Sarapan mcm zaman dolo2
Mkn panas2 lempeng pisang ni mmg sedap!
Tingat masa kecik2 dulu...klu ada pisang..mak akan buat sarapan camni
Atie suka isi inti kelapa parut..bykkkk!
Lg best bila dimakan
Kat rmh ni atie ngan MY IMAM jer yg mkn
Adik klu kuih2 ni..dia bkn minat
Tekak org melayu perak....nak nasi jer 24jam
Tp badan keding gak...hihihi
Resepi atie copy dr majalah RASA jer
Tenkiu Majalah RASA
Jemput semua...
BAHAN-BAHAN:(Sumber :Majalah RASA)
10 biji pisang emas atau awak
½ biji kelapa parut | ambil putihnya sahaja
240gm tepung gandum
2 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Lenyek pisang di dalam mangkuk adunan. Masukkan tepung
dan gula. Gaul sehingga sebati. Ketepikan.
2. Kelapa parut digaul bersama garam. Ketepikan.
3. Ambil daun pisang, letakkan senduk bancuhan tadi di
atasnya, Ratakan.
4. Selepas itu ambil kelapa parut dan letakkan di tengah
adunan tadi. Lipat daun pisang tadi.
5. Panaskan kuali dan lenserkan sedikit minyak. Bakar selama
10 minit dengan api perlahan. Balik-balikkan dan angkat.
6.Sedia dihidangkan




