Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Wednesday, February 14, 2018

Korean Spicy Fried Chicken

Salam semua...
Juadah tghari kami semlm..jgn sapa mintak plk yer...habih dah!Hehe
Adik ni lar...trgoda tgk kat FB
Gigih lar Ibunya g beli bahan2 kat Billion...nasib lar ada bhn2
Buat tak byk pon..5 ketui..takut xkena selera
Membazir plk msk byk2
Semlm Ibu & anak excited lar masak kat dapur guna resepi google
Dah siap msk..tak sabar plk nak meratah
Mmg sedap!!
Cuma bg kami yg mmg kuat mkn pedas ni
Klu lagiiii pedas...lg syok kot!!
Inn shaa Allah nnati nak buat lagikk
Bhn2 pon ada lg...dok meratah ramai2..best nih!!

Friday, May 26, 2017

Rendang Ayam Ramadhan

Salam semua..
Arini dah kita mula berterawih..esok kita mula berpuasa
Spt biasa mewarisi tradisi Arwah MAK
Merendang ayam/daging klu esok nak puasa..rindunyaa dgn MAK
Tahun ni jg kami kehilangan Apak trsyg
Tahun ni Ramadhan kami
Mmg sedih rasanya....biasa Apak lar org yg paling sibuk klu nak puasa
Rinduuu jg dgn APAK

SELAMAT BERPUASA SEMUAAA!!


Friday, May 19, 2017

AYAM BAKAR MADU










Juadah yg 'laku keras' kat rumah skrg..hehe
Jgn tak caya..2 hari My IMAM request menu yg sama
Sedap ler tuuuu!!hehe
Terima kasih kpd yg empunya resepi....ambik kat FB jer
Maaf lar atie xingat siapa nama dia
Halalkn resepinya yer.
Mmg sedap...tambah2 klu guna kepak ayam jer..siap meratah lagik.
Lps ni klu nak pikat selera suami
Masak juadah ni jer..hehe



Friday, March 4, 2016

Hati Lembu Masak Kicap

Salam semua
Masing2 dah selesai mkn tghari....ngah siap2 nk prepare minum ptg lak yer
Anytara juadah kami tghari tadi
Hati lembu msk kicap....jrg beli hati lembu ni
Semlm My IMAM teringin plk nak beli...atie suh beli sikit jer
Sbb atie dgn Adik xbape nk mkn hati lembu ni
Msk utk My IMAM jer la
Resepi atie copy dari rumah blogger DJ yg dah lama menyepi
T/kasih DJ..halalkn atie kongsi resepi ya
Ada yg nak try resepi DJ ni?
Blh jer copy kat sini....blh try masak bg pengemar mskn hati lembu.


Bahan-bahan :
500 gm hati lembu (direbus bersama sedikit garam hingga masak dan dihiris)
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia muda*
1 sudu besar cili kering kisar
1 sk serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sk air asam jawa
1 sk gula
garam jika perlu
3-4 biji cili padi (diketuk) - jika suka
bahan2 hirisan : cili merah dan bawang besar
Cara-cara :
Kisar bahan2 bertanda *. Sediakan kuali. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 kisar, serbuk ketumbar dan cili kering hingga wangi.
Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis, cili padi dan sedikit air. Kacau lagi sehingga sebati.
Masukkan hati, garam(jika perlu) dan gula. Gaulkan. Kemudian, masukkan air asam jawa, cili merah dan bawang besar. Hidangkan.


Friday, May 29, 2015

RENDANG AYAM

Semlm anak llaki atie blk bercuti
Kedah dah bermula bercuti...semlm...Abg trs blk ke Perak
Kami tak ambik pon..Abg blk naik bas jer
Alhamdllh dh slmt sampai mlm td
Semua dah brkumpul
Seronok rasanya...msk yg anak2 suka..rendang ayam!
Kitaorg br3 jer mkn..My IMAM masih pantang
Sbb masih batuk lg...atie mskkn yg bening2 utknya
Sorry lar
Rendang ayam berposing dlm kuali jer yer
Tak sempat nak isi lam pinggan
Jemput semua




