Showing posts with label tempe. Show all posts
Showing posts with label tempe. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Resepi Kecipir

Salam semua.
Dah msk utk tenghari?Pasti semua dah siapkn?
Bila dah semakin sihat(aritu batuk)...mula la anak tekak meronta2 nk mkn mskkan yg pedas2...almaklum la kt umah atie mmg semua kuat mkn pedas!
Jadinya
Arini trhasillah kecipir(bahasa jawa)..klu org melayu panggil sambal kering tempe + ikan bilis
Poberet MyIMAM gak nih!
Terima kasih kpd Junjs11 yg brkongsi resepi ini
Malas nak taip satu2...copy bolat2 dr MyResepi...malas tahap gaban punya pasai.
Jemput semua
Bismillahhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Bahan-bahan :(sumber:Junjs11 @Myresepi)

200gm ikan bilis-digoreng garing
3 biji ubi kentang-dihiris nipis dan digoreng
200gm bawang merah-dihiris dan digoreng
100gm bawang putih-dihiris dan digoreng
50gm kacang tanah-digoreng-atie tak isi
1 bungkus tempe-dipotong kecil2 dan digoreng
Bahan kisar:-
50gm bawang merah
30gm bawang putih
100gm cili kering
3 biji buah keras-atie tak isi
garam dan gula secukupnya
minyak

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing dan kering airnya. (ini untuk menjadikan sambal ni tahan lama)
Masukkan bahan2 yg digoreng tadi bersama garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sejukkan sebentar. Jika ingin simpan lama, masukkan kedalam bekas kedap udara.

Friday, July 12, 2013

Sambal Tempe Goreng Kering

Salam semua
Slmt pg dihari Jumaat...Ramadhan yg ke 3 kita..InsyaAllahhhh
Sebenarnya ni juadah berbuka kami semlm...
requst dr My IMAM
Wong jowo kepenak mangan tempe yo..!!hikhik
Wah!atie dah pandai ckp jawa kooo
Tu la korang rajen2 mkn tempe..nanti pandai ckp jawa,lgpon tempe ni sgt berkhasiat.
Tak gitu Ling..?
Jemput mkn semua....
Resepi pastinya dr MGebu yg famous & pandai msk tu....menunya sedap2 belaka...
Terima kasih Mat.


BAHAN-BAHANNNYA (sumber:MGebu)

4 keping tempe (mat guna jenis yang bungkus dengan daun)
1 genggam ikan bilis, cuci dan toskan
1 genggam kacang tanah
1 cawan cili kisar
2 ulas bawang putih
1/4 cawan jus asam jawa @ 3 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
Atie isi daun kari beberapa helai-tambah aroma :)

CARA MEMBUATNYA :-)
Tempe dihiris nipis, gaul dengan sedikit garam dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Begitu juga ikan bilis dan kacang tanah tadi, digoreng garing. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tuang jus asam jawa atau cuka. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa (gula lebih sikit).
Bila pekat, masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tanah tadi, gaul hingga rata. Biar kering sekejap dan boleh matikan api. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Wednesday, October 3, 2012

Tempe Goreng Berempah

Salam.
Maaf dah trpost lak n3 besday anak llaki atie yg septtnya 'kuar' pd 15 oct...sowy korang!!

Okeylah,antara juadah tghari atie arini ialah tempe goreng berempah sbb guna biji ketumbar(^_^)..
Klu atie masak tempe camni..mmg habih licin,tambah2 time ngah mengoreng kat dapo.Semua ulangalik  ke dapur jer.
Tp sbb anak2 xder...MyLaling g keje...atie la dok ngunyah sorang2 sambil mengoreng.Biasa la klu dah kawen ngan 'org jawa' ni..tempe xleh tinggai.:D
Jemput makan semua..malas atie nk posing bagai tempe tu..ambik jer gambonya dr dlm mangkuk.Blh gitu?
Atie kagum ngan kengkawan yg rajin snap gambar masakan dgn prop bagai...mmg hebat korang.
Bila la atie nk rajen camtukan.
......tggu kamera gedabak sampai kot(order pon tidak..he he he)



Bahan-bahan:(Versi atie)

Seikat tempe-dlm 4 biji(potong serong/ikut suka)
3 Ulas bawang Putih*
1 Sudu Ketumbar biji*
Sedikit Serbuk Kunyit*
Sedikit Garam*
Tepung Beras secukupnya-
Sedikit Air


Cara:
Bahan-bahan yg bertanda* ditumbuk hingga lumat.masukkan ke dalam mangkuk yg berisi tepung beras.tepung beras jgn trlalu byk..tgk jumlah tempe kita tadi.bancuh seperti kita nak mengoreng pisang kesemua bahan2 tadi.Dah siap...celupkn tempe kedlm adunan tepung & goreng hingga masak.siap!!.

p/s:tempe yg digoreng begini,sedap di makan ketika masih panas lg....

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™