wanieys
22.Ati Masrif
23.Qhaifa Nur
24.Zie Fauzi
25.Cik Anita
26.Zila Norazila
27.Tihara
28.Ummi Iman
29.AjuMohit
30.Pink Lavender
31.Kak Tini(umialya)
Gigih menulis & mengulung....pastu suh MyLaling buat cabutan.

Nombor yg bertuah ialah...
2.Noorzie
7.Ummu Muhammmad
9.kakzakie
15.EkinAshikin
22.Ati Masrif
24.Zie Fauzi
28.Ummi Iman
31.UmmiAlya

kpd kesemua pemenang htrkn detail diri anda ke email atie.

azatie_sayang7071@yahoo.com.my
dgn tajuk:pemenang teka teki.

Kpd semua terima kasih...InsyaAllah akan ada lg teka teki lain menyusul.

Inilah Matlamatku,InsyaAllah

Salam di pagi Jumaat semua....

Semoga kita menjadi muslimah,mukminah,mujahidah serta sentiasa beristiqamah selalu ke jalan ALLAH.
Aminnnn

Thursday, June 21, 2012

Juadah Petang Kami.

Salam...slmt mlm semua.
Ada yg dah mengantuk ker?.kat umah atie biasa tido lewat gak...macam2 keje dibuat walhal umah bknnya besau sgt ponnnn.
Br nak buat n3 juadah minum ptg kami...simple jer,roti sosej.Buat 7 ketui jer...sedap cicah ngan cilisos.Tu pon masih berbaki 2 ketui...klu ada anak2 mmg kena buat byk la sbb depa suka.
Nk jemput mkn pon tinggai 2 ketui jer..kang berebut2 lak...cuci mata aje la yer.
hikhik
Roti Sosej(sumber:periuktanah.blogspot)

Bahan-bahan:

10 batang sosej
10 keping roti sandwich- gilis dengan 'rolling pin' hingga nipis
1 1/2 cawan serbuk roti
1 biji telur dipukul sedikit
1 sudu besar tepung gandum dicampur 1 sudu teh air- bancuh rata untuk dijadikan gam

minyak untuk menggoreng
sos cili, mayonaise ikut citarasa

Cara membuatnya:

1. Sediakan serbuk roti dahulu: 2 cawan kulit/kubit roti. Kalau takde, guna 2 keping roti sandwich- letakkan dalam piring, biar terbuka dan simpan dalam peti ais semalaman. Kulit roti akan keras di pagi esoknya. Kisar halus. Letakkan dalam pinggan leper.

2. Sediakan bahan lain. Letakkan sosej di bahagian dalam roti. Gulung kemas dan sapukan bancuhan tepung gandum ditepi gulungan. Cantumkan.

2. Celupkan ke dalam telur dan golekkan di dalam serbuk roti hingga rata keseluruhannya. Goreng dalam minyak sederhana panas dan golekkan roti agar masak rata. Angkat dan toskan apabila roti keperangan. ulang proses untuk kesemua roti dan sosej.

Hidangkan bersama sos cili atau sos tomato.


Teka Teki DITUTUP!

Salam semua...
Dah pun tamat masa tuk meneka gambar yg atie berikan...bermacam jawapan telah atie terima.
Terima kasih kpd yg sudi 'bermain' teka teki kat blog atie ni.Sehingga pukul 6 ptg ,seramai 29 org telah meneka.Alhamdulilah.
Nak tau jawapan & siapa pemenangnya?Tungguuuuuuu
InsyaAllah,esok akan atie umumkn pemenangnya....mungkin ada cabutan bertuah juga sbb atie happy  & menghargai semua kwn2 yg cuba meneka.
TERIMA KASIH


Buah Apa Ni?(Teka- Teki)

Mggu lepas balik kg...nampak la pokok & buah camgini kat tepi umah.Agak2 korang buah/pokok apa ni?.Klu kat perak,ada namanya sendiri..negeri lain mungkin panggil dgn nama lain kot.
Sapa teka betul...
ada  hadiah tu peneka trsebut.Jommmm Teka...!!

Saje suka-suka...limit masa meneka sampai kul 6 ptg nanti.
Siapa yg dulu meneka & betul....itulah pemenangnya.
KLu xder...kita buat cabutan bertuah tuk sorang pemenang jerrrrr.

Boleg gitu!

