Sunday, November 10, 2013

Cucur Jagung

Salam 
Selamat berhari minggu semua
Cuaca kat luar arini...hujan!!
Xder la membasuh kain arini...klu basuh gak xder tpt nk sidai .
Okey la
Sarapan kami pg ni...cucur jagung...
Sedapnya menyicah dgn kuah kacang & cilisos.Sambil2 minum tea limau yg sedap!
Resepi ambik kat MYresepi jer
Milik kak nor67..t/kasih kak brkongsi resepi.
Korang sarapan apa arini ya?

Bahan-bahan ( sumber:Kak Nor67 )
Kongsi Bersama:azatiesayang

1 cawan isi jagung
1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
2 cawan tepung gandum
1 bj telur
1 sudu teh yis mauripan
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
daun saderi dan daun bawang ~ dihiris halus
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
Cucur jagung_2 Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..



4 comments:

♥ Nurul Baidurah ♥ said...

wah..sedapnya..

adrianna syaz said...

Lama x mkn cucur jgung..nk buat sendri x pndai..wuuu

Acik Erna said...

assalam atie..acik goreng nasi je hari ni

Myra Jay said...

My peberet ni Cucur Jagung :D

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™