Monday, November 24, 2014

Ayam Bakar


Salam
Juadah tghari kami....ayam bakarrrrr....bestttt !!
Anak dah blk ni
Tambah semnagat nak masak2 kat rmh...sbb ada yg suka mkn
Bakar sekor ayam... brt sekg lbh kot
Perap dr pg tadi ko!
Tak besar sgt utk kluarga kecik kami....tp puashati ler
Jenuh ni kot sampai mlm mkn
Tp atie suka ratah2 jer
Menu korang apa tghari ni...mesti lg bestkn?
Alhamdulilah




Tuesday, March 11, 2014

Ayam Masak Merah

Autuopublish post:

Salam
Ayam masak merah mmg poberet anak2 atie
Klu diaorg balik bercuti
Mmg WAJIB masak ni..hari2 pon takpe...lg diaorg suka!
Klu atie dgn My IMAM jer kat umah
Mmg xder la nk msk ayam camni
Muak rasanya sbb bila anak2 ada kat rumah..menu ayammmmm jerrr
Dah kesukaan anak2
Kita ikutkn jer lar..bila anak2 berselera mkn
Kita lg happy dak?
Terima kasih pd Linapg...yg brkongsi resepi
K.atie mintak izin copy paste ya
Halalkn pengkongsian k.atie kat sini lak
Jgn sapa2 mintak....habih lama dahhhhhhhhhhhhhhhhhh
Hehehe...
 
RESEPI AYAM MASAK MERAH
(sumber:LiNa Pg)

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ( potong 12 )
1 labu bawang besar ( blend )
5 ulas bawang merah ( blend )
3 ulas bawang putih ( blend )
1 cm halia ( blend )
1 labu bawang besar ( potong bulat - hiasan )
2 batang serai ( ketuk )
3-4 sudu makan cili boh(atie guna cili blend)
1-2 sudu makan tomato puri (kalau xde ganti ngan sos tomato)
Buah tomato
Air Asam Jawa
Minyak
Garam, Gula @perasa
Air
Cara-Cara:
Perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng 2/3 masak dan ketepikan
Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan garing.
Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak
Masukkan tomato puri. Kacau sebati
Masukkan air asam jawa.Sesuaikan rasa (Tambah air jika nk lebih berkuah)
Masukkan ayam, kacau sebati. Kemudian masukkan bawang besar.Kacau sebentar.
Dah siap



Tuesday, October 2, 2012

Pedal Goreng Kunyit

Salam & slmt ptg.
Cuaca arini masih panas terik...Alhamdulilah,kering gak kain yg dibasuh.Atie dah angkat semua kain2 & dah siap gosok lagik!Trlbh rajen arini (^_^) 
Okeylah juadah tghari kami arini....antaranya pedal goreng kunyit,sup sayur, ikan bakar  & sambal kicap buat cicah ikan bakar...simple jer.
Mkn lak ngan nasi panas...mmg sedap!nambah2 MyLaling mkn arini....walaupon simple,klu menepati citarasanya mmg sonok tgk dia mkn(^_^)
Semua keje dah siap....blh la layan tenet jap.Nk jejalan umah kengkawan yg rajin singgah....tp xsempat2 nk brkunjung balas.Terima kasih korang!


Bahan-bahan:(sumber:sitiazma MYR)

1/2 kilo - Pedal ayam (ikut suka)-basuh bersih2 tau!
1 biji bawang besar- dimayang besar
2-3 biji bawang putih -dimayang
2 inch halia- dimayang panjang-panjang
1 biji cili merah- dimayang serong-atie ganti ngan ciliapi
1/2 sudu kecil kunyit
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Sedikit daun kucai-atie tambah isi masa last msk!
Cara-cara:

Panaskan kuali, masukkan pedal ayam yang dah dibersihkan. Goreng tanpa minyak sampai air kering
masukkan minyak. Setelah minyak panas, masukkan bawang putih, halia, kunyit.
Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili merah, garam dan gula secukup rasa. Goreng lagi sampai bawang besar layu.
*Anda boleh juga masukkan kacang panjang bersama.

Friday, September 7, 2012

Pedal Goreng Berkunyit

Salam.
Selamat ptg semua..br nk menempek juadah tghari kami hari ini.Seperti biasa...simple jer,tp menjadi poberet kami berdua...
Byk kali gak atie dah menayang menu ni...xper la tuan umah suka dak?
Kpd yg wish sempena hari lahir anakbuah atie...terima kasih.Aminnn.
Semoga doa2 kalian utknya dimakbulkn oleh Allah.
Emm...xder idea nk tulis apa lg dah...nk jemput semua mkn.Masing2 dah kekenyang ya.
Takpe la kita pakat ratah2...sedappppp!