Wednesday, June 20, 2012

LUAHAN HATI

Tuk semua kawan2 alam maya atie..semoga persahabatan kita tetap utuh hingga ke akhir hayat.
Aminnnnn


Tahniah Adik(Pengawas Sekolah)

Salam semua.
Sebagai kenangan tuk Adik(anak pompuan atie)...maka atie buat catatan di blog picisan ini.
Tahniah
 tuk Adik kerana dilantik sepenuhnya sebagai pengawas sekolah  SABDA bagi sessi 2012.
Pada tahun ini...Adik dilantik setelah memegang status TEMPORARY selama 4 bln seblm mendpt watikah pelantikkan.
Alhamdulilah,mggu lepas Adik dgn rasminya menjadi pengawas sekolah SABDA  sehingga 2014.InsyaAllah.
Sebenarnya atie ngan MyLaling xbape setuju Adik jd pengawas sekolah...pernah sekali suh Adik bgtau cikgu supaya ditarik balik pemilihan Adik sebagai pengawas.
Bkn apa risau klu pelajarannya trganggu dek kesibukkan tugas sebagai pengawas..trutama di sekolah asrama ni.
Siap bg syarat kat Adik...klu prentasi pelajaran menurun...suruh letak jawatan :D.
Semoga pelajaran Adik semakin meningkat dgn pelantikkannya sebagai pengawas sekolah akan menaikkn semangatnya tuk belajar dgn lbh tekun.InsyaAllah.
Ibu & Ayah akan sentiasa mendoakn yg trbaek tuk Adik...semoga Adik berjaya di dunia & Akhirat.
Aminnnnn

Nie la uniform pengawas Adik.....tak panas ke nak?

Masak Lemak Pucuk Paku

Salam & selamat tghari semua.
Masing2 dah siap memasak..mungkin.Alhamdulilah,atie pun dah selesai menyiapkn juadah tghari kami...spt biasa simple jer.
Pucuk paku ni sebenarnya antara sayur kesukaan atie & MyLaling...tu sbb mmg kerap sayur pucuk paku trpapar kat blog ni.
Klu buat kerabu...cam kureng sikit MyLaling nk mknnya.
Resepi?
Tak yah la...mudah jer membuatnya..pejam mata jer dah siap!hikhik.Terima kasih atas ucapan besday & doa korang  tuk yeop atie dlm n3 di bawah.Semoga Allah shj yg membalasnya.
InsyaAllah.

Jemput makan semua...bismillah


SELAMAT ULANGTAHUN YEOP

Salam..selamat pagi kpd pengunjung2 blog ini.Semoga kehidupan kalian diberkati oleh Allah hari ini.Aminnnnn
Ucapan istimewa kpd abang atie....
SELAMAT ULANGTAHUN YEOP  yg ke....(biarlah rahsia kan yeop..hihi)
Satu2nya Abang yg atie ada dlm kluarga.Doa atie semoga yeop sentiasa dipjgkn usia,murah rezeki,berjaya dlm kerjaya & bahgia bersama kluarga.
Aminnnnn

Nota kaki:Ingat dulu masa sekolah...klu buat ulangkaji  subjek matematik ngan yeop,lengan mmg lebam2 kena cubit klu buat salah :D.

Tuesday, June 19, 2012

Terima Kasih Ummi Muhammad

Salam semua...selamat malam.
Sebenarnya barang2 yg atie tempah ni dah sampai awal...pembungkusan yg sgt kemas & sampai tanpa cacat celanya.Alhamdulilah.
Barang yg atie order ialah kain pelikat budak...puas gak atie mencari kain pelikat kecik2 ni....rupa2nya UM ada jual kat blog biznya 
Kain pelikat kanak2 ni atie beli utk anakbuah atie...
yg br belajar sembahyang.Semoga dgn pemberian atie ni...mereka bersungguh2  belajar sembahyang & terus taat dlm mengerjaknnya
Aminnnnnn
UM ni mmg baikhati...seronok bersembang dgnnya walaupon hanya dlm HP,rasanya cam dah lama kenal ngan UM ni.
Pada UM,klu ada silap salah k.atie....mesej pun htr merapu2..k.atie minta maaf ya.Semoga ukhwah kita akan terus brpjgan hingga ke akhir hayat.
Aminnnn
Trdapat juga hadiah sepsg handsock tuk atie...terima kasih UM,bertambah la koleksi handsock yg k.atie selalu pakai.Best pakai...selesa.
Pada yg sdg trcari2 kain pelikat tuk anak2....kat blog UM pelbagai corak blh dipilih.Disamping itu trdpt gak telekung Masturah & tasbih elektronik utk korang tempah jika berminat.
Jom singgah ke blog biz UM..



