Salam semua.
Br sempat nk n3kn juadah tghari dirumah kami...simple jer antaranya paprik sotong.Tak g pasar pon...masak apa yg ada lam esbok.
Elok2 jer semua bahan ada....
cuma tinggal sikit2 semua.Utk juadah kami berdua..mmg cukup la (^_^)
Dah byk kali atie letakkan resepi..
kali ini cuba resepi paprik sotong dr blog kak Noor.Terima kasih kak Noor..izinkn atie copy resepi ya.
Atie tak la mkn sotong paprik ni..masak utk MyLaling jer.Atie mkn ikan bako jer....ngan sup ayam...buat sepeyok kecik.
Nk jemput korang pon...masing2 dah kenyangkn?Layan mata jer la ya...
8 ekor sotong - bersihkan dan potong
3 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 batang serai -
dihiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - diketuk
1 biji cili merah- dihiris menyerong
1 biji tomato - dihiris panjang
1/2 biji cili benggala - dihiris menyerong
Sedikit bunga kobis, kacang panjang, lobak merah, putik
jagung
(semua sayuran ini
dipotong ikut suka)
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan atau sos sotong
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara Memasak.
Panaskan minyak.
Tumis bawang bawang putih dan cili padi. Kacau sekejap
Masukkan cili kering kisar dan kacau sehingga garing
sedikit.
Kemudiah baru dimasukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,
sos ikan atau sos sotong, dan sotong.
Masukkan lebih kurang 1 cawan air dan biarkan kuah mendidih sekejap.
Selepas itu masukkan serai, daun limau purut dan
sayur-sayuran. Masukkan lobak merah
dulu, kemudian diikuti oleh sayur-sayuran lain.
Bila telah mendidih, masukkan hirisan bulat bawang besar, cili
merah, cili bengggala, dan hirisan tomato. Rasa kuahnya, sekiranya perlu
perisakan dengan gula dan garam. Kacau dan biarkan masak seketika.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.