Bahan-Bahan:

 1/2 kilo - Pedal ayam (ikut suka)-basuh bersih2 tau!
1 biji bawang besar- dimayang besar
2-3 biji bawang putih -dimayang
2 inch halia- dimayang panjang-panjang
1 biji cili merah- dimayang serong-
atie tambah  ciliapi-kasi pedasss
1/2 sudu kecil kunyit
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Cara-cara:

Panaskan kuali, masukkan pedal ayam yang dah dibersihkan. Goreng tanpa minyak sampai air kering
masukkan minyak. Setelah minyak panas, masukkan bawang putih, halia, kunyit.
Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili merah, garam dan gula secukup rasa. Goreng lagi sampai bawang besar layu.
*Anda boleh juga masukkan kacang panjang bersama.

Thursday, May 17, 2012

hati Ayam Masak Kicap

Salam semua....dah ptg baru nak menempek juadah tghari ya?Aci tak...hihi.Antara  juadah tghari kami hari ini ialah hati ayam masak kicap...merupakn poberet MyLaling.Atie selalu usik dia.....dah wife nama atie,pastu suka lak mkn hati ayam!
Sebenarnya pg tadi kami g Teluk Intan..MyLaling ada hal...alang2 g pagi2 ke sana,singgah kat Pasar Besar Teluk Intan & beli la bahan2 basah cam ikan2,udang,sotong & trmasuk hati ayam ni.Kat sana klu g awai pg...semuanya fresh2.
Tp atie jarang la g sana...mkn pon berdua jer selalu beli kat kedai2 kat sini jer.Cuma klu kebetulan g Teluk Intan pepagi...barulh singgah.Ramai sungguh org...nk jln pon payah!
Jemput semuaaaaa...
 Bahan-bahan (Resepi:RosniMYR )

600 gm hati ayam
6 batang lada merah ( dipotong 2 )
1 biji bawang besar ( dihiris )
4 biji bawang putih ( dihiris )
1/2 inci halia ( dihiris )
4 biji bawang merah ( dihiris )
5 sudu makan kicap manis
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
1 sudu makan lada hitam ( ditumbuk )
sedikit asam dan belacan ( campur sedikit air dan ambil pati )
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara-cara:

Hati ayam direbus setengah masak dan kemudian di goreng
Masukkan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan semua bahan hirisan hingga naik bau
Masukkan pati asam dan belacan, kayu manis, bunga lawang, lada hitam dan kicap
Masukkan hati ayam, kacau dan masukkan sedikit garam dan serbuk perasa
Bila kuah kicap hampir pekat, angkat hati ayam dan blh dihidangkan 

Friday, April 13, 2012

Ayam Panggang/Ayam Bakar Berempah

Salam & slmt tghari semua.Tadaaaaaaaaaa...ni lah 'hasil' kat TOY BARU atie aritu.Maklum la baru belajar membako kat sini..ada la rentung kat sana sinun ayam tu :D
Alhamdulilah,dgn menggunakn resepi ayam bakar berempah/ayam panggang milik blog lukisanmilikku.wordpress ni...makin
menambah2 kami berdua mkn nasi tghari tadi.Mmg resepinya best!
Lps siap membako ayam tadi...terus jer basuh TOY tu..mudah jer.Xyah nk lap2..cuci2 beria2 cam kat oben.Dah tak pyg risau oben berbau lps bako ikan/ayam.
Ajaib kan?hihi


Bahan-bahan

  • Ayam dipotong dan dibersihkan serta ditoskan lalu dilumur dgn sedikit garam dan kunyit

  • Bahan2 perapan
  1. 4 bwg merah
  2. 4 bwg putih
  3. sedikit halia
  4. 5 tangkai cili kering (dibuang biji dan dilembutkn dgn air panas @ cili boh @ cili merah)-atie isi lbh
  5. 1 camca besar lada hitam
  6. 1 camca besar rempah ratus campuran (halba campur)
  7. 2 camca besar sos tiram
  8. 2 camca besar madu (optional)
  9. 2 camca besar gula
  10. 1 camca besar garam
  11. 4 camca besar kicap pekat manis
  12. 4 camca besar sos cili (nk pekat, tambah lagi lps blend)
  13. sedikit air supaya boleh blend sume ni

