Monday, October 26, 2015

Ikan Siakap Sweet & Sour

 Salam
Maafkan sbb lama menyepi dr dunia blog ni
Selain jg Apak atie yg xsht aritu..... kt Ipoh
Blk rmh...atie lak xsht
Jd malas la nk update bagai..kdg2 bkk jgk blog
Tp xder mood nak menaip!
Arini ada rajen sikit...update la jgk...menu ikan jer
T/kasih Hasue berkongsi resepinya
Kak atie copy yer...halalkn..
Resepi:HaSue

Bahan2:
1 ekor ikan kerapu-300g(ATIE GUNA IKAN SIAKAP)
1 sudu besar serbuk kunyit-boleh juga guna kunyit hidup
1/2 sudu besar garam/atau secukupnya

1 cawan minyak masak
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang*
1 tangkai cili merah*
1cm halia*
1 batang serai-racik halus(optional)*
1/2 labu bawang besar-* -> bahan2 bertanda * dikisar,tetapi jangan terlampau halus.
2 sudu besar sos cili maggi
1 sudu besar sos tomato maggi
1/2 sudu besar sos tiram maggi
1/2 cawan air(atau secukupnya)
Garam dan gula/perisa(jika perlu je)

Bahan lain:
1-2 Tomato , jika guna tomato kecil,letak la secukupnya.
1/2 biji Epal merah(TAK LTK)
1/2 biji Epal hijau(TAK LETAK)
1/4 biji Nenas-
1/2 labu bawang besar

Potong dadu semuanya

Cara2:
Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana. pastikan minyak benar2 sudah panas. Goreng ikan,tetapi jangan terlalu garing. Toskan atau sejat di atas tisu dapur,ketepikan
Minyak lebihan menggoreng tadi dikurangkan sehingga lebih kurang dalam 2-3 sudu besar. Tumis bahan2 kisar sehingga wangi dan garing.
Masukkan semua jenis sos dan kacau goreng seketika. Tambahkan air, sedikit garam dan gula/perisa.
Setelah mendidih, masukkan semua jenis buah/sayur yang dipotong dadu tadi. Biarkan renih seketika dan masukkan ikan yang sudah digoreng tadi. Kacau perlahan sehingga sebati.
Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.. selamat mencuba!

5 comments:

Siti Munirah said...

terus rasa nak makan ikan siakap!

Kakzakie said...

Eh... semalam rumah kakak pun masak ini juga Atie
Tapi kakak guna ikan bawal.

Puan Kutu said...

sedap ni..selalu makan kt kedai sesekali buat sendiri memang bertambah2 sy makan kak atiey.hehe

nana kimie said...

hari tu nana baru try buat siakap 3 rasa. versi campak campak dan ikut bahan apa ada, heeeeee..mujur kimi kata ok, cuma katanya kena ada nenas baru lagi sodap :D

nusha fasha said...

ratah pun sdp ni kak..

moga apak akk baik2..

© Azatiesayang | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™