Novel "Buat Yang Tersayang"

Selesai sudah novel yg 2-3 ari ni atie dok mengadapnya...selagi tak tamat mmg xsah la.hikhik.Tu yg blog pun dah xpandang....kena penangan novel.
Jgn xtau...atie pon 'hantu' novel gak....disamping buku2 ilmiah yg lain.Best citer ni...endingnya mesti la yg menyeronokkan.Novel karya  novelis Maya rasyidah.
Atie jarang beli novel penulis lain...kecuali Norhayati Berahim tp klu sinopsisnya best...beli gak.Tp novel yg  ni,adik atie punya...kak yangnya pinjam :D
Ada sapa2 nk pinjam lak ke?hihi
sipnopsis:

Sekiranya mahu melanjutkn pelajaran dalam bidang kedoktoran,syira 'wajib' berkahwin dgn calon suami yg dipilih oleh ayahnya.
Dia trpaksa akur dgn syarat itu demi cita -citanya yg satu
Belumpon di ijabkabulkan,dia bagaikn sudah 'ditalak' Airy yg tidak mahu bertemu dgnnya sehingga sah menjadi suami isteri,terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih hati yg mengisi jiwanya.dalam pada diri redha,hati syira terluka.Dia turutkn jua permintaan Airy untuk 'berlakun' sebagai pasangan yg bahgia.

Bagaimanakah kisah Syira & Airy...adakah akhirnya cinta akan wujud diantara mereka & bahgia...sila cari buku ini dikedai buku berhampiran rumah anda..hihi

Jelly Kelapa Muda.

Salam semua...slmt ptg.Semoga kawan2 semua sentiasa di rahmati Allah.Aminnn
Juadah ptg kami..dalam cuaca yg panas terik ni pastinya yg sejuk & nyaman bila lalu kat anak tekak menjd pilihan kami.hihi.
Arini merajenkn diri membuat jelly kelapa muda
...balance air kelapa muda masih byk lagi lam esbok.Asyik minum air kelapa...jemu lak.
Jadinya trhasillah jelly ni...
bahan2 pon  mmg ada...nk buat pun sgtlah mudah.Sebenarnya  buah kelapa muda tu,MyLaling yg bwk semlm..ambik kat kebun yg sdg dibersihkan.
Alhamdulilah,rezeki kami.
Jemput mkn semua...kat esbok atie masih byk lg tu.
Jelly Kelapa
Sumber resepi: RosJintanmanis & Kak Nor @ Secubit Garam


1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan

1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
3.Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
4.Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.


Terima kasih Ros & K.Nor brkongsi resepi.

BACA DAN RENUNGKAN(Sempena Hari Bapa)

Sempena Hari Bapa & Hari Ibu yg br lalu,atie kongsikn 'sesuatu' tuk kita renung2kn.Kenang pengorbanan kedua ibubapa kita...hargailh tika mereka masih berada disisi kita.



Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Fikir-fikirkanlah

by: bonsai photostudio



Bagaimana pula dengan kita?????


Nota atie:Terima kasih Apak & Arwah Mak atas pengorbanan,jasa & bakti mereka kpd atie & adik berdik semua.Tk trbalas jasa serta pengorbanan mereka.Hanya doa yg mampu atie titipkn semoga Mak ditempatkn dlm golongan org2 yg beriman.
Al-Fatihah
Untuk Apak...selg Apak masih di sisi....selg itu kasih syg & perhatian atie ttp utk Apak.Doa atie semoga Apak sihat selalu & dipjgkn usia.
Aminnnnnnnnnnnnn


Monday, June 18, 2012

Alhamdulilah,Rezeki Di Hari Isnin.

Salam di ptg isnin yg sgt cerah.
Alhamdulilah,masih ada rezeki atie dlm duni CGL ni walaupon rasanya mood nk berblogging....hanyut ke tengah laut!.
Kali ini menang di blog 
Boleh la buat baju raya utk tahun nikan?Alhamdulilah.Kpd penganjur...terima kasih & semoga sentiasa dimurahkn rezeki.
Aminnnnnn
Jika korang masih mencari2 baju raya...blh singgah ke blog ini & byk pilihan yg cantik2 serta corak yg sngguh menarik...warna yg memikat.
Jom terjah....



Sambal Tumis Sotong.

Salam di pg isnin semua.Arini,atie masak awal sbb ada hal ptg nanti....kena prepare macam2(hal MyLaling sebenarnya..hihi).Tadi penjual ikan dtg cuma bawak sotong & beberapa jenis ikan...jadinya sambal sotong ni antara menu atie arini.Simple jerrrr.
Sbb malas nak menaip,atie minta izin DJ copy resepi ni kat blog atie.Nk buat camna...penyakit M nk update blog ni makin menjadi2 skrg..
Doakn atie makin rajen update yaa....

Sambal Sotong
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :

10 ekor sotong sederhana (dibersihkan)
1 labu bawang besar (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
1 cm halia (dikisar)
3-4 sudu besar cili kisar/cili giling
1 inci belacan bakar (dikisar)
1 labu bawang besar (dihiris)
sedikit air asam jawa
gula melaka
garam secukup rasa

Cara-cara :

Gaul-gaulkan sotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng hingga masak/garing. Ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak menggoreng sotong tadi. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga garing. Masukkan garam, gula dan bawang besar. Kacau lagi.
Akhir sekali masukkan sotong dan air asam jawa. Gaul-gaulkan sebati hingga kuahnya pekat

Teriam kasih DJ