Cara-cara

  • masukkan semua bahan perapan di dalam mesin pengisar (blender) dan kisar sehingga puas hati…hehe.. sampai 80% halus… jgn halus smpai jd air plak…
  • kemudian, masukkan bahan perapan yg diblend td dlm ayam yg telah digaram kunyitkan.. perapkan ayam dan bahan tersebut selama yg mampu.. lagi lama lagi sedap.. (kalo lama sgt letak dlm peti ais yer…)
  • pastikan semua celah2 ayam kena bahan perap dia.. supaya ayam tu akan sedap sehingga menjilat jari.. :p
  • dah perap, susun dlm pemanggang ajaib bersama kuahnyer.. dan panggang sehingga 15 minit dgn api perlahan..
  • buka pemanggang dan ambil kuah yg dah mendidih tu… supaya ayam cepat kering.. kuah tu bulih buat kuah ayam panggang nanti…tutup semula dan tggu selama 5 minit.
  • bila ayam dah kering, alihkan ayam.. dan tutup api jika dah nampak sedikit hitam (hangit la tu.. kiki )
  • sedia dihidang…


P/S;InsyaAllah slps Asar ptg nanti atie & My Laling akan ke KL & nginap kat sana semlm..ada hal.Kpd semua atie nk ucapkn slmt berhari mggu & bercuti.

Sunday, March 4, 2012

Ayam Kicap Pedas

Salam semua & slmt berhari mggu.Wah,awai lg atie dah menayang antara juadah tuk arini ya?.
Bkn apa,anak pompuan atie(Adik) 'Outting' arini...kul 12 tghari nanti kami ambik dia kat asrama.Bila dah siap masak ni..blh la berulit ngan Adik jer nanti.hihi
Atie gak ada msk lemak ciliapi telur itik ,ikan goreng & sambal kerang.Semangat arini nk memasak..hihi.
Nak jemput korang mkn awai2ni...nasi kat lam rice-cooker lg.Masing2 bawak nasi sendiri dr umah ya..ok tak?
Pada semua..slmt menghabiskn cuti di hari mggu bersama family trsyg...

Bahan-Bahan:(sumber Dari:K.Wanapotretkasih)

1/2 ekor ayam ( dibersihkan, dipotong )

2-3 batang serai ( hiris dan tumbuk )

1 labu bawang besar ( di hiris/ ditumbuk )

3 ulas bawang putih ( ditumbuk )

3/4 inci halia ( ditumbuk )

10 bi ji cili padi ( di masukkan sebiji2 )-atie tumbuk nak kasi lg pedas

1 sudu kecil lada putih ( ditumbuk )

4-6 sudu besar kicap manis

1 sudu besar sos tiram

4 Biji Cili merah-Belah 2-atie tambah

sedikit serbuk kunyit & garam untuk menggoreng ayam

minyak secukupnya

Cara penyediaan:

1. Ayam di goreng hingga masak kemudian angkat dan ketepikan.

2. Tumis bahan hiris/ tumbuk hingga wangi kemudian masukkan kicap, sos tiram dan sedikit air.

3. Bila telah mendidih masukkan ayam dan cili padi. Masak seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba...

P/S:Pada k.wana..terima kasih atas resepi yg sedap ni.

Friday, September 30, 2011

Sambal Kering Paru

Salam dihari Jumaat bersamaan 2 zulkaedah.apa kabar semua?semoga semuanya beroleh kesihatan yg baik ya.Esok pastinya pelbagai rancangan diatur sempena cutikan?semoga gembira bersama kluarga trcinta.
Atie xder nk citer pjg,cuma nk n3kan masakan atie hari ini...semestinya yg berlada & pedas.kang xder pedas,xselera lak nk makan.
Hari ini atie masak sambal paru kering yg menjadi poberet MyLaling lar,klu Adik ada kat umah mmg antara kesukaan dia gak.beli paru kat pasar semlm,beli pon xbyk cukup la tuk sekali masak jer.Jom layan,resepi atie ambik dr Moralle MYR.terima kasih ya.

