Salam & slmt ptg semua.
Org lain dah jenuh membuat...mkn kek minyak ni
Tp atie br trkial2 nak buat..hihi
Sebenarnya atie pernah buat secara kukus...hasilnya tak memuaskn
Jdnya arini
Masak secara bakar lak...
Harap2 menjadi lar..cantik cam org laen buat tu
Aaminnnn
Resepi copy dr Linapg..t/kasih brkongsi resepi ya ina
Halalkn resepinya k.atie ambik
RESEPI KEK MINYAK
Original : MyResipi
Sumber : LiNa Pg
Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
5 biji telur
3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kastor)
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4cawan)
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
Panaskan oven suhu 170'C
Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
Lenser loyang kek berukuran dgn mentega.Alaskan dengan
baking paper.
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi
hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu,
bahagikan adunan kepada 3 warna.
Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (LiNa
Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)
Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.


.jpg)
