Friday, November 1, 2013

Puding Roti Marble

Salam.
Jgn sapa2 nak lak ya..habih dah!
Sebenarnya 
Puding roti marble ni...atie buat kat umah adik..dia nk bljr.
Maka trhasillh beberapa bekas plastik tu
Anak2nya bkn main sonok lg
Tak sempat2.... nak tggu sejuk lam esbok!
Semoga adik atie
Dah blh buat sendiri..utk hidangan mereka sekluarga.
Tetiba...cam tingin pulak nk mkn.
Nanti nak buat larrr (^_^)
Bahan-bahan ( satu loyang )-(sumber:hana)

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

3 comments:

Ummi Iman said...

Sedapnya..

Che Rosliza Che Mat said...

emm sedapnya...saya suka puding roti..

Che Rosliza Che Mat said...

kak tie nak copy resepi...nanti nak cuba buat hihihi

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™