Paru Sambal Kering(sumber:MoralleMYR)


Bahan-bahan ( 1 kilo paru, untuk 4 hingga 6 orang (it depends) )

  • 1 kilo paru (di rebus dahulu selama 30min at least)
  • Lada kering (dalam 20 tangkai or depends on individual)
  • 2 biji Bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • Halia,Belacan-atie tambah
  • Serbuk lada putih dan Serbuk lada hitam (sukatan ikut rasa sendiri)
  • 1 sudu kicap masin-atie Xisi
  • Sedikit Air Asam Jawa-atie tambah
  • Sedikit Gula Pasir-atie tambah
  • Sedikit Sos Cili-atie tambah

Cara-cara

  1. Paru yg telah di rebus, di potong kecil, memanjang sedikit ataupun ikut suka rasa (asalkan tipis dan tidak terlalu tebal) - di goreng dahulu sehingga separuh garing
  2. Lada kering, bawang besar dan bawang putih (di blender)
  3. Tumis lada yg sudah di blender sehingga sedikit garing
  4. Masukkan paru yg telah digoreng, di gaul rata,
  5. Masukkan serbuk lada putih dan serbuk lada hitam dan juga kicap,
  6. Setelah di gaul sebati masukkan perasa dan sedikit garam,
  7. Boleh juga di masukkan sedikit gula sebagai perasa,
  8. Di gaul semuanye hingga sebati


Saturday, September 10, 2011

Gulai Kari Hati Ayam

Salam semua...br sempat nk n3 masakan arini iaitu gulai kari hati ayam(poberet MyLaling).buat pon xbyk dlm 4 ketul hati jer....kami brtiga makan hingga ke mlm.Alhamdllh,rezeki hari ini.terima kasiah pada k.InaKL atas resepinya ini.
Sebenarnya atie sshati nie sbb trkenangkn anak pompuan atie(Adik) yg g perkhemahan unit beruniform sekolah asramanya ke Lata Beringin,kelantan.Bkn apa..mcm2 atie fikirkn.
Semoga Adik & kumpulan perkhemahannya selamat serta tiada yg buruk brlaku.mmg berat hati nk tandatgn surat pelepasan tp dah Adik beria2 nk g....syian lak.nanti kecewa pulak dia.seblm bertolak tue ada Adik tepon...mcm2 atie pesan kat dia.maklum la masuk hutan & anak dara atie sorang jer...pergi tanpa kami lak.Insallh,esok mereka akan kembali ke asrama semula.semoga sampai dgn selamat.Amin

Bahan-bahan(sumber:K.InaKL)
  • 1 ekor ayam-potong 16(atie ganti ngan hati ayam)
  • 6 ulas bawang merah-tumbuk/kisar
  • 4 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
  • 1/2 biji bawang merah-tumbuk/kisar
  • 1 1/2 inci halia (halia ni lagi lebih lagi bagus..buang angin/hilangkan bau ayam)tumbuk/kisar
  • 5 sudu besar rempah kari daging (akak guna babas)
  • 2 biji ubi kentang -dibelah 4(atie xisi)
  • 1 kiub ayam
  • 400gm santan pekat
  • 300ml air-terpulang pada kepekatan yang di kehendaki
  • garam secukupnya
  • sedikit air asam jawa
Bahan untuk menumis
  • 2 tangkai daun kari,
  • 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 bunga lawang, 4 bunga cengkih, 3 biji buah pelaga dan 1 btg kayu manis
  • minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan tumis lagi sehingga layu. Kemudian masukkan rempah daging dan kacau sekejap lalu masukkan 1/2 cawan air dan perlahankan api.
3. Biarkan pes kari masak sehingga terbit minyak sambil dikacau selalu lalu masukkan sedikit garam.
4. Bila kari dah masak baru masukkan ayam dan ubi kentang dan biarkan air ayam (air yang keluar dari ayam) kering.
5. Masukkan santan pekat bersama air dan biarkan sehingga mendidih.
6. Biarkan sampai kentang empuk dan burung puyuh lembut dengan api sederhana.
7. Rasa garam dan masukkan sedikit air asam dan padamkan api.

