Salam semua & selamat bercuti kpd yg akan bercuti pada hari ini.Arini masak awal sikit....menu pon simple jer iaitu Buncis goreng hati ayam.Disbbkn xder udang buat rencah buncis.. atie godek2 la tenet...& jumpa lak resepi dr blog krazl ni.
Pada krazl,terima kasih & izinkn atie menkongsikn nya kat blog atie pula.
Arini xder ziarah anak kat asrama...esok br g.Mggu ni giliran anak llaki atie pula sbb mggu lps dah ziarah Adik...Xsabar rasanya,asyik menghitung hari jer :
Dok pikir nak masak apa tuk dibawa esok :)
Bahan-bahan:(sumber:www.krazl.com)
1 cekak kacang buncis (ikut suka nak berapa banyak)
3 ketul hati ayam (ikut citarasa masing2)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu sos tiram
2 sudu minyak masak
Garam
Cara penyediaan
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan hati ayam, goreng hingga separuh masak.
3. Kemudian masukkan kacang buncis & goreng lagi.
4. Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa.
5. Agak2 kacang buncis dah cukup layu, bolehlah angkat & hidangkan.