Tuesday, August 2, 2011

Rendang Ayam

Ala ngantuknya larrr..tp xmo tido lak.hikhik.sebenarnya rendang ayam nie atie buat masa anak2 ada kat umah(ari ahad)...br arini sempat nk n3kn.Biasa la klu anak2 blk,mmg bz sakan.rendang yg menjadi poberet family atie(resepi dr Arwah mak atie).bahan2 xder la byk sgt & cara masaknya...sgtttt mudah!jom layan rendang...nk htr umah korang tuk brbuka ,habih la pulak!ngeeeee

BAHAN-BAHAN:(sumber:azatie)

1 ekor ayam-potong ikut suka.
4 helai daun kunyit, dibuang empulurnya dan dihiris halus/simpul jer!
5 batang serai-atie blend
5 biji bawang merah saiz sederhana -atie blend
1 inci halia-atie blend
1 ketul lengkuas-atie blend
4 sudu besar kelapa kerisik
15 biji cili kering (ubah suai mengikut tahap kepedasan) direndam air panas dan dikisar lumat
Sedikit serbuk kunyit atau kunyit hidup yang ditumbuk lumat
3 sudu besar gula merah
4 cawan santan pekat)
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK

Campak-campak semua!

Sebetulnya begitulah. Tidak perlu menumis, tidak perlu dikacau selalu sangat, bimbang hancur pula ayam itu nanti. Jadi ringkas ceritanya, ayam dimasukkan ke kuali, semua hirisan.bahan blend dimasukkan juga, cili kering yang dikisar juga dimasuk sama (saya tidak suka menggunakan cili boh yang selalunya masam sedikit dan pelik rasanya), lengkuas, serta santan. Gaul rata dan biarkan di atas api yang sederhana.
Siap!!!!!!

Tuesday, July 5, 2011

Paru Goreng Kunyit.

Salam...slmt tghari semua.ada yg siap masak ker?.antara menu atie hari nie ialah goreng kunyit paru(semlm beli sikit jer)....nk cuba goreng berkunyit nih!biasa kawan2 guna ayam/daging....arini atie cuba paru lak.sedap gak.resepi ambik kat mesranet.nk BW jap..jom layan.daaaaaaaaaaa...

Bahan-Bahan:(wattie mesranet)
½ kg ayam(di potong kecil)-atie ganti paru
Bawang besar 2 biji(di mayang bulat)
Kacang panjang 8 tangkai(di potong panjang)-xder isi
Lada merah hidup 2 tangkai(di potong menyerong)
Minyak masak secawan
Serbuk kunyit
Sedikit Garam
Ajinomoto-X isi

Cara:
1.Ayam/paru di lumurkan dgn kunyit dan di goreng garing.setelah garing,angkat dan letak dlm pinggan lain.
2.Buang separuh minyak di dalam kuali.tumiskan pula bawang merah,cili hidup dan kacang panjang.
3.Letakkan garam dan ajinomoto.pastikan bahan tumisan tidak terlalu lembik.dan akhir sekali,masukkan ayam/paru yg telah di goreng tadi.kacau semuanya sehingga rata,dan angkat.
Cadangan Hidangan:
boleh di hias dengan daup sup dan bawang goreng.

Thursday, June 23, 2011

Rendang Pedas 'KEME"(perak).

Salam,slmt tghari semua!.jgn lak heran tgk tajuk masakan atie arini..hihi.Dulu pon atie pernah masak gak.Nie la resepi turun temurun kluarga atie..klu hari raya,camnilah Arwah mak masak.Rindunya ngan masakan dr airtgn mak.Al-fatihah tuk mak.Biasanya rendang nie,kering jer tp sbb atie nk kuah2 sikit...atie lbhkn santannya.



BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam-potong ikut suka.
4 helai daun kunyit, dibuang empulurnya dan dihiris halus/simpul jer!
5 batang serai-atie blend
5 biji bawang merah saiz sederhana -atie blend
1 inci halia-atie blend
1 ketul lengkuas-atie blend
4 sudu besar kelapa kerisik
15 biji cili kering (ubah suai mengikut tahap kepedasan) direndam air panas dan dikisar lumat
Sedikit serbuk kunyit atau kunyit hidup yang ditumbuk lumat
3 sudu besar gula merah
4 cawan santan pekat)
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK

Campak-campak semua!

Sebetulnya begitulah. Tidak perlu menumis, tidak perlu dikacau selalu sangat, bimbang hancur pula ayam itu nanti. Jadi ringkas ceritanya, ayam dimasukkan ke kuali, semua hirisan.bahan blend dimasukkan juga, cili kering yang dikisar juga dimasuk sama (saya tidak suka menggunakan cili boh yang selalunya masam sedikit dan pelik rasanya), lengkuas, serta santan. Gaul rata dan biarkan di atas api yang sederhana.
Siap!!!!!!

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™